23 SKN RAJD (AW)

*23 Skuadron Rejimen Askar Jurutera DiRaja (Askar Wataniah* *Jalan Pusara Kuala Terengganu* *No. 2 Terup, Kem desa Pahlawan @ Politeknik Kota Bharu*

Selamat Datang anggota baru

*Salam Perwira & Salam 1 Malaysia* *Selamat Datang kepada pelajar-pelajar baru ke Politeknik Kota Bharu* *Hubungi Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) PKB dan anggota AWPKB yang senior boleh hubungi Kelab AWPKB di Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB*

Monday, September 8, 2014

Latihan Tempatan bulan September dan Intensif MalPTAAC

Sukacita dimaklumkan Latihan Tempatan Bulan September akan dibuat berserta dengan Intensif peserta MalPTAAC 9 iaitu pada 19 dan 20hb Sept. 2014 bertempat di kem Machang.
Bas bergerak jam 7.00 pagi dari PKB pada 19/09/2014 dan ambil pada 20/09/2014 jam 4.00 petang.
Sila bawa uniform lengkap dan pakaian secukupnya.
Bermalam di Kem Machang. Semua anggota kompeni Delta yang ada nombor tentera digalakkan hadir.
Sekian, Wassalam.

Program Derma Darah dan Medikal Proses Pengambilan Anggota Baru AWPKB

Untuk makluman semua pelajar PKB yang berminat menyertai Anggota Askar Wataniah Politeknik Kota Bharu (AWPKB). Proses medikal akan dijalankan pada 09/09/14 jam 2.00 ptg hingga 5.00 ptg di sekitar galeri Perpustakaan PKB. Sila bawa dokumen yang diperlukan:
 i. 3 salinan KP sendiri, ii. 3 salinan KP 2 orang waris, iii. 3 salinan sijil lahir  iv. 3 salinan surat tamat sekolah,  v. 3 salinan keputusan SPM dan 4 keping gambar ukuran passport. 
Semua anggota lama digalakkan menderma darah bagi membantu mereka yang memerlukan.
Sekian, Harap Maklum.

Monday, March 31, 2014

PERJUMPAAN ANGGOTA KOMPENI DELTA PKB

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dimaklumkan satu perjumpaan akan diadakan kepada semua anggota sukarela Askar Wataniah PKB seperti berikut: Tarikh: 01/04/2014 (selasa) Masa: 1700 Lokasi: Pusat Pelajar PKB Kehadiran Wajib kepada : Anggota baru bagi pengesahan mengikuti Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela (APMS) siri 2/2014 pada 04/05-03/06/2014 dan Wajib kepada anggota lama yang akan mengikuti kursus KADAR di Rej. 501 AW kem Tebrau, Johor pada 29/04-28/05/2014. sekian, terima kasih

Wednesday, February 19, 2014

NOMBOR TENTERA ANGGOTA BARU PELAJAR PKB

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sukacita dimaklumkan proses permohonan nombor tentera bagi pelajar baru PKB telah pun berjaya. Nombor tersebut telahpun selesai diperolehi dari Bahagian Pasukan Simpanan (BPS) Mindef pada 19/02/2014. Pelajar boleh dapatkannya di Unit Kokurikulum PKB. Sekian, TQ Lt. Mohd Azri bin Abdul Ghani