30 September- Kelab Askar Wataniah Politeknik Kota Bharu seramai 45 orang pelajar semester
tiga yang di pimpin oleh En Mohd zahidi bin Mohd Zain (Pensyarah Jabatan
kejuruteraan Elektrik) dan dihadiri juga oleh Kapten Mohd Azri bin Abdul Ghani selaku Pegawai
Kokurikulum Politeknik Kota Bharu telah melaksanakan tugas khidmat masyarakat
yang dikenali sebagai AW Dihati. Program ini dilaksanakan di Asrama Bakti
Machang, Kelantan yang mana selain dari gotong royong persekitaran kawasan
asrama, surau, dewan makan dan bilik riadah serta membuat baik pulih sistem
pendawaian elektrik pada bilik-bilik penginapan dan tandas , anggota AWPKB juga membuat aktiviti bersama pelajar
dengan memberi motivasi agar sentiasa berusaha bagi meningkatkan akademik untuk
meneruskan pengajian ke peringkat menara gading, sukaneka antara anggota AWPKB
bersama pelajar Asrama Bakti, pertandingan mewarna, cabutan bertuah dan
diakhiri dengan jamuan makan malam. Rata-rata pelajar asrama bakti sangat
teruja dengan kehadiran anggota AWPKB yang datang dengan rombongan bas bermula
jam 2.00 petang hingga 11 malam. Menurut Hj Nik Othseman bin Mohamed yang juga Penyelia
Asrama Bakti merangkap Penggawa Daerah Panyit Machang, Objektif Asrama Bakti
ini ditubuhkan adalah untuk mendidik dan
menjaga kebajikan bagi meningkatkan
tahap akademik anak-anak yatim. Asrama Bakti ini mula dibuka pada tahun 1989
dan alumni Asrama Bakti yang telah keluar
sebelum ini juga ramai yang telah berjaya mempunyai kehidupan yang lebih baik dan
mendapat pekerjaan seperti doktor, polis, jurutera dan pegawai kerajaan. Beliau
mengucapkan berbanyak terima kasih
kepada Politeknik Kota Bharu yang memberi peluang kepada Kelab Askar Wataniah
PKB untuk menganjurkan program ini yang
mana sangat berguna dan dapat
mengeratkan silaturrahim & memberi motivasi yang dapat menaikkan semangat anak-anak
yatim untuk belajar dengan lebih gigih lagi.
Selamat Datang anggota baru
*Salam Perwira & Salam 1 Malaysia*
*Selamat Datang kepada pelajar-pelajar baru ke Politeknik Kota Bharu*
*Hubungi Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) PKB dan anggota AWPKB yang senior boleh hubungi Kelab AWPKB di Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB*
Thursday, October 1, 2015
Wednesday, September 23, 2015
Kursus Asas Modul Askar Wataniah Politeknik Kota Bharu
19 Sept 2015 – Kursus Asas Modul Askar Wataniah Politeknik
Kota Bharu
Seramai 300 orang pelajar PKB yang memilih saluran
Kokurikulum Pasukan Askar Wataniah semester satu telah hadir mengikuti Kursus
Asas Modul Askar Wataniah DRB 1010,
27 orang pelajar semester dua DRB2011 dan
67
orang pelajar semester tiga DRB3012 bermula 17-19 Sept 2015 bertempat di Politeknik Kota Bharu. Sepanjang kursus ini seramai 50 orang pelajar semester satu telah berminat ke saluran
dua pada semester hadapan diberi ujian ketahanan fizikal bagi melayakkan mereka
mengisi borang memohon nombor tentera untuk menganggotai pasukan sukarela Askar Wataniah. Anggota
senior AWPKB dan Jurulatih jemputan yang hadir dari Batalion Kedua,Rejimen 506 Askar Wataniah
bagi merealisasikan objektif kursus yang dijalankan ini.
Barisan Jurulatih
Teori
Ilmu Medan Perang
Tuesday, September 22, 2015
Kem Jatidiri Kelab Askar Wataniah
19 Sept 2015 – Kem Jatidiri Platun Golf
Seramai 36 orang pelajar PKB yang memilih saluran
Kokurikulum Pasukan Askar Wataniah dari Platun Golf telah mengikuti Kem Jatidiri bermula 17-19
Sept 2015 bertempat di Rimba Rekreasi Arboretum, Hutan Simpan, Teluk Bahang,
Pulau Pinang. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini ialah LDK
(Latihan dalam Kumpulan), Jungle Tracking, Survival, Perbentangan Kumpulan dan lawatan
akademik ke Muzium Perang dan Kota Cornwallis Bandar Kota Lama Pulau Pinang. Sepanjang
3 hari program ini pelajar telah didedahkan dengan ketahanan mental dan fizikal,
semangat kerjasama, setiakawan,berdisiplin, ,meningkatkan tahap kecerdasan
jasmani agar mereka mampu melaksanakan tugas di dalam situasi yang mencabar untuk
menjadi pelajar yang cemerlang. Perjalanan melalui Jambatan Pulau Pinang semasa pergi dan balik menaiki feri dapat memberi kenangan indah kepada peserta. Pada program ini juga pelajar dinilai dari segi
kepimpinan untuk dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Pelajar Unit Sukan,
Kokurikulum dan Kebudayaan PKB. Program ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh
Anggota Senior Askar Wataniah PKB.
Subscribe to:
Posts (Atom)