23 SKN RAJD (AW)

*23 Skuadron Rejimen Askar Jurutera DiRaja (Askar Wataniah* *Jalan Pusara Kuala Terengganu* *No. 2 Terup, Kem desa Pahlawan @ Politeknik Kota Bharu*

Selamat Datang anggota baru

*Salam Perwira & Salam 1 Malaysia* *Selamat Datang kepada pelajar-pelajar baru ke Politeknik Kota Bharu* *Hubungi Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) PKB dan anggota AWPKB yang senior boleh hubungi Kelab AWPKB di Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB*

Sunday, November 6, 2022

Program Kokurikulum Berkredit Askar Wataniah PKB

 03-05 Nov 2022 bertempat di Barokah Chalet, Pantai Melawi, Bachok Kelantan, Kelab Askar Wataniah Politeknik Kota Bharu melaksanakan Program Skuad Perwira Kokurikulum Berkredit bagi merealisasikan PdP Kokurikulum pelajar semester 2 yang menyertai MPU24711 Askar Wataniah 2. 

Seramai 18 pelajar AW2 dan 6 pelajar senior yang merupakan anggota 23 Skn RAJD (AW) telah menjayakan program ini meliputi team building dan jatidiri.
















Keseluruhan perjalanan program lancar walaupun hujan agak lebat dan pelajar tidur dalam khemah.




Tuesday, October 18, 2022

Penglibatan AW PKB terlibat sebagai Pengadil Paintball peringkat Kebangsaan 2022

 Kelab Paintball PKB merealisasikan KPI Politeknik dimana penglibatan pelajar (AWPKB) dalam aktiviti di peringkat Kebangsaan. 

Penglibatan pelajar sebagai pengadil paintball Malaysia Super Seven di Kuala Lumpur, Winter Paintball League di Kuala Lumpur dan Nouthern Paintball Super League di Langkawi.


Pengendalian Paintball SRM PKB bersama SRM Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Pengadil Paintball kejohanan NPSL 2022@Langkawi 





Pengadil Paintball di kejohanan Malaysia Super Seven 2022

Sunday, September 18, 2022

PEMILIHAN AKHIR PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT LELAKI SIRI 196 TAHUN 2022

 






PEMILIHAN AKHIR PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT LELAKI SIRI 196 TAHUN 2022

ZON MALTIM

1. MSS Lok Kawi, Kem Lok Kawi, 88200 Kota Kinabalu, Sabah- 20 Sep hingga 28 Sep 22.
2. MK 3 Bgd, Kem Penrissen, 93250 Kuching, Sarawak -20 Sep hingga 28 Sep 22.
ZON UTARA
3. MSS Sungai Petani, Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani -20 hingga 25 Sep 22.
4. MSS Taiping, Jalan Kamunting Lama, 34000 Taiping, Perak- 27 hingga 29 Sep 22.
ZON TIMUR
5. MSS Desa Pahlawan, Kem Desa Pahlawan, 16500 Kota Bharu, Kelantan- 20 hingga 26 Sep 22.
6. MSS Kuantan, Kem Batu 10, 25990 Kuantan, Pahang- 28 dan 29 Sep 22.
ZON SELATAN
7. MSS Kluang, Kem Mahkota, 86000 Kluang, Johor-20 hingga 22 Sep 22.
8. 15 RAMD, Kem Senawang 71450 Senawang, N.Sembilan-26 hingga 29 Sep 22.  
9. MK 12 Bgd , Kem Wardieburn, 53300, Setapak, Kuala Lumpur-1 hingga 3 Okt 22.

Wednesday, July 20, 2022

Anggota AWPKB mengikuti Kursus KADAR 2022

 18 Julai- Anggota AWPKB mengikuti KURSUS ASAS DISIPLIN ANGGOTA RENDAH (KADAR) selama sebulan (30 hari) bermula 18 Julai hingga 16 Ogos di Rejimen 506AW, Kem Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan.

Apabila tamat kursus ini anggota layak untuk dinaikkan pengkat Lans Kopral.



AWPKB telah mendapat anugerah penuntut PENEMBAK terbaik dan mengharumkan nama PKB.




SETELAH SEBULAN BERKURSUS, PELAJAR PKB (AWPKB) BERJAYA MENDAPAT ANUGERAH PENEMBAK TERBAIK, TAHNIAH Pbt Muhammad Aidil Adha bin A Rahman DKM4B


Sunday, May 29, 2022

EX-PERWIRA MPU24711@PULAU RHU, BESUT, TERENGGANU

 Pada 26hb hingga 28hb Mei 2022, Kelab Askar Wataniah telah mendapat sokongan dari JSKK dan kelulusan dari Pengurusan untuk mengadakan program kokurikulum di luar politeknik.

Lokasi pilihan adalah Pulau Rhu, Besut, Terengganu telah dihadiri oleh 22 pelajar AW2 dan 8 pelajar AW3 bertindak sebagai AJK program.

Semua program yang dijalankan adalah bagi merealisasikan sukatan silibus MPU24711 yang mana berkaitan dengan aktiviti ketenteraan.

Pulau Rhu sangat sesuai kerana tiada gangguan dari pengunjung lain dan kawasan yang sesuai untuk semua aktiviti termasuk pemandangan yang menarik dan selamat untuk benarkan pelajar mandi laut dengan kawalan keselamatan.




Latihan memasang khemah dan pembahagian kumpulan


Taklimat sebelum menaiki bas



sampai di Pulau Rhu






Ilmu Medan Perang (IMP)


Latihan jasmani




Survival (Ikhtiar hidup)

Taklimat akhir dan rumusan program