23 SKN RAJD (AW)

*23 Skuadron Rejimen Askar Jurutera DiRaja (Askar Wataniah* *Jalan Pusara Kuala Terengganu* *No. 2 Terup, Kem desa Pahlawan @ Politeknik Kota Bharu*

Selamat Datang anggota baru

*Salam Perwira & Salam 1 Malaysia* *Selamat Datang kepada pelajar-pelajar baru ke Politeknik Kota Bharu* *Hubungi Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) PKB dan anggota AWPKB yang senior boleh hubungi Kelab AWPKB di Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB*

Sunday, October 24, 2021

Anggota AWPKB cemerlang tamat Kursus Asas Perajurit Muda (Sukarela)

 Pekan,Pahang 5 Oktober 2021

Seramai 6 orang Anggota Askar Wataniah Politeknik Kota Bharu yang bernaung di bawah pasukan 23 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Di Raja (AW) telah mengikuti Kursus Asas Perajurit Muda (Sukarela)-APMS siri 1/2021 bertempat di Kem Rejimen 505(AW), Pekan Pahang bermula 6 Sept-5 Okt 2021.

Seramai 44 orang peserta keseluruhan.

Anggota AWPKB telah berjaya dinobatkan sebagai Penuntut Keseluruhan Terbaik iaitu Muhammad Alif Danial bin Elebeh Rosli dari Kursus Diploma Pemasaran (DPR5B)

Tahniah diucapkan kerana kesemua anggota yang pelajar PKB telah berjaya menamatkan kursus selama 30 hari.