23 SKN RAJD (AW)

*23 Skuadron Rejimen Askar Jurutera DiRaja (Askar Wataniah* *Jalan Pusara Kuala Terengganu* *No. 2 Terup, Kem desa Pahlawan @ Politeknik Kota Bharu*

Selamat Datang anggota baru

*Salam Perwira & Salam 1 Malaysia* *Selamat Datang kepada pelajar-pelajar baru ke Politeknik Kota Bharu* *Hubungi Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) PKB dan anggota AWPKB yang senior boleh hubungi Kelab AWPKB di Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB*

Thursday, November 16, 2023

AWPKB MENYERTAI MAJLIS APRESIASI DAN TAMAT LATIHAN UNIT BERUNIFORM PKB 2023

 14 November 2023- New Horizon Garden Restaurant Kota Bharu.

AWPKB bersama unit beruniform lain seperti Pispa,Relasis dan Pengakap dijemput oleh Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan PKB bagi menyertai Majlis Apresiasi dan Tamat Latihan Unit Beruniform.

Wakil dari 23 Skn RAJD(AW) turut dijemput bagi memeriahkan majlis tersebut.







UCAPAN ALUAN KJSKK

UCAPAN PERASMIAN OLEH PENGARAH PKB


AW SEM1

AW SEM3

AW SEM AKHIR


JURULATIH 23 SKN RAJD(AW)



Gambar kenangan bersama Pengarah PKB, Timbalan Pengarah Akademik PKB, KJSKK 
dan Jurulatih 23 Skn RAJD(AW)


GAMBAR PASUKAN SAHABAT RELASIS,PISPA,PENGAKAP







Tuesday, November 14, 2023

Latihan Menembak Jemputan dari 7 Skn RAJD

 

PENGARAH PKB SERTAI LATIHAN MENEMBAK BERSAMA 7 SKN RAJD
23 Oktober 2023, Kok Lanas : YBrs. Gs. Sr Hj Mohd Fikri bin Ismail, Pengarah PKB menerima jemputan latihan menembak dari 7 Skn RAJD (Skuadron ke-7 Rejimen Askar Jurutera Diraja) yang diketuai oleh Mejar Mohd Nurul bin Hasan, Pegawai Pemerintah 7 Skn RAJD bertempat di Lapang Sasar Bukit Merbau, Kok Lanas.
Turut hadir bersama En. Wan Muhammad Marzudi bin Wan Muhammad, Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan PKB, En. Wan Rozaimie bin Wan Mamat, Pegawai Sukan PKB, En. Mohd Fadhil bin Hasbullah, Pensyarah JMSK dan Mejar Ts. Mohd Azri bin Abdul Ghani pensyarah JKM selaku Pegawai Pemerintah 23 Skn RAJD (AW).
Antara aktiviti yang diadakan latihan ujian pelarasan jarak 50 meter, tembak piring jarak 100 meter dan 200 meter.
Pengalaman yang bermakna ini dapat meningkatkan semangat dan jatidiri yang tinggi semasa berada di lapang sasar .












LATIHAN KEM TAHUNAN SKUADRON RAJD(AW) 2023

 18 Sept hingga 02 Okt 2023-AWPKB berkampung di Kem Sangro Taiping Perak menjalani Latihan Kem Tahunan Gabungan Skuadron RAJD (AW) antara 23 Skn dan 24 Skn RAJD (AW).

  Anggota Sukarela Askar Wataniah Politeknik Kota Bharu yang bernaung di bawah Skuadron ke 23 Rejimen Askar Jurutera DiRaja (23 Skn RAJD(AW) adalah pasukan Elemen Bantuan Tempur  yang kecil. 

 

Latihan yang akan dilaksanakan selama 15 hari bermula 18hb Sept hingga 02hb Okt 2023 bertempat di Kem Sangro, Taiping Perak adalah gabungan antara 23 Skn dan 24 Skn RAJD (AW). Perjalanan dari PKB ke Taiping menggunakan Bas PKB pada 18hb September dan perjalanan balik dari Taiping ke PKB menggunakan bas PKB (hantar dan ambil). Pelajar PKB akan Bersama anggota 23 Skn RAJD (AW).

Pelajar PKB ini berkampung di kem tentera akan menjalani latihan akan mendapat  banyak pengalaman yg akan mereka akan dapat pelajari nanti melibatkan elemen kejuruteraan dalam tentera.















Pegawai Pemerintah 23 Skn RAJD (AW), Mej Ts Mohd Azri bin Abdul Ghani dan juga anggota AWPKB turut menerima sijil Penghargaan Perbarisan HUT RAJD ke 70 dan sijil penyertaan LKT Skn RAJD(AW) 2023.