23 SKN RAJD (AW)

*23 Skuadron Rejimen Askar Jurutera DiRaja (Askar Wataniah* *Jalan Pusara Kuala Terengganu* *No. 2 Terup, Kem desa Pahlawan @ Politeknik Kota Bharu*

Selamat Datang anggota baru

*Salam Perwira & Salam 1 Malaysia* *Selamat Datang kepada pelajar-pelajar baru ke Politeknik Kota Bharu* *Hubungi Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) PKB dan anggota AWPKB yang senior boleh hubungi Kelab AWPKB di Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB*

Wednesday, December 28, 2011

PENGAMBILAN ANGGOTA SUKARELA BARU

proses pengambilan dan pengisian borang permohonan akan dilaksanakan seperti berikut:
 1.Tarikh : 6hb Januari 2012 (Jumaat )
 2. Masa: 8.30 pagi
 3. Keperluan: seperti yang tercatat pada borang pendaftaran 27/12/2011-semua 3 salinan kp sendiri,kp ibubapa,sijil tamat sekolah, sijil akademik tertinggi,4 keping gambar ukuran pasport,salinan buku BSN jika dah ada
 4. Persediaan: Berpakaian sukan (ujian ketahanan fizikal dan BMI)
 5. 2 batang pen berwarna hitam
sebarang pertanyaan sila datang jumpa Lt Mohd Azri di bengkel automotif JKM PKB




Thursday, December 1, 2011

Tahniah Wataniah PKB

Seramai 1 x Pegawai dan 7 x LLP anggota wataniah PKB terpilih sebagai AJK Sukarelawan Politeknik Malaysia ke Kemboja bagi menjayakan program Khidmat Bakti. Doakan keselamatan mereka pergi dan kembali .Amin
Sekembali dari Cambodia anggota wataniah PKB menyertai Latihan Menembak Pegawai dan Jakpaw Kelantan di Lapang Sasar Bukit Merbau pada bersama Tuan Pengarah Politeknik Kota Bharu Mej (K)  Hj Nor Azahan Bin Othman   pada 24 November 2011. Senjata yang digunakan sempena latihan ini adalah pistol, SMC Selensor, M16, Steyr, LMG dan GPMG.  Latihan ini bertujuan untuk memberi pendedahkan dan kemahiran kepada semua anggota Askar Wataniah

Tuesday, October 11, 2011

KOMPENI DELTA TETAP UNGGUL

TAHNIAH..Kepada Team AWPKB kerana menjadi Johan dalam Pertandingan Paintball Karnival Rekreasi Muda JPP/SRM IPT Kelantan 2011.
Team ini akan terus berlatih untuk menjulang nama PKB dalam acara Paintball dan Rempuh halangan di Kejohanan EXTREME GAMES pada 13-15/10/2011 di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun Terengganu.
Selamat berjuang untuk PKB

Tuesday, September 27, 2011

KEJOHANAN PAINTBALL TERTUTUP PKB

Salam Sejahtera
Kejohanan Paintball Tertutup PKB akan diadakan bagi memilih Atlet untuk mewakili PKB ke Pertandingan antara Politeknik Malaysia

Kejohahan Tertutup PKB
Tarikh: 08.10.2011
Masa: 8.00pg-5.00 ptg
Tempat: Padang Bolasepak PKB

Kejohanan antara Politeknik Malaysia
Tarikh: 13hb-15hb.10.2011
Masa: 8.00pg-5.00 ptg
Tempat: Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun Terengganu


Kepada semua kumpulan yang telah daftar rujuk http://sukanpkb.blogspot.com/ untuk pengundian pertandingan. Ketua/wakil kumpulan yang tidak hadir semasa pengundian secara automatik kumpulan tersebut ditolak.

