23 SKN RAJD (AW)

*23 Skuadron Rejimen Askar Jurutera DiRaja (Askar Wataniah* *Jalan Pusara Kuala Terengganu* *No. 2 Terup, Kem desa Pahlawan @ Politeknik Kota Bharu*

Selamat Datang anggota baru

*Salam Perwira & Salam 1 Malaysia* *Selamat Datang kepada pelajar-pelajar baru ke Politeknik Kota Bharu* *Hubungi Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) PKB dan anggota AWPKB yang senior boleh hubungi Kelab AWPKB di Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB*

Monday, July 17, 2023

Anggota AWPKB terlibat dalam Perbarisan Hari Ulang Tahun Rejimen Askar Jurutera Diraja ke 70

 𝗞𝗟𝗨𝗔𝗡𝗚: Rejimen Askar Jurutera DiRaja (RAJD) telah mengadakan Sambutan Sempena Hari Ulang Tahun RAJD Ke-70 (HUT RAJD Ke-70) pada 14 dan 15 Jul 23 di Institut Kejuruteraan Medan Tentera Darat (IKEM). Tarikh sebenar HUT RAJD adalah pada 22 Apr setiap tahun. Namun pada tahun ini ianya jatuh pada Hari Raya Aidilfitri. Justeru sambutan Sempena HUT RAJD Ke-70 pada tahun ini disambut pada 14 dan 15 Jul 23 dengan mengambil kira tarikh sempena penubuhan Jab RAJD, IKEM dan 2 Skn RAJD. Objektif penganjuran Sambutan Sempena HUT RAJD Ke-70 ini adalah sebagai tanda memperingati sejarah penubuhan RAJD dan menghargai jasa pengorbanan warga RAJD terdahulu yang pernah berbakti kepada negara. Selain itu, ia juga sebagai salah satu platform untuk mengukuhkan kesatuan warga dan pesara RAJD. Aktiviti sambutan sempena HUT RAJD Ke-70 yang telah dilaksanakan adalah Majlis Tahlil dan Khutbah Khas serta Jamuan Makan Tengahari, Majlis Jamuan Makan Malam, Perbarisan Sempena HUT RAJD Ke-70 dan Jamuan Ringan serta Pertandingan Golf Sempena Sambutan HUT RAJD Ke-70.

Anggota AWPKB yang bernaung dibawah 23 Skn RAJD (AW) telah menyertai 𝗣𝗲𝗿𝗯𝗮𝗿𝗶𝘀𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻𝗮 𝗛𝗨𝗧 𝗥𝗔𝗝𝗗 𝗞𝗲-𝟳𝟬 telah dilaksanakan di Padang Kawad IKEM pada 15 Jul 23. Perbarisan dimulakan dengan 𝗗𝗲𝗺𝗼𝗻𝘀𝘁𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗗𝗶𝗻𝗮𝗺𝗶𝗸 untuk mempertontonkan keupayaan Tim Counter Improvised Explosives Device (CIED) daripada IKEM, Tim Chemical, Biological, Radiological, Nuclear and Explosives (CBRNe) dari 12 Skn RAJD (CBRNe) dan dibantu oleh Tim Anjing Pencari daripada Cawangan Serigala, Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA). Perbarisan ini telah dianggotai oleh 15 pegawai dan 209 anggota LLP yang terdiri dari empat detasmen iaitu Detasmen RAJD 2 Divisyen, Detasmen RAJD 3 Divisyen, Detasmen gabungan dari Jab RAJD, 2 Skn RAJD dan IKEM.

Bagi Detasmen ke 4 yang di ketuai oleh Mejar Mohd Azri bin Abdul Ghani (Pegawai Pemerintah 23 Skn RAJD (AW) yang juga pensyarah utama PKB terdiri dari gabungan RAJD Askar Wataniah dan RAJD Pakar yang mana 8 orang AWPKB telah menunjukkan semangat serta taat setia yang tinggi dalam menjayakan perbarisan ini. Pegawai Tabik Hormat perbarisan ini adalah Pengerusi RAJD iaitu Brig Jen Sharuddin bin Mohd Noh dan diiringi oleh isteri iaitu Lt Kol Shahidah Leong Binti Abdullah (Bersara).



Persediaan pergerakan dari no. 2 Terup 23 Skn RAJD(AW), Kem Desa Pahlawan

Team AWPKB


Detasmen ke 4




No comments:

Post a Comment