23 SKN RAJD (AW)

*23 Skuadron Rejimen Askar Jurutera DiRaja (Askar Wataniah* *Jalan Pusara Kuala Terengganu* *No. 2 Terup, Kem desa Pahlawan @ Politeknik Kota Bharu*

Selamat Datang anggota baru

*Salam Perwira & Salam 1 Malaysia* *Selamat Datang kepada pelajar-pelajar baru ke Politeknik Kota Bharu* *Hubungi Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) PKB dan anggota AWPKB yang senior boleh hubungi Kelab AWPKB di Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB*

Monday, January 7, 2013

MalPTAAC 7 2012


MALAYSIAN POLYTECHNIC TERRITORIAL ARMY ANNUAL CAMP 7TH

(MalPTAAC)

24 Nov 2012 – 08 Disc 2012

Di POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA

Sejarah pelaksanaan MalPTAAC ini bermula dari tahun 2000 dan diteruskan sebanyak enam siri sehingga tahun 2006. Pada tahun berikutnya program ini terpaksa dihentikan buat seketika di atas sebab-sebab tertentu. Namun, pada tahun 2012 program MalPTAAC ini sekali lagi telah berjaya dilaksanakan untuk siri yang ke-7 di atas usaha keras pihak pengurusan Politeknik dan pihak angkatan tentera Malaysia untuk memastikan MalPTAAC ini dapat dilaksanakan semula. Tarikh 24 November 2012  sehingga 8 Disember 2012 sempena cuti semester politeknik telah dipilih untuk dilaksanakan MalPTAAC ini. Sehubungan itu, negeri Melaka telah dipilih sebagai tuan rumah yang dibantu oleh Rej 514 (AW). Kampus Politeknik Merlimau Melaka (PMM) sekaligus telah bertukar corak dari sebuah pusat pengajian kepada perkampungan tentera selama tempoh tersebut.

 

                                Seramai 425 anggota lain-lain pangkat dan 28 orang pegawai serta jurulatih dari 10 buah politeknik telah berkampung di PMM selama 2 minggu bagi menjayakan MalPTAAC ke-7 ini. Matlamat utama adalah untuk menghimpunkan semua anggota askar wataniah dari seluruh politeknik. 10 buah politeknik yang mengambi bahagian adalah PIS, POLIMAS, POLISAS, PPD, PSAS, PUO, PKB, PMM, PSMZA, dan PSP. Penyertaan dari Politeknik Kota Bharu (PKB) adalah 47 anggota lain-lain pangkat dan 3 orang pegawai di samping bantuan daripada jurulatih Rejemen 506 (AW).
PKB telah menghantar seramai 3 orang pegawai dan 60 lain-lain pangkat.

Lt Mohd Azri Abdul Ghani
 

 

No comments:

Post a Comment