23 SKN RAJD (AW)

*23 Skuadron Rejimen Askar Jurutera DiRaja (Askar Wataniah* *Jalan Pusara Kuala Terengganu* *No. 2 Terup, Kem desa Pahlawan @ Politeknik Kota Bharu*

Selamat Datang anggota baru

*Salam Perwira & Salam 1 Malaysia* *Selamat Datang kepada pelajar-pelajar baru ke Politeknik Kota Bharu* *Hubungi Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) PKB dan anggota AWPKB yang senior boleh hubungi Kelab AWPKB di Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB*

Tuesday, April 2, 2019

Team Brassband PKB

Selari dengan moto PKB "Together We Make PKB No.1", semua perancangan akan diusahakan agar PKB sentiasa no.1. Pertama antara Politeknik Malaysia yang menubuhkan team Brassband adalah Politeknik Kota Bharu. 95% ahli kelab Brassband PKB adalah terdiri dari Pegawai dan anggota sukarela Askar Wataniah PKB.
Lulusnya Kelab Brassband PKB dibawah MPP JHEP maka latihan diatur dengan rapi agar konvokesyen PKB ke 32 Team Brassband dapat mengiringi Perbarisan Pasukan Beruniform.
Semangat dari pelbagai pihak telah membuatkan semua ahli kelab berusaha bersungguh-sungguh terutama dari Penagarah, Timb Pengarah Akademik, Timb Pengarah Sokongan Akademik, KJHEP, KJSKK dan semua peg di JHEP sentiasa membantu memberi sokongan pada team Brassband PKB.
 Pencarian alat yang setahun sudah dibeli

Setelah peserta dapat dipilih dan serasi dengan instruments, Jurulatih dari luar dijemput untuk memantapkan latihan iaitu 3 orang Drum Major (B) En Azman, En Zumika dan En Wan Jefri telah datang membantu .
 Latihan asas, pencarian bakat ikut instrument
Latihan Intensif telah dibuat di 21RAMD Kem Pengkalan Chepa pada 1 mac 2019
Team Brassband PKB membuat persembahan dan mengiringi Perbarisan 4 pasukan beruniform iaitu Pispa, AW,Relasis & Pengakap.



Bagi memantapkan lagi Team Brassband PKB telah bergerak selangkah dengan membuat lawatan penanda arasan ke PUZIDA dan PUSASDA.





Wednesday, March 27, 2019

PROGRAM KEPIMPINAN ANGGOTA ASKAR WATANIAH PKB di 23SKN RAJD KUALA TERENGGANU

7hb hingga 9hb Feb 2019 Anggota Sukarela Pasukan Askar Wataniah PKB mengadakan kolaborasi bersama 23 Skn RAJD AW di Kem Jalan Pusara Kuala Terengganu.
Banyak pengalaman yang telah dipelajari oleh semua peserta dan mendapat kerjsama yang baik dari Penolong Pemerintah 23 Skn RAJD AW.
Program yang berteraskan kaunseling ini yang menerapkan unsur motivasi dalam diri ialah untuk melahirkan pemimpin-pemimpin yang berfikiran kreatif, mampu berfikir di luar kotak, berwawasan tinggi dan mampu mendukung aspirasi Wawasan Negara 2020 di samping dapat memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dalam diri mahasiswa dan mahasiswi. Disamping mempelajari ilmu kejuruteraan, peserta juga memberi khidmat Wira Murni dengan membaikpulih sistem pendawaian di kem dan menanam pokok kelapa matag di keliling kem tersebut. Peserta AWPKB seramai 25 orang bersama 1 penasihat serta pegawai sukarela.