Tolong peringatkan sekali lagi kpd staf dan pelajar (minta pensyarah tolong
peringatkan) bahawa esok 8/1/13 dan setiap hari Selasa ialah hari pemakaian
pakaian badan beruniform bagi politeknik. Maka tolong pakai pakaian badan
beruniform masing-masing; JPA3, PBSM, kelab sukan, etc. Askar Wataniah pakaian
No.3 bagi staf dan celoreng bagi pelajar.
Bagi yg tidak ada badan
beruniform, pastikan sekurang-kurangnya memakai pakaian korporat jabatan atau
unit masing-masing, atau baju korporat atau baju sukarelawan dari mana-mana
program yg pernah mereka hadiri.
Arahan Pengarah PKB (rujuk surat arahan dari Ketua Pengarah JPP)
Bagi anggota Askar Wataniah Kompeni Delta, anda diwajibkan hadir ke Unit kokurikulum untuk tandatangan buku akur memakai uniform setiap hari selasa (masa mana anda free). Datang ke kaunter dengan memakai uniform dan tandatangan buku tersebut. mana-mana anggota yang tidak datang 3 X berturut-turut akan digugurkan dari kompeni Delta.
Ketua Kompeni Delta
Selamat Datang anggota baru
*Salam Perwira & Salam 1 Malaysia*
*Selamat Datang kepada pelajar-pelajar baru ke Politeknik Kota Bharu*
*Hubungi Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) PKB dan anggota AWPKB yang senior boleh hubungi Kelab AWPKB di Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB*
Monday, January 7, 2013
MalPTAAC 7 2012
MALAYSIAN
POLYTECHNIC TERRITORIAL ARMY ANNUAL CAMP 7TH
(MalPTAAC)
24 Nov 2012 – 08 Disc 2012
Di POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA
Sejarah pelaksanaan MalPTAAC ini bermula dari tahun
2000 dan diteruskan sebanyak enam siri sehingga tahun 2006. Pada tahun
berikutnya program ini terpaksa dihentikan buat seketika di atas sebab-sebab
tertentu. Namun, pada tahun 2012 program MalPTAAC ini sekali lagi telah berjaya
dilaksanakan untuk siri yang ke-7 di atas usaha keras pihak pengurusan
Politeknik dan pihak angkatan tentera Malaysia untuk memastikan MalPTAAC ini
dapat dilaksanakan semula. Tarikh 24 November 2012 sehingga 8 Disember 2012 sempena cuti semester
politeknik telah dipilih untuk dilaksanakan MalPTAAC ini. Sehubungan itu,
negeri Melaka telah dipilih sebagai tuan rumah yang dibantu oleh Rej 514 (AW).
Kampus Politeknik Merlimau Melaka (PMM) sekaligus telah bertukar corak dari
sebuah pusat pengajian kepada perkampungan tentera selama tempoh tersebut.
Seramai
425 anggota lain-lain pangkat dan 28 orang pegawai serta jurulatih dari 10 buah
politeknik telah berkampung di PMM selama 2 minggu bagi menjayakan MalPTAAC
ke-7 ini. Matlamat utama adalah untuk menghimpunkan semua anggota askar
wataniah dari seluruh politeknik. 10 buah politeknik yang mengambi bahagian
adalah PIS, POLIMAS, POLISAS, PPD, PSAS, PUO, PKB, PMM, PSMZA, dan PSP. Penyertaan
dari Politeknik Kota Bharu (PKB) adalah 47 anggota lain-lain pangkat dan 3
orang pegawai di samping bantuan daripada jurulatih Rejemen 506 (AW).
PKB telah menghantar seramai 3 orang pegawai dan 60 lain-lain pangkat.
Lt Mohd Azri Abdul Ghani
PKB telah menghantar seramai 3 orang pegawai dan 60 lain-lain pangkat.
Lt Mohd Azri Abdul Ghani
Derma Darah dan Pengambilan Askar Wataniah PKB
Salam
sejahtera…
1.
Pengumuman PERTAMA:
Kempen DERMA DARAH
Tarikh: 15 dan
16/01/13
Tempat : Student
Centre
masa: 8.30 pagi
hingga 4.00 petang
Hospital Raja
Perempuan Zainab II Kota Bharu
2.
Pengumuman KEDUA
:Penyertaan dalam Pasukan Sukarela Askar Wataniah Malaysia
Taklimat dan
tatacara mengisi borang : 12/01/13 (Sabtu jam 8.00 pagi-sila datang dengan
pakaian sukan)
Pemeriksaan
kesihatan oleh Doktor HPRZ11 pada Selasa 15/01/13
mana-mana pelajar
(semester satu/dua/tiga sahaja) dan staf PKB bawah 40 tahun yang berminat wajib
datang pada sesi taklimat dan mengisi borang tentera dengan
membawa
i. 3 Salinan K/p sendiri.
ii.
3 Salinan K/P ibu dan bapa/penjaga .
iii.
3 Salinan akademik tertinggi.
iv.
3 Salinan surat tamat sekolah.
v. 3
Salinan sijil lahir/surat beranak.
vi.
Gambar ukuran pasport 4 keping.
pen
warna hitam untuk isi borang
Subscribe to:
Posts (Atom)