30 September- Kelab Askar Wataniah Politeknik Kota Bharu seramai 45 orang pelajar semester
tiga yang di pimpin oleh En Mohd zahidi bin Mohd Zain (Pensyarah Jabatan
kejuruteraan Elektrik) dan dihadiri juga oleh Kapten Mohd Azri bin Abdul Ghani selaku Pegawai
Kokurikulum Politeknik Kota Bharu telah melaksanakan tugas khidmat masyarakat
yang dikenali sebagai AW Dihati. Program ini dilaksanakan di Asrama Bakti
Machang, Kelantan yang mana selain dari gotong royong persekitaran kawasan
asrama, surau, dewan makan dan bilik riadah serta membuat baik pulih sistem
pendawaian elektrik pada bilik-bilik penginapan dan tandas , anggota AWPKB juga membuat aktiviti bersama pelajar
dengan memberi motivasi agar sentiasa berusaha bagi meningkatkan akademik untuk
meneruskan pengajian ke peringkat menara gading, sukaneka antara anggota AWPKB
bersama pelajar Asrama Bakti, pertandingan mewarna, cabutan bertuah dan
diakhiri dengan jamuan makan malam. Rata-rata pelajar asrama bakti sangat
teruja dengan kehadiran anggota AWPKB yang datang dengan rombongan bas bermula
jam 2.00 petang hingga 11 malam. Menurut Hj Nik Othseman bin Mohamed yang juga Penyelia
Asrama Bakti merangkap Penggawa Daerah Panyit Machang, Objektif Asrama Bakti
ini ditubuhkan adalah untuk mendidik dan
menjaga kebajikan bagi meningkatkan
tahap akademik anak-anak yatim. Asrama Bakti ini mula dibuka pada tahun 1989
dan alumni Asrama Bakti yang telah keluar
sebelum ini juga ramai yang telah berjaya mempunyai kehidupan yang lebih baik dan
mendapat pekerjaan seperti doktor, polis, jurutera dan pegawai kerajaan. Beliau
mengucapkan berbanyak terima kasih
kepada Politeknik Kota Bharu yang memberi peluang kepada Kelab Askar Wataniah
PKB untuk menganjurkan program ini yang
mana sangat berguna dan dapat
mengeratkan silaturrahim & memberi motivasi yang dapat menaikkan semangat anak-anak
yatim untuk belajar dengan lebih gigih lagi.
Selamat Datang anggota baru
*Salam Perwira & Salam 1 Malaysia*
*Selamat Datang kepada pelajar-pelajar baru ke Politeknik Kota Bharu*
*Hubungi Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) PKB dan anggota AWPKB yang senior boleh hubungi Kelab AWPKB di Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB*
Thursday, October 1, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment