23 SKN RAJD (AW)

*23 Skuadron Rejimen Askar Jurutera DiRaja (Askar Wataniah* *Jalan Pusara Kuala Terengganu* *No. 2 Terup, Kem desa Pahlawan @ Politeknik Kota Bharu*

Selamat Datang anggota baru

*Salam Perwira & Salam 1 Malaysia* *Selamat Datang kepada pelajar-pelajar baru ke Politeknik Kota Bharu* *Hubungi Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) PKB dan anggota AWPKB yang senior boleh hubungi Kelab AWPKB di Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB*

Monday, August 30, 2010

Perkhemahan R2001 Pasukan Askar Wataniah PKB

Untuk makluman semua pelajar Modul R2001
Pasukan Askar Wataniah PKB
sesi Julai 2010.
Aktiviti luar semester ini ialah :

Tajuk : Kem Jati Diri dan Bina Insan
Tarikh: 30/09-02/10/2010
Tempat: Taman Santuari Tasik Pergau, Jeli Kelantan.
Markah penglibatan sebanyak 20% akan dinilai.
Persediaan peralatan,pembahagian kumpulan pada 28/09/10

Ringkasan jadual

30/09
3.00 ptg- Bertolak dari PKB ke Tasik Pergau
             - Penyediaan penginapan/makan malam
             - Taklimat Keselamatan Kem oleh Pengurus Tmn Santuari
             - Taklimat Kem dan Pengurusan Organisasi
             - Penganjuran projek mini
01/10
Aktiviti dijalankan - ( Jungle Treking,Survival, kayak, LDK,Persembahan Kumpulan)

02/10
 - Perbentangan kumpulan dan ujian projek mini
 - Lawatan Bina Insan ke Pusat Serenti Jeli
    (kaunseling dan temuramah penagih)
 - Balik ke PKB

Sebarang kemuskilan sila berurusan dengan pengerusi pelajar R2001
Pasukan Askar Wataniah PKB.

Sekian,harap maklum

Sunday, August 29, 2010

Latihan Tempatan bulan September

PERUBAHAN TARIKH LATIHAN.
Maklumat Terkini ialah pada 24-25 September 2010.
Semua anggota diminta hadir latihan tersebut.
Latihan sempena persaraan RSM Rej 506 AW
Tempat latihan perbarisan di KEM SUNGAI DURIAN,KUALA KRAI
Jagalah keselamatan anda sentiasa, pandu cermat jiwa selamat.
Sila lapor diri ke BN 2, Kem Machang sebelum 0800 24 hb September 2010
Sebarang pertanyaan anggota boleh hubungi Kapten Che Marzuki 0139138416
Sekian,

Tuesday, August 24, 2010

Alumni PKB

Selamat Berpuasa dan Menyambut Hari Lebaran
Kepada semua anggota yang telah tamat belajar di Politeknik Kota Bharu dan telah mendaftar sebagai ahli Alumni PKB di jemput hadir ke Majlis Hari Raya
pada = 16 september 2010 (khamis)
jam = 2.00 petang
tempat= PCB Resort, Pantai Cahaya Bulan, Kelantan.
Tiada bayaran di kenakan. Boleh bawa keluarga. Sila maklumkan kepada AJK alumni PKB sebelum 31 ogos 2010 pengesahan kehadiran bagi memudahkan urusan tempahan makanan.
Kepada anggota yang belum mendaftar ahli Alumni PKB bolehla mendaftar melalui laman web http://www.pkb.edu.my/, buka Alumni PKB segera. Banyak lagi program Alumni akan diadakan selepas ini.
Sekian, Wassalam.

Wednesday, August 4, 2010

kompeni Dragon sesi Julai 2010



Gabungan anggota Poli, anggota Veteren dan R2001 yang belum dapat nombor tentera.

PENGAMBILAN ANGGOTA BARU


Pada tahun 2009 kompeni Delta tidak membuat pengambilan, maka pada tahun 2010 terpaksa buat pengambilan kerana 80% anggota sudah tamat belajar. Bila diumumkan tentang tarikh ujian kelayakan huhhh ramai hampir 300 orang datang, setelah ujian kecergasan dibuat tinggal 200 orang yang layak, bila disemak umur ramai tak cukup 18 tahun, reject lagi tinggal 79 orang. pada 3 ogos pemeriksaan kesihatan dan derma darah. kita tunggu berapa orang yang layak. Lepas tu dokumen yang pelajar hantar pulak, kalu tak lengkap kena reject lagi.
Harapan sekurang-kurangnya 60 orang layak mendapat nombor tentera bagi mengisi kekosongan anggota kompeni Delta kerana bila ada majlis seperti Hari Kebangsaan, konvokesyen dll pasukan askar wataniah diperlukan untuk menjayakan perbarisan tersebut.
Maklumat terkini: Terdapat beberapa orang pelajar yang didapati dokumen tidak lengkap, ada yang tiada borang pemeriksaan kesihatan, ada yang tiada dokumen yang diperlukan. Borang tersebut ada diatas meja penyelaras unit uniform di unit Kokurikulum. Borang yang telah lengkap sudah dihantar ke Kem Machang. Tunggu la keputusan nombor tentera anda.