KUALA LUMPUR: Rejimen Askar Jurutera DiRaja (RAJD) telah mengadakan Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) RAJD Ke-71 mulai 19 hingga 22 April 2024 bertempat di Kem Batu Kentonmen, Kuala Lumpur. Konsep Sambutan HUT RAJD Ke-71 adalah dengan mendukung Perintah Ulung Panglima Tentera Darat dengan merangka pembangunan seimbang yang merangkumi sinergi Manusia, Mesin dan Metod iaitu dirujuk kepada 3M. Sambutan ini juga sebagai tanda memperingati sejarah penubuhan RAJD dan menghargai jasa pengorbanan warga RAJD terdahulu yang pernah berbakti kepada negara. Ianya juga satu platform untuk mengukuhkan kesatuan warga dan vateran RAJD. Aktiviti sambutan sempena HUT RAJD Ke-71 yang telah dilaksanakan adalah Majlis Tahlil dan Khutbah Khas serta Jamuan Makan Tengahari, Pertandingan Golf, Majlis Jalinan Kasih dan Perbarisan HUT RAJD Ke-71 serta Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2024.
𝗣𝗲𝗿𝗯𝗮𝗿𝗶𝘀𝗮𝗻 𝗛𝗨𝗧 𝗥𝗔𝗝𝗗 𝗞𝗲-𝟳𝟏 telah dilaksanakan di Padang Kawad Kem Batu Kentonmen pada 22 April 2024. Perbarisan dimulakan dengan 𝗗𝗲𝗺𝗼𝗻𝘀𝘁𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗗𝗶𝗻𝗮𝗺𝗶𝗸 untuk mempertontonkan keupayaan Tim Counter Improvised Explosives Device (CIED) gabungan daripada IKEM, 91 Rej Bantuan RAJD, 10 Skn RAJD (Para), Tim Chemical, Biological, Radiological, Nuclear and Explosives (CBRNe) dari 12 Skn RAJD (CBRNe). Perbarisan ini telah dianggotai oleh 15 pegawai dan 209 anggota LLP yang terdiri dari empat detasmen iaitu Detasmen RAJD 2 Divisyen, Detasmen RAJD 3 Divisyen, Detasmen gabungan dari Jab RAJD, MK ATM - BPKP, 2 Skn RAJD, BGSP, 91 Rej Bantuan RAJD dan IKEM serta Detasmen Keempat merupakan gabungan dari RAJD Askar Wataniah dan RAJD Pakar. Pegawai Tabik Hormat perbarisan ini adalah Pengerusi RAJD iaitu Brig Jen Ts. Sharuddin bin Mohd Noh dan diiringi oleh isteri iaitu Lt Kol Shahidah Leong Binti Abdullah (Bersara). Perbarisan ini juga turut dihadiri oleh Pegawai Kanan RAJD, mantan-mantan Pengerusi RAJD, pesara RAJD serta warga RAJD dari seluruh Malaysia.
Pegawai Askar Wataniah Politeknik Kota Bharu, Mejar Ts Mohd Azri bin Abdul Ghani yang merangkap Pegawai Pemerintah Skuadron ke 23 Rejimen Askar Jurutera DiRaja (Askar Wataniah) diberi tanggungjawab sebagai Ketua Detasmen ke 4 dalam perbarisan tersebut telah membawa nama Politeknik Kota Bharu, Sekretariat Askar Wataniah Politeknik Malaysia (SAWP) dan Skuadron ke 23 Rejimen Askar Jurutera DiRaja (Askar Wataniah) telah berjaya melaksanakan tugas dengan baik serta mendapat banyak pujian.
𝐌𝐀𝐉𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀
‘Berusaha Berfaedah’
Terima anugerah daripada Ketua Jurutera RAJD
https://www.facebook.com/share/p/75q8rgrUT4GBSCDr/?mibextid=xfxF2i