23 SKN RAJD (AW)

*23 Skuadron Rejimen Askar Jurutera DiRaja (Askar Wataniah* *Jalan Pusara Kuala Terengganu* *No. 2 Terup, Kem desa Pahlawan @ Politeknik Kota Bharu*

Selamat Datang anggota baru

*Salam Perwira & Salam 1 Malaysia* *Selamat Datang kepada pelajar-pelajar baru ke Politeknik Kota Bharu* *Hubungi Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) PKB dan anggota AWPKB yang senior boleh hubungi Kelab AWPKB di Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB*

Monday, February 7, 2022

Anggota AWPKB mengikuti Kursus Asas Perajurit Muda (APMS 2022)

 Pada tahun 2022 seperti tahun-tahun sebelum ini, AWPKB atau Askar Wataniah Politeknik Kota Bharu di bawah Kursus Kokurikulum MPU24711yang telah menyertai 23 Skuadron Rejimen Askar Jurutera DiRaja (RAJD (AW) ) akan ditawarkan mengikuti kursus asas dalam tentera iaitu Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela (APMS).

Oleh kerana 23 Skn RAJD (AW) adalah satu unit yang kecil, maka terpaksa menumpang pasukan-pasukan yang besar yang menganjurkan kursus APMS bertepatan dengan cuti semester Politeknik Malaysia.

Pada tahun ini hanya 8 orang pelajar PKB yang telah layak untuk mengikuti kursus tersebut.

3 orang pelajar mengikuti APMS di Batalion Ketiga, Rejimen 501 AW bertempat di Kem Sri Pantai, Mersing, Johor bermula 7 Februari hingga 6 Mac 2022.

Pada awalnya 4 pelajar layak tetapi 1 orang menolak saat akhir kerana tidak sihat.

Kesemua pelajar telah dihantar menggunakan kenderaan PKB.

5 orang pelajar mengikuti APMS di Batalion Ketiga, Rejimen 506 AW bertempat di Kem Sungai Durian. Kuala Krai, Kelantan bermula 8 Februari hingga 7 Mac 2022.

Kesemua pelajar telah dihantar menggunakan kenderaan tentera 23 Skn RAJD (AW).






Gambar-gambar anggota AWPKB ke Rejimen 501 AW (Mersing Johor)




Gambar-gambar AWPKB ke Rejimen 506 AW (Kuala Krai Kelantan)