23 SKN RAJD (AW)

*23 Skuadron Rejimen Askar Jurutera DiRaja (Askar Wataniah* *Jalan Pusara Kuala Terengganu* *No. 2 Terup, Kem desa Pahlawan @ Politeknik Kota Bharu*

Selamat Datang anggota baru

*Salam Perwira & Salam 1 Malaysia* *Selamat Datang kepada pelajar-pelajar baru ke Politeknik Kota Bharu* *Hubungi Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) PKB dan anggota AWPKB yang senior boleh hubungi Kelab AWPKB di Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB*

Monday, June 24, 2013

Pelajar PKB tamat Kursus Asas Perajurit Muda

8 Jun 2013 - Anggota Askar Wataniah PKB mencipta Kejayaan Seramai 100 orang pelajar PKB yang Berjaya menyertai Kelab Pasukan Askar Wataniah yang berdaftar dibawah Kelab Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB dan memperolehi no. Tentera. Setelah mengikuti Ujian kelayakan fizikal hanya seramai 76 orang sahaja layak untuk mengikuti Kursus Asas Perajurit Muda siri 2/2013 bermula 10 mei-08 Jun 2013 bertempat di Pusat Latihan Rejimen 506 Askar Wataniah, Kem Sungai Durian, Kuala Krai Kelantan. Dalam kursus ini yang berlangsung selama 30 hari telah diterapkan semangat seorang tentera yang meliputi pelajaran teori umum ketenteraan, kawad kaki, latihan medan, pengenalan dan asas menembak dan acara sukan antara platun. Pelajar PKB menerima anugerah daripada 4 kategori dari 5 kategori yang dipertandingkan iaitu Kawad Wanita Terbaik oleh Noor Shazwani bt Zainol Abidin (DPT1B) , Kawad Lelaki Terbaik oleh Az-Aiman Fariq bin Mat Saat (DEB2B), Akademik Terbaik disandang oleh Nur Fazreen Azera bt Ahmad Fazil (DPR2A) dan Penuntut Keseluruhan Terbaik oleh Shazwani bt Zainol Abidin (DPT1B). Majlis Penutup ini telah dihadiri oleh Timbalan Komander Rejimen 506 AW Lt. Kol Zamri bin Mat Esa pada 5 jun 2013. Pengarah PKB Mejar (Kehormat) Hj Noor Azahan bin Othman juga telah dijemput hadir pada Majlis Penutup Tamat Latihan dan diberi penghormatan untuk menyempurnakan acara Tabik Hormat dari anggota sukarela dan merasmikan Majlis Penutup tersebut. Beliau amat berbangga dengan kejayaan ini. Kejayaan yang dicapai hasil usaha yang ditunjukkan oleh semua anggota Askar Wataniah PKB yang mengikuti kursus ini dan juga usaha dan semangat yang dicurahkan oleh dua orang Penasihat Pasukan Askar Wataniah PKB iaitu Leftenan Mohd Azri bin Abdul Ghani (Unit Koku) dan Rosihan bin Abd Aziz (JKA) .Sepanjang 30 hari kursus pelajar telah didedahkan dengan perbagai Ilmu Asas Ketenteraan bagi melatih seorang Soldadu yang terlatih dengan semangat kerjasama, setiakawan berdisiplin, ketahanan mental dan fizikal,meningkatkan tahap kecerdasan jasmani agar mereka mampu melaksanakan tugas di dalam situasi yang mencabar dan tertekan serta akan lebih bersemangat untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Semua kejayaan ini hasil dari komitmen semua pihak terutama dari Tuan pengarah PKB, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB dan Unit Kokurikulum PKB. Mereka adalah asset PKB bagi persedian Khemah Tahunan Askar Wataniah Politeknik Malaysia (MalPTAAC) pada November 2013 di Politeknik Seberang Prai, Pulau Pinang.

Sunday, June 23, 2013

pemakaian uniform

pemakaian uniform tentera setiap selasa ialah selepas hari raya

Gambar Platun,Bat C20 & rantai disc

assalamualaikum anggota yg baru tamat kursus asas perajurit muda blh dtg ambil gambar,bat c (yg diperbetulkan) serta rantai disc di unit kokurikulum mulai 25/6/13. Sila berurusan dgn Pbt Syafika