23 SKN RAJD (AW)

*23 Skuadron Rejimen Askar Jurutera DiRaja (Askar Wataniah* *Jalan Pusara Kuala Terengganu* *No. 2 Terup, Kem desa Pahlawan @ Politeknik Kota Bharu*

Selamat Datang anggota baru

*Salam Perwira & Salam 1 Malaysia* *Selamat Datang kepada pelajar-pelajar baru ke Politeknik Kota Bharu* *Hubungi Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) PKB dan anggota AWPKB yang senior boleh hubungi Kelab AWPKB di Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB*

Thursday, November 19, 2020

LATIHAN BERTERUSAN AWPKB BERSAMA 23 SKN RAJD(AW)

 20 pelajar PKB yg telah menyertai 23 Skn RAJD(AW) telah menghadiri Latihan Tempatan bermula 10 Julai hingga 26 Julai bertempat di No.1 Terup, 23 Skn RAJD (AW), Kem Sri Nibong, Dungun, Terengganu.

Dalam Latihan Berterusan kali ini pelajar PKB bertuah kerana dapat mempelajari kehidupan seorang tentera. Asas ketenteraan telah mereka pelajari yang membolehkan mereka tahu erti disiplin, mamatuhi arahan dan mempelajari pelajaran tentera dalam kejuruteraan.

Dalam latihan kali ini, Pegawai Pengiring AWPKB telah di tauliah dengan pangkat Mejar .

 

Wednesday, May 13, 2020

Penglibatan anggota AWPKB sebagai Frontliner dalam Operasi Penawar Covid19

Anggota AWPKB terpanggil dalam menyumbangkan tenaga sebagai pasukan barisan hadapan dalam operasi penawar covid-19 semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).
Anggota AWPKB dibawah naungan Rejimen 506 AW telah melaporkan diri di Batalion Kedua Kem Machang terlibat dalam penugasan iaitu sekatan jalan raya, rondaan MPV dan lain-lain tugas yang diperlukan.
Seramai 9 orang anggota AWPKB termasuk Alumni AWPKB telah hadir melaporkan diri untuk menyumbang tenaga dalam OPS Penawar.
Anggota telah diaturgerak mengikut daerah-daerah seperti :
Machang
Pasir Puteh
Tanah Merah
Jeli
Tumpat
Kota Bharu

Tahniah diucapkan kepada anggota yang terlibat.:
1. Mohamed SyafiqRamadan bin Zali
2. Muhammad Afiq bin Mohd Nasir
3. Muhammad Fazly Hisham bin Abdullah
4. Mohammad SyahRizal bin Kamarudin
5. Che Norisham bin Che Arshad
6. Nik Nor Ashraf bin Saidi
7. Muhammad Nur Aqid bin Mohd Ghazali
8. Fakrul Azam bin Zakaria
9. Muhamad Firdaus bin Muhamad Saidi
Sumbangan dan Disiplin anggota turut mendapat pujian dari pihak PDRM semasa menjalankan tugas.


 

Thursday, February 6, 2020

Latihan Team Brassband PKB bagi persediaan sambutan deligasi auditor APACC

Latihan setiap minggu waktu kokurikulum bermula jam 3.00 petang hingga 6.00 petang telah disertai oleh pelajar semester 2 kelab Askar Wataniah.
Walaupun sukar kerana kebanyakan kali pertama mencuba menggunakan instrument brassband namum semangat pelajar dan pengalaman Jurulatih telah menaikkan semangat untuk pelajar berjaya menggunakan instrument brassband dengan baik.

Lawatan Tuan Pengarah PKB dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik ke sesi latihan telah memberi aura serta semangat yang tinggi kepada pelajar untuk terus berusaha membuat persembahan terbaik semasa APACC nanti yang dijadualkan pada 17-19 Mac 2020.

CSR AWPKB WIRAMURNI

30 Jan hingga 1 Feb 2020 Kelab AWPKB telah berkerjasama dengan team YES Sukarelawan PKB menjalani kursus CSR serta membantu 2 Troop 23 Skn RAJD (AW) kem Desa Pahlawan.
Program dihadiri oleh 44 AWPKB, 12 Yes Sukarelawan PKB dan 3 wakil MPP PKB.

Program turut dihadiri oleh Penasihat YES Sukarelawan PKB, En Wan Zuhari Wan Ismail, Penasihat AWPKB, Kapt Mohd Azri bin Abdul Ghani, Pegawai Kebajikan dan Disiplin (KD) Jhep PKB, En Fatuddin aizat bin Che Mohd Arif.
Aktiviti kemasyarakatan yang dilakukan seperti membaiki pagar (mekanikal), membaiki paip (Awam) dan membaiki sistem pendawaian (Elektrik).
Kemahiran pelajar PKB dan kemahiran pihak Rejimen Askar Jurutera telah bergabung dalam melaksanakan perancangan yang diatur telah dapat diselesaikan dengan baik.

Dalam program ini juga peserta mewakili PKB dalam perlawanan persahabatan bolatampar dengan pasukan 7 Skn RAJD.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB, En Azmi bin Juadi@Rosbi.
Pada majlis penutup juga di adakan penyampaian hadiah memasak terbaik, pemasangan khemah terbaik, persembahan terbaik yang juga dihadiri oleh pegawai-pegawai dari JHEP PKB serta Pegawai dan anggota 23 Skn RAJD (AW).