Sunday, September 25, 2011

Latihan Kem Tahunan Rej 506 AW tahun 2011

Untuk makluman semua anggota Kompeni Delta
Latihan Kem Tahunan akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 7-23 /10/2011 ( 7-8hb latihan tempatan bulan oktober)
Tempat: Kem Tembila Besut Terengganu
Kepada semua anggota yang berminat boleh hubungi Jurulatih Kompeni Delta, terutama yang memerlukan surat Pelepasan majikan sepanjang latihan ini.
TQ

Latihan Menembak di Kem Horbart Gurun,Kedah

Kepada anggota yang berminat bolehlah hubungi Batalion Kedua Kem machang dan berhubung dengan Jurulatih Kompeni Delta sekiranya berminat mengikuti Latihan Menembak pada 26-29/09/2011

Cabaran Nenggiri 2011

Penglibatan Anggota Askar Wataniah Dalam menjayakan "Nenggiri Challenge 2011"
Berlansung dari 15-18 /09/2011 di Gua Musang.
Anggota Askar Wataniah terpilih sebagai peserta PKB dan terlibat dalam jawatankuasa pengendali Pertandingan dan Peralatan Cabaran Nenggiri 2011.
Terima kasih semua.
Sumbangan anda amat dihargai

Bersama masyarakat orang asli Pos Pulat

                            Barisan Anggota yang terlibat sepenuhnya "Cabaran nenggiri 2011"


Bergambar bersama Pengarah PKB

Perasmian Pejabat JPP PKB

Penglibatan Anggota Askar Wataniah PKB dalam menjayakan Perasmian Pejabat JPP HEP untuk kelab-kelab di PKB.
Tahniah semua yang terlibat

Thursday, September 8, 2011

Latihan Tempatan bulan September

Mengikut perancangan Rejimen 506 AW latihan bulan 9 (Sambutan Hari Raya)

Tarikh: 23-24/09/2011
Masa: 08.00 pg-2000 ptg
Tempat: Batalion 1, Kem Pengkalan Chepa.
Transport: Sendirian berhad.

Pakaian : Loreng & Baju Melayu lengkap bagi Lelaki / Pakaian Sopan bagi Pranita. 


Kepada semua anggota Politeknik Kota Bharu diharap dapat beri nama pada Jawatankuasa Wataniah PKB segera.

MESYUARAT DAN JAMUAN SAMBUTAN HARI RAYA KOMPENI DELTA

Tarikh : 11 / 9 / 2011
Aturcara:
Masa :
1950(07.50 mlm)-Pendaftraan anggota
2000 (08.00 mlm)-Ketibaan Penasihat Wataniah
2010 (08.10 mlm)- Bacaan Doa
2015 (08.15 mlm)- Jamuan makan
2030 (08.30 mlm)- solat Isyak berjemaah
2100 (09.00 mlm)-Mesyuarat Persatuan
Tempat : dewan terbuka sebelah gelanggang tenis
Bayaran jamuan : RM 5.00
Pakaian :berpakaian kemas,serta menutup aurat
bawa sorang satu jenis kueh raya.
sebarang pertanyaan boleh melalui Pbt Azlan Lan 017-7230335
semua ANGGOTA yang bernombor tentera berada/pencen di politeknik yang bernaung dibawah Kompeni DELTA diwajibkan menghadirkan diri...

Tuesday, August 9, 2011

latihan Tempatan Bulan Ogos 2011

Anda wajib bagi no,pkt dan nama sama ada pergi dengan BAS atau pergi sendiri bagi tujuan untuk memudahkan pengurusan dan budget makanan oleh pihak REJ 506 AW

LATIHAN TEMPATAN BULAN OGOS "BUKA PUASA"

Tarikh: 19-20/08/2011
Masa: 08.00 pg-2000 ptg
Tempat: Kem Sg. Durian, Kelantan.
Transport: Bas Politeknik Kota Bharu, (08.00 am bas akan bertolak ke Kem Sg. Durian).
Pakaian : Loreng & Baju Melayu bagi Lelaki / Pakaian Sopan bagi Pranita.

Monday, August 1, 2011

SELAMAT MENJALANI IBADAT PUASA

Wahai Orang yang Beriman, Diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang2 sebelum kamu, semoga kamu bertaqwa. (Al-Baqarah:183).
dan kepada anggota PKB yang pencen dan telah berdaftar sebagai alumni PKB terimalah kad puasa

jangan lupa Majlis Sambutan Hari Raya Alumni PKB ( boleh kira reunion watanabe PKB la ni kalu gi blako)
pada 3/9/2011-Sabtu (raya ke 5) di PCB resort jam 2.30 ptg.Seisi keluarga dijemput hadir.

Wednesday, June 29, 2011

Latihan bulan jULAI dan Pelancaran AW Parlimen Pasir Mas/KB

PERHATIAN !!!
latihan tempatan telah diubah semalam dan tarikh terkini adalah seperti dibawah :

Tetapi mana-mana anggota Delta yang mahu mengikuti kemuncak pelancaran pada 22-23hb bolehlah pergi latihan tetapi sila maklumkan kepada Sjn Zul terlebih dahulu.

Untuk Latihan Bulan Julai : 
Tarikh : 25hb Julai - 26hb Julai 2011( isnin & selasa)
Masa  : 08.00 - 20.00
Tempat : Kem Machang.
Transport : sendirian berhad kerana bas tiada.

Untuk Pelancaran AW Peringkat Parlimen Pasir Mas/KB
Latihan bermula 15hb Julai - 24 Julai (10 hari)
Pada 15hb adalah majlis lapordiri untuk mana-mana yang ingin mengikuti pelancaran.
  • Mana-mana anggota Delta yang telah tamat belajar elok hadir.
  • Mana-mana anggota Delta yang hendak mengikuti pelancaran tersebut boleh teruskan latihan sehingga 24hb, manakala yang tidak mahu mengikuti pelancaran bolehlah balik pada 16hb tersebut. 
  • Anggota yang masih belajar boleh pergi 22-24hb tetapi kena maklum pada Jurulatih Delta dulu Sjn Zul.
Perjumpaan semua anggota Delta akan di adakan seperti berikut:
Tarikh   : 7 Julai 2011
Masa    : 4.00 petang
Hari      : Khamis
Tempat : Bengkel Automotif Disel ( tempat saya duduk)

Kehadiran Wajib kepada yang masih belajar
Tolong sebarkan kepada anggota yang tak baca blog ini.
TQ

Tuesday, June 21, 2011

KURSUS ASAS PERAJURIT MUDA SIRI 2/2011

Anggota Askar Wataniah PKB mencipta Kejayaan
Seramai 41 orang pelajar PKB yang menyertai Pasukan Askar Wataniah telah mengikuti Kursus Asas Perajurit Muda siri 2/2011 bermula 23 mei-21 Jun 2011 bertempat di Kem Latihan Rejimen 506 Sungai Durian, Kuala Krai Kelantan. Bilangan peserta keseluruhan adalah 135 orang yang terdiri daripada pelajar Politeknik Kota Bharu, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Institut Perguruan Guru Kota Bharu (IPGKB) dan Pondok Moden Kandis. 4 orang anggota PKB menerima anugerah daripada 5 kategori  yang dipertandingkan iaitu Penembak Terbaik oleh Mohd Faiz Najmi bin Abd Saad (DUB), Kawad Wanita Terbaik oleh Noor Azreen bt Azhar (DPP) , Kawad Lelaki Terbaik oleh Mohamad Khalis bin Nordin (DEM) dan Penuntut Keseluruhan Terbaik oleh Muhamad Hishazwan bin Isa (DAD). Cuma kategori Akademik Terbaik disandang oleh Pelajar Institut perguruan Guru (IPGKB). En Mohd Raime bin Ahmad, Ketua Unit Kokurikulum PKB mewakili Pengarah PKB ke Majlis Penutup pada 19 Jun amat berbangga dengan kejayaan ini. Kejayaan yang dicapai hasil usaha yang ditunjukkan oleh semua anggota Askar Wataniah PKB yang mengikuti kursus ini dan juga usaha dan semangat yang dicurahkan oleh Penasihat Pasukan Askar Wataniah PKB iaitu Leftenan Mohd Azri bin Abdul Ghani.Sepanjang 30 hari kursus pelajar telah didedahkan dengan perbagai Ilmu Asas Ketenteraan bagi melatih seorang Soldadu yang terlatih dengan semangat kerjasama, setiakawanberdisiplin,ketahanan mental dan fizikal,meningkatkan tahap kecerdasan jasmani agar mereka mampu melaksanakan tugas di dalam situasi yang mencabar dan tertekan serta akan lebih bersemangat untuk menjadi pelajar yang cemerlang.

