23 SKN RAJD (AW)

*23 Skuadron Rejimen Askar Jurutera DiRaja (Askar Wataniah* *Jalan Pusara Kuala Terengganu* *No. 2 Terup, Kem desa Pahlawan @ Politeknik Kota Bharu*

Selamat Datang anggota baru

*Salam Perwira & Salam 1 Malaysia* *Selamat Datang kepada pelajar-pelajar baru ke Politeknik Kota Bharu* *Hubungi Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) PKB dan anggota AWPKB yang senior boleh hubungi Kelab AWPKB di Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB*

Tuesday, April 21, 2015

Pemakaian Pangkat Anggota Sukarela Askar Wataniah PKB

Sejarah telah tercipta apabila pertamakali dalam sejarah penubuhan Pasukan Askar Wataniah PKB. Seramai  17 orang anggota AWPKB telah layak ditauliahkan dari Prebet ke Lans Kopral.
Majlis pemakaian pangkat telah disempurnakan oleh Timbalan Komander Rejimen 506 AW Lt. Kol Norazman bin Ismail dan Pengarah PKB Mejar (K) Hj Noor Azahan bin Othman.



Monday, April 13, 2015

Sambutan sempena Konvokesyen PKB kali ke 28 tahun 2015

Seramai 35 orang anggota AW PKB terlibat dengan perbarisan kawad kaki bersama pasukan PISPA dan RELASIS PKB yang diiringi oleh pancaragam 21RAMD. Konvokesyen kali ini berlainan dari sebelumnya kerana perbarisan bersama 3 unit uniform PKB dan pada kali ini julung-julung kali VVIP yang menyampaikan diploma kepada graduan PKB dihadiri oleh Panglima 2 Divisyen Y.Bhg Mejar Jeneral Dato' Mohd Shukuri bin Ahmad.
Anggota AWPKB yang lain juga terlibat sebagai pengawal lalulintas dan kawalan pintu Dewan Jubli Perak.



MalPTAAC 9/2014



Malaysia Polytechnic Territorial Army Annual Camp (MalPTAAC 9)

Anjuran Jabatan Pengajian Politeknik dengan kerjasama Bahagian Pasukan Simpanan Kementerian Pertahanan telah berlangsung dengan jayanya selama 14 hari bermula 14 hingga 26 Nov 2014 bertempat di Politeknik Sultan Mizan ZainalAbidin, Dungun, Terengganu. Program ini telah melibatkan14 Politeknik seluruh Malaysia dan PKB telah di wakili seramai 35 orang pelajar yang menyertai Pasukan Askar Wataniah. Program ini telah Berjaya menguji tahap kemahiran anggota AW dalam bidang ketenteraan, membina jatidiri, daya tahan dan semangat juang yang tinggi di kalangan anggota, memupuk semangat berpasukan dan kerjasama di kalangan anggota AW dari politeknik, meningkatkan disiplin diri dan patuh kepada arahan pemimpin atasan, membentuk daya kepimpinan dan belajar membuat keputusan. Sepanjang MalPTAAC 9 ini diadakan Latihan Medan selama 4 hari di hutan Ketengah, pertandingan kawad kaki, menembak, log relay dan sukan (bola tampar, bola jarring dan futsal). PKB telah Berjaya mendapat Naib Johan Keseluruhan dengan Johan Kawad, Kaki, Johan Futsal.

                                              Kawad kaki dalam hujan- Naib Johan

                                             Futsal - Johan

                                                   Bergambar di Majlis Penutup bersama Pengarah PKB dan TK Rej 506 AW

Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela siri 2/2014 (APMS)


Sejarah tercipta apabila pelajar PKB yang menyertai Pasukan Sukarela Askar Wataniah tidak mensia-siakan masa cuti semester Dis 2013 dengan menyertai dua kursus serentak iaitu yang pertama  seramai 64 orang anggota baru telah menyertai Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela siri 2/2014 (APMS) bertempat di Kem Latihan Rejimen 506 AW sungai Durian, Kuala Krai Kelantan bermula 08/05/2014 hingga 06/06/2014. Penuntut PKB Amran Shahril bin Azhar pelajar Jabatan kejuruteraan Elektrik telah dinobatkan sebagai peserta Kawad Kaki Terbaik, manakala Mohamad Faizal bin Hashim pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dipilih peserta Akademik Terbaik manakala Siti Yasfiza bt Muhammad pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam dipilih peserta Keseluruhan Terbaik. Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Staf Markas 8 Briged Lt. Kol Hamdan bin Ismail turut hadir Penolong pegawai Memerintah Batalion Kedua Rejimen 506 AW Mejar Ahmad Zaky bin Muhammad dan Timbalan Pengarah Akademik PKB, Kolonel (B) Rela Kamaludin bin Daud. Sepanjang 30 hari kursus pelajar telah didedahkan dengan perbagai Ilmu Asas Ketenteraan bagi melatih seorang Soldadu yang terlatih dengan semangat kerjasama,setiakawanberdisiplin,ketahanan mental dan fizikal,meningkatkan tahap kecerdasan jasmani agar mereka mampu melaksanakan tugas di dalam situasi yang mencabar dan tertekan serta akan lebih bersemangat untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Dengan tamatnya kursus ini Anggota Askar Wataniah PKB telah bersedia menghadapi Kem Tahunan Askar Wataniah Politeknik Semalaysia (MalPtaac 9) yang dijangka akan diadakan di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu.