23 SKN RAJD (AW)

*23 Skuadron Rejimen Askar Jurutera DiRaja (Askar Wataniah* *Jalan Pusara Kuala Terengganu* *No. 2 Terup, Kem desa Pahlawan @ Politeknik Kota Bharu*

Selamat Datang anggota baru

*Salam Perwira & Salam 1 Malaysia* *Selamat Datang kepada pelajar-pelajar baru ke Politeknik Kota Bharu* *Hubungi Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) PKB dan anggota AWPKB yang senior boleh hubungi Kelab AWPKB di Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB*

Tuesday, May 14, 2024

EX-PERWIRA Kokurikulum Berkredit MPU24711 AW2 @ Kem Sri Nibong, Dungun, Terengganu

 9-11 Mei 2024 Dungun, Terengganu

AW2 Kokurikulum berkredit MPU24711 telah mengadakan Kem EX Perwira bagi merealisasikan penilaian Tunjukcara dan Mini Projek bagi pemarkahan kokurikulum.

Seramai 18 pelajar AW2 dan 6 AJK di kalangan ahli kelab paintball PKB mendapat kerjasama dari Skuadron ke 23 Rejimen Askar Jurutera DiRaja (Askar Wataniah) telah berjaya mengendalikan aktiviti yang dirancang.

Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah:

Asas Kawad kaki

Ujian bahasa hukuman kawad kaki indiviidu- penilaian tunjuk cara

IMP (Ilmu medan perang)- penilaian mini projek

Hiking Bukit Bauk

Lawatan pengetahuan berkaitan helikopter BOMBA

Latihan larian 2.4km ke Bukit Tebuk




















Penyertaan Inovasi teknikal bagi program INNEX 2024

PROGRAM SIMPOSIUM PENGKOMERSIALAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI PERINGKAT KEBANGSAAN (SIPPKO) 2024 & INNEX 2024

8 MEI 2024 - SIPPKO 2024 & INNEX 2024.
Tunjong, Kelantan - Pegawai Askar Wataniah PKB telah bergabung dengan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dari 7 Skn RAJD telah mengharumkan nama pasukan dalam Innovation Exibition 2024 Peringkat Zon Kelantan dan Terengganu anjuran Unit Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersilan Kolej Komuniti Pasir Mas Universiti Awam bertempat di Mydin Mall, Tunjong. Dua anugerah yang telah berjaya dirangkul dalam kategori teknikal adalah:
1. Anugerah pingat Emas.
2. Tempat kedua kategori teknikal.
Kumpulan 𝑇ℎ𝑒 𝐸𝑎𝑠𝑡𝑒𝑟𝑛 𝑆𝑎𝑝𝑝𝑒𝑟𝑠 (TES) yang dibimbing oleh Mej Ts Mohd Azri Bin Abdul Ghani dari Politeknik Kota Bharu berkekuatan seramai 3 x Peg dan 8 x LLP telah melaksanakan Projek KIK iaitu 𝑃𝑜𝑟𝑡𝑎𝑏𝑙𝑒 𝑀𝑢𝑙𝑡𝑖𝑓𝑢𝑛𝑐𝑡𝑖𝑜𝑛𝑎𝑙 𝐿𝑎𝑑𝑑𝑒𝑟 (PML). Projek ini bertujuan, bagi membina rekabentuk tangga yang khas bagi membantu pasukan keselamatan semasa Operasi Murni bagi pemindahan mangsa banjir di samping mengeratkan hubungan di antara agensi kerajaan dan orang awam.
Seluruh warga 7 Skn RAJD mengucapkan tahniah kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 7 Skn RAJD. Semoga dengan kejayaan ini dapat menyuntik semangat yang positif kepada anggota untuk terus lebih cemerlang dan maju jaya dalam karier.











Monday, May 13, 2024

PENYERTAAN PEGAWAI ASKAR WATANIAH POLITEKNIK KOTA BHARU DALAM PERBARISAN 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐑𝐄𝐉𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐀𝐒𝐊𝐀𝐑 𝐉𝐔𝐑𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐊𝐄-𝟕𝟏

 KUALA LUMPUR: Rejimen Askar Jurutera DiRaja (RAJD) telah mengadakan Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) RAJD Ke-71 mulai 19 hingga 22 April 2024 bertempat di Kem Batu Kentonmen, Kuala Lumpur. Konsep Sambutan HUT RAJD Ke-71 adalah dengan mendukung Perintah Ulung Panglima Tentera Darat dengan merangka pembangunan seimbang yang merangkumi sinergi Manusia, Mesin dan Metod iaitu dirujuk kepada 3M. Sambutan ini juga sebagai tanda memperingati sejarah penubuhan RAJD dan menghargai jasa pengorbanan warga RAJD terdahulu yang pernah berbakti kepada negara. Ianya juga satu platform untuk mengukuhkan kesatuan warga dan vateran RAJD. Aktiviti sambutan sempena HUT RAJD Ke-71 yang telah dilaksanakan adalah Majlis Tahlil dan Khutbah Khas serta Jamuan Makan Tengahari, Pertandingan Golf, Majlis Jalinan Kasih dan Perbarisan HUT RAJD Ke-71 serta Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2024.