En Mohd Raime, Lt Mohd Azri dan Lt Kol Hj Muhammad bersama anggota Kompeni Delta Politeknik Kota Bharu

Wednesday, May 25, 2011

LATIHAN TEMPATAN BULAN JUN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Untuk makluman semua anggota Kompeni Delta..
Latihan Tempatan bulan Jun kali kedua iaitu
 Pada 17hb dan 18 hb
    Terus datang ke Kem Machang, Latihan PERBARISAN HARI ULANGTAHUN ASKAR WATANIAH
Kehadiran dengan pengangkutan sendiri.
Harap semua anggota yang bernaung di bawah Kompeni Delta hadir latihan
sambil memberi sokongan kepada
41 orang anggota baru yang sedang menjalani Kursus Asas Perajurit Muda 23 mei-21 jun.
Kegagalan anda hadir latihan akan menjejaskan nama anda di dalam Kompeni Delta.Sekiranya anda mengaku diri sebagai anggota Kompeni Delta sila hadir pada Perbarisan tersebut.Kepada anggota yang tidak hadir, nama anda akan disenaraikan dalam kelompok TIDAK AKTIF
Sila buat pengesahan kehadiran latihan dgn Pengerusi Delta sesi Julai 2011
Pbt BO - 014-5007096
Sebarang pertanyaan hubungi LT AZRI
Sekian. Harap Maklum.

Sunday, May 8, 2011

LATIHAN TEMPATAN BULAN MEI 2011

Latihan Tempatan Bulan Mei untuk sukarela Kompeni Delta seperti berikut:


Perhatian kepada semua anggota sukarela wataniahpkb, latihan tempatan pada 13-14/05/2011 dibatalkan dan ditunda pada tarikh yang tertera dibawah :

Tarikh: 20-21/05/2011
Masa: 08.00 pg-2000 ptg
Tempat: Kem Latihan Rej 506AW Pengkalan Chepa.
Transport: Sendiri.
Pakaian : Loreng
Latihan: Perbarisan Perpisahan SUK Kelantan.
Di Kem Rej 506 AW nanti sila lapor diri dengan jurulatih BN. 2, jaga disiplin dan nama PKB.
Saya tidak dapat hadir bersama kerana terlibat dengan hari Keluarga PKB di Perdana Resort,PCB pada 21 Mei 2011.
TQ

Wednesday, April 27, 2011

KURSUS PERAJURIT MUDA SIRI 2/2011

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ
Salam sejahtera
Minta perhatian semua anggota kompeni DElta yang berjaya menjalani ujian kecergasan bagi mengikuti Kursus Perajurit Muda 23 Mei-21 Jun 2011
Disini dinyatakan tarikh perjalanan kursus tersebut:
Lapordiri di Kem Machang
Dari rumah/PKB ke Kem Machang.
Tarikh: 22 hb Mei 2011 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi
Bas : Bas PKB akan menghantar anda ke KEM MACHANG, 8.00 pagi tayar bergolek dari PKB Sila tepati masa agar tidak tertinggal..
Wajib hadir ke Kem Machang bagi urusan dokumentasi dan peminjaman peralatan bagi keguanan anda masa kursus nanti.
  Untuk makluman semua anggota yang hadir medikal di Kem Desa Pahlawan pada 13/04/11 adalah lulus dan layak kecuali seorang yang BMI lebih tidak layak ikut kursus.Sekiranya anggota yang tidak membuat pemeriksaan kesihatan dan berminat untuk menghadiri kursus ini sila hubungi Jurulatih Kem Machang segera bagi temujanji dengan doktor.

Lapordiri di Kem Sungai Durian, Kuala Krai
Dari Kem Machang ke Kem Sungai Durian,Kuala Krai.
Tarikh: 23hb Mei 2011 (Isnin)
Masa: 8.00 pagi
Pengangkutan: Trak Askar 3 tan atau bas PKB

Sebarang masalah hubungi:
Lt Mohd Azri - 0199825668
Sarjan Zul - 0199324970
Kpl Razi-013-5909245

Sunday, April 17, 2011

DINNER ASKAR WATANIAH PKB SESI DIS 2010



Kepada semua anggota pasukan Askar Wataniah PKB yang masih belajar dan pencen di jemput hadir pada dinner berkenaan iaitu akan di adakan pada :

HARI : KHAMIS (malam)
TARIKH : 28/04/2011
JAM : 8.30mlm - 11.30mlm
TEMPAT : Dataran Gemilang PKB

Semua yang ingin menghadiri dinner ini diminta membayar RM10 bagi menjayakan dinner kita ini.Bayaran mestilah dibuat selewat-lewatnya pada hari Ahad bersamaan 24/04/2011. Pungutan duit terpaksa dibuat kerana bajet kita tidak mencukupi. Sebarang kesulitan amat dikesali...

Bayaran boleh dibuat kepada :
  1. Pbt Azuwan bin Mat Nawang ( YDP Kompeni Delta = 019-4938347 )
  2. Pbt Mohamad Ezani Bin Ismail (013-9486601)
  3. Pbt Nur Ayuni Azmin (013-9949195)
  4. Pm Noor Azreen Bt Azhar (014-8112432) 

Semua yang terlibat dengan dinner ini juga diminta menyediakan satu hadiah @ cenderahati setiap seorang yang harganya RM5 keatas pada mlm dinner tersebut kerana ada acara bertukar2 hadiah sesama kita...kerjasama anda amat diperlukan.
Sekian,

Sunday, April 10, 2011

PEMERIKSAAN KESIHATAN ANGGOTA KURSUS PERAJURIT MUDA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
kepada semua anggota yang akan mengikuti Kursus Perajurit Muda Siri 2/2011
pada 20 mei hingga 18 Jun di Kem Sungai Durian adalah diwajibkan menjalani
PEMERIKSAAN KESIHATAN seperti berikut:
Tarikh: 13 dan 14 April 2011 (Rabu dan Khamis)
Masa : 8.00 pagi hingga 3.00 ptg
Tempat: Pusat Rawatan Tentera Kem Pengkalan Chepa,Kelantan (RSAT)
Kenderaan Bas/Trak 3 ton disediakan dan bertolak jam 8.00 pagi di pintu pagar utama PKB
Sila tepati masa agar perjalanan pemeriksaan kesihatan dapat berjalan dengan lancar.
Sila bawa Pen untuk dokumentasi. Sekiranya ada masalah hubungi
Pegawai pengiring ialah Kapten Che Marzuki 013-9138416
Terima kasih.

Sunday, April 3, 2011

LATIHAN TEMPATAN BULAN APRIL 2011

Latihan Tempatan Bulan April untuk sukarela Kompeni Delta seperti berikut:
Tarikh: 15-16/04/2011
Masa: 08.00 pg-2000 ptg
Tempat: Kem Latihan Rej 506AW Sungai Durian, Kuala Krai.

