Selamat Datang anggota baru
*Salam Perwira & Salam 1 Malaysia*
*Selamat Datang kepada pelajar-pelajar baru ke Politeknik Kota Bharu*
*Hubungi Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) PKB dan anggota AWPKB yang senior boleh hubungi Kelab AWPKB di Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB*
Monday, October 21, 2013
Perjumpaan Persediaan ke MalPTAAC 8/2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kepada semua anggota Delta yang terpilih ke MalPTAAC 8/2013 di PSP pada 6-20/11/2013.
Satu perjumpaan akan diadakan pada waktu berikut:
Tarikh: 23 Oktober 2013
Masa: 5.00 petang
Tempat: Unit Kokurikulum.
Sila bawa disc, baret lengkap dgn. lambang, dan bat c20.
Kehadiran adalah DIWAJIBkan.Mohon maklumkan kepada anggota yang lain.
Sekian, Wassalam.
Wednesday, September 4, 2013
SIJIL MALPTAAC 7 2012
Kepada semua anggota PKB yang menyertai MalPTAAC 7 2012 boleh datang ambil Sijil Penyertaan di Unit Kokurikulum PKB.
Sekian Terima kasih.
Sunday, August 4, 2013
LATIHAN TEMPATAN BULAN OGOS 2013
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Perhatian kepada semua anggota Askar Wataniah PKB (Kompeni Delta)
Latihan Tempatan AW untuk bulan ogos adalah seperti berikut:
Tarikh: 16/08/2013 dan 17/08/2013.
2 buah Bas disediakan : bas bergerak pukul 7.30 pagi.
Sila berkumpul di Pondok pengawal Utama PKB.
bas pergi pagi dan balik petang untuk Jumaat dan sabtu
tidak bermalam di kem (yang nak bermalam digalakkan)
Pakaian Loreng.
Kehadiran sangat penting kerana akan diadakan !!!!
PEMILIHAN PESERTA KE MalPTAAC 8 DI PSP bagi:
Peserta Kawad dan Peserta Menembak.
Peringkat awal Bahagian Pasukan Simpanan (BPS) hanya membenarkan setiap poli 2 pegawai dan 32 pelajar sahaja.
Yang lain adalah dalam proses permohonan dengan BPS untuk membawa kesemua anggota ke PSP.
Oleh yang demikian, senarai yang akan dipilih dan diberi keutamaan ialah yang hadir latihan tersebut.
Selamat menyambut Hari raya Aidil Fitri,
maaf zahir Batin.
Sekian,
Lt.Azri
Saturday, July 20, 2013
PERSEDIAAN MalPTAAC 8/2013
Assalamualaikum dan selamat berpuasa
Satu perjumpaan akan diadakan pada tarikh berikut:
Tarikh: 21/7/2013 (ahad)
Tempat: Student center
Masa: 5.00 petang
Diwajibkan kepada semua anggota yang mempunyai no.tentera dan masih belajar di PKB
(semua termasuk yang tak pergi kursus Perajurit Muda).
Perjumpaan ini bertujuan untuk mengesahkan kesediaan anda mengikuti MalPTAAC 8
(Kem Tahunan Askar Wataniah Politeknik Malaysia) pada 3-17/11/2013 bertempat di
Politeknik Seberang Prai, Pulau Pinang.
Sekian, Wassalam.
Monday, June 24, 2013
Pelajar PKB tamat Kursus Asas Perajurit Muda
8 Jun 2013 - Anggota Askar Wataniah PKB mencipta Kejayaan
Seramai 100 orang pelajar PKB yang Berjaya menyertai Kelab Pasukan Askar Wataniah yang berdaftar dibawah Kelab Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB dan memperolehi no. Tentera. Setelah mengikuti Ujian kelayakan fizikal hanya seramai 76 orang sahaja layak untuk mengikuti Kursus Asas Perajurit Muda siri 2/2013 bermula 10 mei-08 Jun 2013 bertempat di Pusat Latihan Rejimen 506 Askar Wataniah, Kem Sungai Durian, Kuala Krai Kelantan. Dalam kursus ini yang berlangsung selama 30 hari telah diterapkan semangat seorang tentera yang meliputi pelajaran teori umum ketenteraan, kawad kaki, latihan medan, pengenalan dan asas menembak dan acara sukan antara platun. Pelajar PKB menerima anugerah daripada 4 kategori dari 5 kategori yang dipertandingkan iaitu Kawad Wanita Terbaik oleh Noor Shazwani bt Zainol Abidin (DPT1B) , Kawad Lelaki Terbaik oleh Az-Aiman Fariq bin Mat Saat (DEB2B), Akademik Terbaik disandang oleh Nur Fazreen Azera bt Ahmad Fazil (DPR2A) dan Penuntut Keseluruhan Terbaik oleh Shazwani bt Zainol Abidin (DPT1B). Majlis Penutup ini telah dihadiri oleh Timbalan Komander Rejimen 506 AW Lt. Kol Zamri bin Mat Esa pada 5 jun 2013. Pengarah PKB Mejar (Kehormat) Hj Noor Azahan bin Othman juga telah dijemput hadir pada Majlis Penutup Tamat Latihan dan diberi penghormatan untuk menyempurnakan acara Tabik Hormat dari anggota sukarela dan merasmikan Majlis Penutup tersebut. Beliau amat berbangga dengan kejayaan ini. Kejayaan yang dicapai hasil usaha yang ditunjukkan oleh semua anggota Askar Wataniah PKB yang mengikuti kursus ini dan juga usaha dan semangat yang dicurahkan oleh dua orang Penasihat Pasukan Askar Wataniah PKB iaitu Leftenan Mohd Azri bin Abdul Ghani (Unit Koku) dan Rosihan bin Abd Aziz (JKA) .Sepanjang 30 hari kursus pelajar telah didedahkan dengan perbagai Ilmu Asas Ketenteraan bagi melatih seorang Soldadu yang terlatih dengan semangat kerjasama, setiakawan berdisiplin, ketahanan mental dan fizikal,meningkatkan tahap kecerdasan jasmani agar mereka mampu melaksanakan tugas di dalam situasi yang mencabar dan tertekan serta akan lebih bersemangat untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Semua kejayaan ini hasil dari komitmen semua pihak terutama dari Tuan pengarah PKB, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB dan Unit Kokurikulum PKB. Mereka adalah asset PKB bagi persedian Khemah Tahunan Askar Wataniah Politeknik Malaysia (MalPTAAC) pada November 2013 di Politeknik Seberang Prai, Pulau Pinang.
Subscribe to:
Posts (Atom)