23 SKN RAJD (AW)

*23 Skuadron Rejimen Askar Jurutera DiRaja (Askar Wataniah* *Jalan Pusara Kuala Terengganu* *No. 2 Terup, Kem desa Pahlawan @ Politeknik Kota Bharu*

Selamat Datang anggota baru

*Salam Perwira & Salam 1 Malaysia* *Selamat Datang kepada pelajar-pelajar baru ke Politeknik Kota Bharu* *Hubungi Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) PKB dan anggota AWPKB yang senior boleh hubungi Kelab AWPKB di Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB*

Monday, March 3, 2025

Program Jiwamurni Komuniti

 21 Feb 2025- AWPKB menyertai program jiwamurni khidmat komuniti di Masjid Ar Rahmah mukim Pangkal Kalong.

Antara sumbangan yang dibuat aialah mengecat tiang paking dan dinding wakaf, memasanh khemah, memasang Khat. Gotong royong ini dilaksanakan bersama AJK Masjid dan jemaah Masjid yang hadir pada masa tersebut.


                               https://www.facebook.com/share/1BLzoENFzd/?mibextid=wwXIfr











                            



Perbarisan Pembukaan Latihan 2025

 18 Jan 2025-AWPKB (Askar Wataniah Politeknik Kota Bharu) yang bernaung dibawah Skuadron ke 23 Rejimen Askar Jurutera DiRaja (Askar Wataniah)-23 Skn RAJD (AW) terus aktif dengan menyertai perbarisan pembukaan latihan 2025 bertempat di Markas 23 Skn RAJD (AW) kem Jalan Pusara Kuala Terengganu.

Perasmian Perbarisan ini telah disempurnakan oleh Mejar Ts Mohd Azri bin Abdul Ghani selaku Pegawai Pemerintah 23 Skn RAJD (AW) yang juga Pensyarah Utama Politeknik Kota Bharu.











Tuesday, October 1, 2024

Penyertaan AWPKB dalam Latihan Kem Tahunan Gabungan Skuadron RAJD (AW) 2024

 GEMAS- 16-28 September 2024.

Seramai 8 orang anggota AWPKB menyertai LKT Gabungan Skn RAJD (AW) 2024 bertempat di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan.





pembukaan
https://www.facebook.com/share/p/1DK6oMUqir/?mibextid=WC7FNe

Latihan Pemusnahan kemudian diteruskan dengan Latihan Perairan.

Pemusnahan ( ๐‘‘๐‘’๐‘š๐‘œ๐‘™๐‘–๐‘ก๐‘–๐‘œ๐‘›) yang sinonim dengan warga sapper bukan lagi perkara asing yang mana ianya harus menjadi ๐‘๐‘Ÿ๐‘’๐‘Ž๐‘‘ ๐‘Ž๐‘›๐‘‘ ๐‘๐‘ข๐‘ก๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ khususnya kepada anggota Jurutera Tempur.

Tujuan latihan ini dilaksanakan adalah untuk menilai kesiagaan dan tahap kompetensi semua peringkat pegawai dan anggota pasukan khususnya dalam pengendalian bahan letupan merangkumi aspek taktikal, teknik dan prosedur (TTP) bagi kerja-kerja pemusnahan sasaran serta pemusnahan ๐ผ๐‘š๐‘๐‘Ÿ๐‘œ๐‘ฃ๐‘–๐‘ ๐‘’๐‘‘ ๐ธ๐‘ฅ๐‘๐‘™๐‘œ๐‘ ๐‘–๐‘ฃ๐‘’ ๐ท๐‘’๐‘ฃ๐‘–๐‘๐‘’ (IED) dan ๐‘ˆ๐‘›๐‘’๐‘ฅ๐‘๐‘™๐‘œ๐‘‘๐‘’๐‘‘ ๐‘‚๐‘Ÿ๐‘‘๐‘›๐‘Ž๐‘›๐‘๐‘’ (UXO).

Pelaksanaan latihan telah dilaksanakan secara berperingkat bermula di peringkat kem iaitu kelas pembelajaran teori dan diakhiri di peringkat medan iaitu pelaksanaan praktikal. Sesuai dengan tugas dan peranan RAJD iaitu memberi bantuan ๐‘š๐‘œ๐‘๐‘–๐‘™๐‘–๐‘ก๐‘ฆ dan ๐‘๐‘œ๐‘ข๐‘›๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ ๐‘š๐‘œ๐‘๐‘–๐‘™๐‘–๐‘ก๐‘ฆ, maka dengan adanya peluang latihan ini, anggota Jurutera Tempur dapat mengukuhkan pemahaman bagaimana mekanisme sesuatu bahan letupan bekerja serta impak sesuatu bahan letupan kepada sasaran sejajar dengan trilogy 3M ( ๐‘š๐‘Ž๐‘›, ๐‘š๐‘Ž๐‘โ„Ž๐‘–๐‘›๐‘’ ๐‘Ž๐‘›๐‘‘ ๐‘š๐‘’๐‘กโ„Ž๐‘œ๐‘‘ ).