𝗣𝗲𝗿𝗯𝗮𝗿𝗶𝘀𝗮𝗻 𝗛𝗨𝗧 𝗥𝗔𝗝𝗗 𝗞𝗲-𝟳𝟏 telah dilaksanakan di Padang Kawad Kem Batu Kentonmen pada 22 April 2024. Perbarisan dimulakan dengan 𝗗𝗲𝗺𝗼𝗻𝘀𝘁𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗗𝗶𝗻𝗮𝗺𝗶𝗸 untuk mempertontonkan keupayaan Tim Counter Improvised Explosives Device (CIED) gabungan daripada IKEM, 91 Rej Bantuan RAJD, 10 Skn RAJD (Para), Tim Chemical, Biological, Radiological, Nuclear and Explosives (CBRNe) dari 12 Skn RAJD (CBRNe). Perbarisan ini telah dianggotai oleh 15 pegawai dan 209 anggota LLP yang terdiri dari empat detasmen iaitu Detasmen RAJD 2 Divisyen, Detasmen RAJD 3 Divisyen, Detasmen gabungan dari Jab RAJD, MK ATM - BPKP, 2 Skn RAJD, BGSP, 91 Rej Bantuan RAJD dan IKEM serta Detasmen Keempat merupakan gabungan dari RAJD Askar Wataniah dan RAJD Pakar. Pegawai Tabik Hormat perbarisan ini adalah Pengerusi RAJD iaitu Brig Jen Ts. Sharuddin bin Mohd Noh dan diiringi oleh isteri iaitu Lt Kol Shahidah Leong Binti Abdullah (Bersara). Perbarisan ini juga turut dihadiri oleh Pegawai Kanan RAJD, mantan-mantan Pengerusi RAJD, pesara RAJD serta warga RAJD dari seluruh Malaysia.

Pegawai Askar Wataniah Politeknik Kota Bharu, Mejar Ts Mohd Azri bin Abdul Ghani yang merangkap Pegawai Pemerintah Skuadron ke 23 Rejimen Askar Jurutera DiRaja (Askar Wataniah) diberi tanggungjawab sebagai Ketua Detasmen ke 4 dalam perbarisan tersebut telah membawa nama Politeknik Kota Bharu, Sekretariat Askar Wataniah Politeknik Malaysia (SAWP) dan Skuadron ke 23 Rejimen Askar Jurutera DiRaja (Askar Wataniah) telah berjaya melaksanakan tugas dengan baik serta mendapat banyak pujian.

𝐌𝐀𝐉𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀
‘Berusaha Berfaedah’







Terima anugerah daripada Ketua Jurutera RAJD

https://www.facebook.com/share/p/75q8rgrUT4GBSCDr/?mibextid=xfxF2i

Tuesday, December 5, 2023

TEAM POLITEKNIK KOTA BHARU MENYERTAI LATIHAN MENEMBAK PISTOL DAN RIFLE M4

 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐌𝐁𝐀𝐊 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐑𝐄𝐋𝐀 𝐑𝐄𝐉𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐀𝐒𝐊𝐀𝐑 𝐉𝐔𝐑𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟑

𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐁𝐄𝐒𝐈, 𝟐𝟔 𝐍𝐎𝐕 𝟐𝟑. MK RAJD Pakar (AW) telah menganjurkan Latihan Menembak Peg Sukarela RAJD bagi tahun 2023 bertempat di Lapang Sasar A, Kem Perdana Sg Besi. Latihan yang julung-julung kali diadakan ini telah disertai oleh seramai 8 x Peg Kanan RAJD, 38 x Peg Sukarela dari Rej Pakar RAJD serta Skn RAJD (AW) dan 30 x Jemputan Awam dari Agensi.
Acara dimulakan dengan ketibaan YBhg Ketua Jurutera, Brig Jen Ts. Sharuddin bin Mohd Noh. Seterusnya adalah taklimat konsep latihan dan pertandingan menembak yang telah disampaikan oleh Lt Kol Azman bin Abdullah, PS 1 Rancang MK RAJD Pakar (AW).
Latihan Menembak kali ini telah dibahagikan kpd 2 Fasa iaitu Latihan Menembak Rifle M4 dan Latihan Menembak Pistol. Acara yg telah dipertandingkan adalah Menembak Sasaran 11/59 (Individu) dan 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒 𝐹𝑖𝑟𝑒 𝑇𝑎𝑟𝑔𝑒𝑡 (Individu) melibatkan penembak dari Jemputan Awam Agensi.
keputusan team PKB:
Rifle M4 Individu jemputan:
Juara- Mohd Nazeri bin Rohed-pentadbiranPKB Ketiga- Hj Md Fadzil bin Hasbollah- JMSK PKB Kelima- Yaswadi bin Mat Yasim-BAPP JPPKK

Pistol individu jemputan:
Juara- Hj Md Fadzil bin Hasbollah- JMSK PKB
Naib Johan- Mohd Nazeri bin Rohed-pentadbiranPKB

Pistol jatuh piring
Ketiga- Gs Sr Hj Mohd Fikri bin Ismail (Pengarah PKB) dan Mejar Ts Mohd Azri bin Abdul Ghani- JKM PKB

Dalam ucapan penutup YBhg Ketua Jurutera, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Peg-Peg Sukarela dan Jemputan yang hadir bagi menjayakan aktiviti ini. Beliau juga menyatakan bahawa latihan seumpama ini dapat meningkatkan tahap kemahiran dalam aspek pengendalian senjata dan dapat mengeratkan silaturahim. Ia juga merupakan platform untuk memperkenalkan budaya latihan ketenteraan kepada semua jemputan awam.
Latihan seumpama ini seiring dengan Direktif Kelima dalam Direktif Ketua Jurutera Ke-17 iaitu Pemerkasaan Askar Wataniah.