Kepada anggota baru yang akan mengikuti Kursus Asas Perajurit Muda di minta hadir pada latihan tersebut bagi tujuan pentadbiran segala urusan Kursus nanti.
Sila maklumkan kepada penyelaras Pasukan Askar Wataniah PKB dengan segera bagi tujuan ransum pada latihan tersebut.
Kepada anggota lama dan pencen kompeni delta juga digalakkan hadir pada latihan tersebut.Sila maklumkan kepada pengerusi Pbt Azuwang bin Nawang 0194938347 dengan segera jika anda ingin datang latihan tersebut
Bas akan disediakan jika ada permintaan.

1. Kapt Che Marzuki -0139138416
2. Lt Mohd Azri-0199825668
3. Sjn Zulkifli-019-9324970

Monday, March 28, 2011

KURSUS ASAS PERAJURIT MUDA SIRI 2/2011

Tarikh jangkaan 20 mei hingga 18 jun 2011
Tempat: Kem Latihan Rej 506 AW, Kem Sungai Durian, Kuala Krai,Kelantan.

Kepada anggota yang berminat untuk mengikuti kursus ini
sila dapatkan borang pengesahan kehadiran Kursus dengan Penyelaras Askar Wataniah PKB
Lt Mohd Azri seberapa segera bagi memudahkan urusan medikal dan sebagainya.
Tempat terhad 50 orang sahaja.
Anggota baru yang belum ikut kursus ini digalakkan hadir.
TQ

Saturday, March 5, 2011

LATIHAN TEMPATAN BULAN MAC 2011

Perhatian semua anggota yang nama anda masih bernaung dibawah Kompeni Delta
Anda diwajibkan hadir untuk latihan berikut:

Latihan Tempatan Bulan Mac
Tarikh : 11-12 Mac 2011 (Jumaat dan Sabtu)
Masa : 0800-2000 (Jumaat) dan 0600-1800 (Sabtu)
Tempat :Kem Sg. Durian, Kuala Krai.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi penama berikut:
1. Kapten Che Marzuki (Ketua Kompeni Delta = 013-9138416)
2. Sarjan Zulkifli (Jurulatih Bn.2 Rej.506- Kompeni Delta = 019-9324970)
3. Pbt Azuwan bin Mat Nawang ( YDP Kompeni Delta = 019-4938347 ) 


Sekian TQ...

Tuesday, February 8, 2011

UJIAN AMALI ASKAR WATANIAH AR201


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ujian Amali AR201 untuk pelajar semester dua
Pasukan Askar Wataniah telah diadakan pada:
Tarikh: 12 Feb 2011 (Sabtu )
Tempat: Tasik Politeknik Kota Bharu
Pengisian: ujian kawad kaki, belajar kompas, ujian orientering, pasang khemah, ikhtiar hidup dan rempoh halangan berjaya diadakan tanpa sebarang masalah.
Terima kasih semua AJK yang membantu dalam program ini. Jasa anda sentiasa dikenang.
Sekian.

Thursday, January 20, 2011

LATIHAN TEMPATAN TAHUN 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Tarikh Latihan yang baru diterima dari BN. 2 untuk Latihan Tempatan bulan Februari seperti berikut:
Tarikh: 18-19 Feb 2011
Tempat: Kem Latihan Sungai Durian,Kuala Krai
             ( Latihan awal tahun semua Batalion )

Saya selaku penyelaras Kompeni Dragon mohon maaf pada semua anggota kerana bas PKB tak dapat hantar ke Kem Sg. Durian,bas PKB ke Poli Muazam tanding sukan, Trak 3 tan dari Rej 506 AW pun tak cukup,jadi saya harap anggota yang mempunyai Semangat Waja sila hadirkan diri ke Latihan ini dengan kenderaan sendiri. Sila lapor pada Sjn Zulkifli jam 8.00 pg, Kapt. Che Marzuki ikut sama latihan ini. Saya tidak dapat hadir kerana persediaan sebelum Kursus G3 di PUSWATAN pada 21/02-22/03.

Sekian,harap maklum