Latihan ini mengutamakan aspek kerjasama dalam melaksanakan litar pemusnahan dan setiap anggota telah diberi penekanan tegas berkaitan aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan.

Latihan Perairan pula adalah mengaplikasi cara penggunaan bot tempur, rakit, outboard motor (OBM) dan Jetfloat dalam menyediakan kepakaran dan kesiapsiagaan anggota dalam keperluan operasi.

Pelaksanaan Latihan Perairan bertujuan sebagai pengenalan dan persediaan kepada anggota dalam memasang, membuka serta mengendalikan peralatan-peralatan perairan serta meningkatkan tahap lemahiran dan mengekalkan tahap kesiagaan yang tinggi di kalangan anggota.


penutup
https://www.facebook.com/share/KA4zmfAGReXYZidZ/?mibextid=xfxF2i

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—  ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—š๐—”๐—•๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ž๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—๐—— (๐—”๐—ช) ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ

GEMAS, 27 Sep 24 - Upacara Penutup Latihan Kem Tahunan Gabungan Skn RAJD (AW) Tahun 2024 telah disempurnakan oleh Komander Jurutera Medan Barat (KJMB), Brig Jen Ts. Roshdan bin Ahmad di Kolam Latihan Jambatan 4 Skuadron RAJD (Jambatan), Kem Syed Sirajuddin.

Seramai 6 Pegawai dan 76 Anggota Sukarela Gabungan Skuadron RAJD (AW) telah menyertai latihan ini bermula dari 16 hingga 30 Sep 24 di bawah kelolaan MK RAJD PMBTD.

Acara penutup dimulakan dengan demonstrasi latihan penyeberangan sungai menggunakan aset jambatan yang memperlihatkan Pegawai dan Anggota Sukarela RAJD dalam mengendalikan _Tactical Floating Bridge_ (TFB). Acara diteruskan dengan perbarisan penutup, pemakaian pangkat Anggota Sukarela RAJD dan penyampaian Sijl Penghargaan Ketua Jurutera Tahun 2024.

Turut hadir Pegawai Pemerintah 4 Skuadron RAJD (Jambatan), Lt Kol Ir. Zulkeri bin Noordin, Pegawai Staf 1 Sumber Manusia Jab Arah RAJD, Lt Kol Syed Mohd Khairul Asraf bin Tuan Kechil dan Pegawai Staf 1 OPLAT MK RAJD PMBTD, Lt Kol Zulkefli bin Mundari.

Pelaksanaan latihan ini seiring dengan Objektif Ketiga Direktif Latihan Panglima Tentera Darat Tahun 2023-2026 iaitu Mengintegrasikan Pasukan Simpanan Dalam Latihan Bersama Angkatan Tetap dan Objektif Ketujuh Direktif Latihan Panglima Medan Barat Tentera Darat Tahun 2023-2024 iaitu Penglibatan Askar Wataniah Dalam Eksesais/Latihan Ke Arah Kemampuan Membantu Ganti (Augmentation) Angkatan Tetap.

- MK RAJD PMBTD





Penglibatan AWPKB dalam Perbarisan Majlis Konvokesyen PKB 2024

 AW PKB bersama 3 lagi pasukan beruniform PKB iaitu Relasi, Pispa dan Pengakap Kelana menjayakan perbarisan sempena Konvokesyen PKB pada tahun ini.









Wednesday, July 3, 2024

ANGGOTA AWPKB MENGIKUTI KURSUS ASAS PERAJURIT MUDA SUKARELA (APMS)

 I Julai 2024- Seramai 14 pelajar PKB perbagai jurusan yang menyertai sukarela Askar Wataniah di bawah Skuadron ke 23 Rejimen Askar Jurutera DiRaja (Askar Wataniah) telah mengikuti Kursus APMS bermula 1 julai dan akan berakhir pada 30 julai 2024 (selama 30 hari).

Kursus ini dijalankan di Batalion Kedua, Rejimen 512 Askar Wataniah, Kem Sri Tembila, Besut, Terengganu.

Semua pelajar PKB terlibat dapat menghabiskan kursus tersebut dengan semangat, jatiidiri, kesabaran dan mendapat anugerah penuntut terbaik.











2 anggota AW PKB dinobatkan Penuntut Keseluruhan Terbaik dan Penembak Terbaik.


Penembak Terbaik

Penuntut Keseluruhan Terbaik