23 SKN RAJD (AW)

*23 Skuadron Rejimen Askar Jurutera DiRaja (Askar Wataniah* *Jalan Pusara Kuala Terengganu* *No. 2 Terup, Kem desa Pahlawan @ Politeknik Kota Bharu*

Selamat Datang anggota baru

*Salam Perwira & Salam 1 Malaysia* *Selamat Datang kepada pelajar-pelajar baru ke Politeknik Kota Bharu* *Hubungi Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) PKB dan anggota AWPKB yang senior boleh hubungi Kelab AWPKB di Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB*

Wednesday, February 22, 2017

KEM KEPIMPINAN AJK ASKAR WATANIAH PKB


30/01-01/02/2017- Program Kem Kepimpinan Askar Wataniah ke Gua Tempurung dan Bukit Larut di Ipoh dan Taiping, Perak yang melibatkan anggota sukarelawan dari unit uniform Askar Wataniah Politeknik Kota Bharu adalah bertujuan untuk mendedahkan peserta dengan alam sekitar. Selain itu, untuk  menanam sifat kerjasama dalam kumpulan dan melahirkan sikap keprihatinan peserta  terhadap sumber alam sekitar.
OBJEKTIF PROGRAM:

                                                i.            Pelajar yang mengikuti program ini bukan sahaja berpengetahuan  mengenai khidmat masyarakat dan sosial semata-mata sahaja,tetapi tetap peka dan cakna terhadap alam semula jadi juga.

                                              ii.            Pelajar yang Berjaya mengaharungi aktivit ini dilihat  lebih berdisiplin dan bermotivasi tinggi.


                                           iii.            Program ini telah Berjaya mewujudkan rasa keprihatinan dalam diri pelajar terhadap sumber alam dan masyarakat di sekeliling.

                                            iv.            Peserta telah menonjolkan semangat  berpasukan dalam setiap aspek pembelajaran secara tidak langsung.

Antara program yang dijalankan ialah:
                                 LDK (Latihan Dalam Kumpulan), Khidmat Komuniti membersih Surau Taman Lembah Kinta, Meneroka Gua Tempurung, Survival dan Jatidiri serta Hiking Cabaran Ketahanan Fizikal di Bukit Larut, Taiping, Perak.
                                Program disertai oleh AJK AWPKB sesi Dis 2016  seramai 30 orang dibawah seliaan Pn Elis Norazmaliza bt Ab Hamid dan Pn Noriah bt Mohamed Salleh.







Wednesday, October 26, 2016

Kem Kepimpinan Jawatankuasa AWPKB sesi Jun 2016

Kem Kepimpinan Jawatankuasa AWPKB telah diadakan pada 15-17 Sept 2016 bagi memantapkan Organisasi AWPKB terutama melancarkan perancangan setiap semester serta mengcungkil idea-idea baru untuk perancagan semester seterusnya. Tujuannya adalah bagi memantapkan AWPKB sepanjang masa.
Telah diadakan di Pulau Santuari Tasik Pergau, Jeli, Kelantan.



Program AWPKB Di Hati

PSR atau Polytechnic Sosial Responsibility atau lebih mudah disebut Khidmat Masyarakat sememangnya terdapat dalam sukatan Kursus Kokurikulum Askar Wataniah semester 3. Oleh yang demikian setiap semester Anggota Sukarela Askar Wataniah Politeknik akan mengadakan Khidmat Masyarakat bagi merialisasikan sukatan kursus kokurikulum tersebut.
Pada kali ini 28 September 2016, AWPKB telah mengadakan program di Rumah Anak Yatim Lilbanat, Banggol Judah, Machang, Kelantan.
Seramai 48 orang anggota telah menyertai yang mana aktiviti yang dilaksanakan ialah melukis mural ilmiah di dinding, Latihan Dalam Kumpulan, menanam pokok bunga di persekitaran bangunan, membuat pendawaian elektrik dan memberi sumbangan keperluan harian yang mana barang2 tersebut telah disedekahkan oleh staf dan pelajar PKB.

Thursday, September 22, 2016

TEAM WATANIAH RANGKUL TEMPAT KETIGA PAINTBALL TAHA@U ZON TIMUR



EKSESAIS PECAH RUYONG ANGGOTA AWPKB

Satu program yang dirancang untuk memberi pendedahan kepada pelajar semester satu yang memilih untuk Kursus Kokurikulum Askar Wataniah pada semester Dis 2016.
Seramai 40 orang peserta telah mengambil bahagian.
Antara pengisian program ini ialah:
Latihan Dalam Sendikit termasuk Explorace, rempuh halangan, ikhtiar hidup, teknik perkhemahan dan kawad kaki.
Bagi Ikhtiar hidup Jurulatih dari Rejimen 5 Renjer Kem Desa Pahlawan telah dijemput untuk memberi tunjuk ajar kepada semua peserta.
Tarikh: 25-27 Ogos 2016
Lokasi: Pusat Kokurikulum PKB