Selamat Datang anggota baru
*Salam Perwira & Salam 1 Malaysia*
*Selamat Datang kepada pelajar-pelajar baru ke Politeknik Kota Bharu*
*Hubungi Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) PKB dan anggota AWPKB yang senior boleh hubungi Kelab AWPKB di Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB*
Monday, April 13, 2015
Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela siri 2/2014 (APMS)
Sejarah tercipta apabila pelajar PKB yang menyertai Pasukan Sukarela Askar Wataniah tidak mensia-siakan masa cuti semester Dis 2013 dengan menyertai dua kursus serentak iaitu yang pertama seramai 64 orang anggota baru telah menyertai Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela siri 2/2014 (APMS) bertempat di Kem Latihan Rejimen 506 AW sungai Durian, Kuala Krai Kelantan bermula 08/05/2014 hingga 06/06/2014. Penuntut PKB Amran Shahril bin Azhar pelajar Jabatan kejuruteraan Elektrik telah dinobatkan sebagai peserta Kawad Kaki Terbaik, manakala Mohamad Faizal bin Hashim pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dipilih peserta Akademik Terbaik manakala Siti Yasfiza bt Muhammad pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam dipilih peserta Keseluruhan Terbaik. Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Staf Markas 8 Briged Lt. Kol Hamdan bin Ismail turut hadir Penolong pegawai Memerintah Batalion Kedua Rejimen 506 AW Mejar Ahmad Zaky bin Muhammad dan Timbalan Pengarah Akademik PKB, Kolonel (B) Rela Kamaludin bin Daud. Sepanjang 30 hari kursus pelajar telah didedahkan dengan perbagai Ilmu Asas Ketenteraan bagi melatih seorang Soldadu yang terlatih dengan semangat kerjasama,setiakawanberdisiplin,ketahanan mental dan fizikal,meningkatkan tahap kecerdasan jasmani agar mereka mampu melaksanakan tugas di dalam situasi yang mencabar dan tertekan serta akan lebih bersemangat untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Dengan tamatnya kursus ini Anggota Askar Wataniah PKB telah bersedia menghadapi Kem Tahunan Askar Wataniah Politeknik Semalaysia (MalPtaac 9) yang dijangka akan diadakan di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment