kompeni Delta

*Markas Rejimen 506 Askar Wataniah* *Batalion Kedua Kem Machang* *Kompeni Delta Politeknik Kota Bharu*

Selamat Datang anggota baru

*Salam Perwira & Salam 1 Malaysia* *Selamat Datang kepada pelajar-pelajar baru ke Politeknik Kota Bharu* *Hubungi Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) PKB dan anggota AWPKB yang senior boleh hubungi Kelab AWPKB di Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB*

Thursday, May 26, 2016

ANGGOTA AWPKB BERJAYA TAMAT KURSUS APMS SIRI 2 TAHUN 2016



APMS Siri 2/2016

Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela (APMS) siri 2/2016 telah dilaksanakan mulai 17hn. April-16hb. Mei 2016 di Kem Latihan Rejimen 506AW, Batalion Ketiga, Sg Durian, Kuala Krai, Kelantan.
Seramai 86 pelajar PKB (42 Lelaki & 44 Perempuan) yg lulus pemeriksaan kesihatan telah menyahut cabaran selama 30 hari menjalani kehidupan sebagai seorang tentera dengan mengikuti Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela (APMS) siri 2/2016.
Jumlah keseluruhan penuntut adalah 116 orang. Majlis Pembukaan Kursus APMS ini telah disempurnakan oleh Komander Rejimen 506AW, Yg Beramat Mulia Tengku Temenggong Kelantan Kol Tengku Dato Mohamad Rizam b. Tengku Abdul Aziz pada 23 hb. April 2016.
Selama 30 hari berkampung di kem  sg durian, banyak pengalaman yg telah dipelajari oleh anggota seperti kawad kaki, kawad senjata, pelajaran senjata (mengenal,membuka,memasang & menembak), ilmu pengetahuan am dan undang2 tentera, latihan medan dan sukan.
Latihan dan pelajaran telah dibimbing oleh Jurulatih2 tetap dan Jurulatih2 sukarela di bawah Pegawai Latih Mejar  Mohammat Azam b. Mustafa.
Terdapat juga acara2 yg dipertandingkan diantara penuntut kursus APMS dan keputusannya telah di monopoli oleh AWPKB seperti:

1) 6258901 PM Muhammad Zikri b. Bahadul Rozhi 04DAD15F2009 (DAD1A)- penuntut keseluruhan terbaik.
2) 6258919 PM Norkatini bte Abu Bakar 04DPM15F2021 (DPM1B)- penuntut akademik terbaik
3) 6257244 PM Yasir Aidil b. Aspar 04DKM15F1082 (DKM2B) - penuntut kawad (L) terbaik
4) 6257254 PM Nur Aima bte Mohd Nawawi 04DKA15F1092 (DKA2A)- penuntut kawad(W) terbaik
5) 6257254 PM Hassan Basri b. Zakaria 04DAT15F2112 (DAT1C) - penuntut penembak terbaik.

Majlis Penutup pada 14hb. Mei 2016 telah disempurnakan oleh Timbalan Komander Rejimen 506AW, Yg Berbahagia Lt Kol Aminuddin b. Yaacob.





Daripada:
Lt. Mohd Sabri bin Hashim
Kapten Mohd Azri bin Abdul Ghani
Penasihat AWPKB

Kompeni Delta Bn 2, Rejimen 506 AW

*