Pelajar
Politeknik Kota Bharu cemerlang melalui penglibatan dalam Pasukan Sukarela
Askar Wataniah. pelajar PKB yang menyertai Pasukan Sukarela Askar Wataniah
tidak mensia-siakan masa cuti semester Dis 2014 iaitu yang seramai 43 orang anggota baru daripada 51
orang yang Berjaya mendapat nombor tentera telah menyertai Kursus Asas
Perajurit Muda Sukarela siri 2/2015 (APMS) bertempat di Markas Rejimen 506 AW Kem
Pengkalan Chepa,Kelantan.
6 acara individu yang dipertandingkan antaranya ialah kawad kaki
wanita terbaik, kawad kaki lelaki terbaik, ketabahan terbaik, penembak terbaik
keseluruhan, akademik keseluruhan terbaik, dan penuntut keseluruhan terbaik. 4
daripada 6 acara yang dipertandingkan telah dimenangi oleh anggota AWPKB.
1.
(6248755)
Muhammad Azarul Aizad bin Azahar memenangi anugerah penentut keseluruhan
terbaik
2.
(6248735)Muhammad
Sufian Bin Mohd Radzwan kawad kaki lelaki terbaik
3.
(6248751) Muhamad
Shafik Bin Zakaria ketabahan keseluruhan terbaik
4.
(6248741) Muhammad Rozaidi Bin Mohd Radzi anugerah
akademik keseluruhan terbaik.
Majlis Penutup ini telah dirasmikan
oleh Pegawai Memerintah Sukarela oleh Lt.Kol Fauzi Bin Sulaiman, turut dihadiri
Mej. Ahmad Zaky Bin Muhamad selaku Pegawai Tadbir Rej 506AW, dan Kapten Azani
Bin Abd Ghani Pegawai latih Rej. 506AW pada 16 jun2015. Kejayaan yang dicapai
hasil usaha yang ditunjukkan oleh semua anggota Askar Wataniah PKB yang
mengikuti kursus ini dan juga usaha dan semangat yang ditunjukkan oleh semua
anggota. Sepanjang
30 hari kursus pelajar telah didedahkan dengan perbagai Ilmu Asas Ketenteraan
bagi melatih seorang Soldadu yang terlatih dengan semangat
kerjasama,setiakawanberdisiplin,ketahanan mental dan fizikal,meningkatkan tahap
kecerdasan jasmani agar mereka mampu melaksanakan tugas di dalam situasi yang
mencabar dan tertekan serta akan lebih bersemangat untuk menjadi pelajar yang
cemerlang.
Sesungguhnya
azam setiap anggota Askar Wataniah Politeknik Kota Bharu adalah sentiasa
‘Bersiapsiaga Membantu Ganti Angkatan Tetap Sebagai Benteng Pertahanan Kedua
Negara’
No comments:
Post a Comment