kompeni Delta

*Markas Rejimen 506 Askar Wataniah* *Batalion Kedua Kem Machang* *Kompeni Delta Politeknik Kota Bharu*

Selamat Datang anggota baru

*Salam Perwira & Salam 1 Malaysia* *Selamat Datang kepada pelajar-pelajar baru ke Politeknik Kota Bharu* *Hubungi Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) PKB dan anggota AWPKB yang senior boleh hubungi Kelab AWPKB di Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB*

Monday, September 28, 2009

Jadual Latihan Wataniah PKB

  • MINGGUAN- SETIAP HARI SELASA JAM 1400 HINGGA 1800
  • BULANAN – JUMAAT 0800 HINGGA 2000
  • SABTU 0600 HINGGA 1800



TARIKH ADALAH BERGANTUNG JADUAL YANG

DISEDIAKAN OLEH BN 2.REJ. 506 AW, KEM MACHANG


Kawad Kemerdekaan 2009



Perkhemahan Tahunan Askar Wataniah Malaysia



Kawad Konvokesyen


Perbarisan Sempena Majlis Konvokesyen Ke 22 Politeknik Kota Bharu,Julai/2009

  • Seramai 55 ahli wataniah PKB terlibat dengan konvokesyen yang di langsungkan.
  • Mereka terpaksa bertugas selama 3hari badi menjayakan majlis tersebut,iaitu pada 16 hingga 18 Ogos 2009.
  • Wataniah juga ada menyediakan satu gerai wataniah yang menjual pelbagai jenis barangan dan makanan,Pameran pakaian seragam,dan pelbagai lagi alatan tentera juga turut dipamerkan.

Sunday, September 27, 2009

Kursus Asas Perajurit Muda Siri 3/2009



Pada tahun 2009 PKB bernasib baik kerana dapat menghantar seramai 100 orang anggota sukarela Pasukan Askar Wataniah PKB mengikuti kursus Asas Perajurit Muda bermula 27 Mei hingga 26 Jun 2009 yang berjumlah 200 orang sukarela .Pada kursus ini selama sebulan di Kem Latihan Rejimen 506 AW Sungai Durian,Kuala Krai, Kelantan pelajar dapat belajar tentang tatacara kehidupan seorang angkatan Tentera,belajar menggunakan senjata dan latihan menembak,latihan fizikal,ikhtiar hidup,latihan medan,kawad kaki dan sukan.Anggota PKB telah berikrar sanggup untuk dikerah bila-bila masa sekiranya berlaku peperangan demi mempertahankan Maruah Agama,Bangsa dan Negara. Pelajar PKB telah berjaya meraih Pelatih Kawad kaki Lelaki dan Perempuan terbaik,Penembak Terbaik dan Pelatih Keseluruhan Terbaik. PKB juga bertuah kerana Pegawai Sukarela Askar Wataniah PKB Leftenan Muda Mohd Azri bin Abdul Ghani dan Leftenan Muda Baharin bin Che Ajid telah dinaikkan ke pangkat Leftenan.Pemakaian pangkat ini telah disempurnakan olah Timbalan Komander Rejimen 506 Aw LT KOL Mohd Zulkipli bin Mohd Zahir.Terima kasih diucapkan kepada Pengarah PKB dan Rejimen 506 AW kerana memberi sokongan kepada Anggota Wataniah PKB.

Kompeni Delta Bn 2, Rejimen 506 AW

*