Pada tahun 2022 seperti tahun-tahun sebelum ini, AWPKB atau Askar Wataniah Politeknik Kota Bharu di bawah Kursus Kokurikulum MPU24711yang telah menyertai 23 Skuadron Rejimen Askar Jurutera DiRaja (RAJD (AW) ) akan ditawarkan mengikuti kursus asas dalam tentera iaitu Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela (APMS).
Oleh kerana 23 Skn RAJD (AW) adalah satu unit yang kecil, maka terpaksa menumpang pasukan-pasukan yang besar yang menganjurkan kursus APMS bertepatan dengan cuti semester Politeknik Malaysia.
Pada tahun ini hanya 8 orang pelajar PKB yang telah layak untuk mengikuti kursus tersebut.
3 orang pelajar mengikuti APMS di Batalion Ketiga, Rejimen 501 AW bertempat di Kem Sri Pantai, Mersing, Johor bermula 7 Februari hingga 6 Mac 2022.
Pada awalnya 4 pelajar layak tetapi 1 orang menolak saat akhir kerana tidak sihat.
Kesemua pelajar telah dihantar menggunakan kenderaan PKB.
5 orang pelajar mengikuti APMS di Batalion Ketiga, Rejimen 506 AW bertempat di Kem Sungai Durian. Kuala Krai, Kelantan bermula 8 Februari hingga 7 Mac 2022.
Kesemua pelajar telah dihantar menggunakan kenderaan tentera 23 Skn RAJD (AW).