23 SKN RAJD (AW)

*23 Skuadron Rejimen Askar Jurutera DiRaja (Askar Wataniah* *Jalan Pusara Kuala Terengganu* *No. 2 Terup, Kem desa Pahlawan @ Politeknik Kota Bharu*

Selamat Datang anggota baru

*Salam Perwira & Salam 1 Malaysia* *Selamat Datang kepada pelajar-pelajar baru ke Politeknik Kota Bharu* *Hubungi Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) PKB dan anggota AWPKB yang senior boleh hubungi Kelab AWPKB di Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB*

Sunday, March 25, 2018

Lawatan AWPKB ke TLDM Lumut dan Pulau Pangkor

Pada 22-24hb mac 2018 seramai 30 anggota AWPKB terpilih untuk membuat lawatan akademik ke TLDM Lumut dan menjalani Kursus Kepimpinan di Kem Intan Mizam, Teluk Nipah, Pulau Pangkor.
Selama 2 malam 2 hari termasuk perjalanan dengan menggunakan bas asia travel.

Setiba di Pintu Gerbang Gate 1 Harimau 1 TLDM, bas rombongan disambut oleh seorang pegawai dan Kopral KD Malaya untuk membawa rombongan ke bahagian perkapalan iaitu ARMADA BARAT.


penyampaian cenderahati








Wednesday, March 21, 2018

Khidmat Masyarakat AWPKB DiHati bersama JKM dan Yes PKB

Pada 17hb Mac 2018 bertempat di Kubur Pangkal Kuang, Ketereh, AWPKB bersama JKM, Yes PKB telah melakukangotong royong membersih Kubur dan mengecat Masjid Hutan Pasir, Ketereh.
Program telah dihadiri oleh 60 AWPKB, 20 pelajar JKM, 10 pelajar YES PKB dan 10 anggota Relasis sem 1 PKB bersama penduduk kawasan zon Hutan Pasir dan kawasan Mukim Ketereh.
Gotong Royong ini dihadiri oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal hj Zaid bin Noor dan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar en Azmi bin Juadi@Rosbi yang turut memikul gergaji berantai menebang pokok.

 Mesyuarat di wakaf Kubur bersama AJK Kubur Pangkal Kuang

Menggantung Banner


Peserta program




Tuesday, March 20, 2018

AWPKB Juara Paintball antara Unit Uniform PKB

Team Paintball AWPKB yang diberi nama Savage telah menjadi juara kejohanan paintball antara unit beruniform dengan mengetepikan team dari Pengakap dan Relasis PKB. Kejohanan diadakan pada 14mac 2018 bertempat di Padang Paintball PKB.




Kem jatidiri dan Khidmat Masyarakat AWPKB Sem 3

Tarikh 9hb Mac 2018 bertempat di Pantai Senok, Bachok, Kelantan.
Seramai 29 anggota dibawah seliaan en Zahidi bin Mohd Zain telah melakukan:
1. Membersih kawasan pantai Senok
2. Membersih kawasan Masjid serta membuat baikpulih kipas dan lampu Masjid.
3. Memberi sumbangan sejadah kepada Masjid.

Program sebegini menjadi tradisi Pasukan Askar Wataniah PKB yang diberi nama Program AWPKB Dihati yang mana dapat memberi semangat kerjasama secara berkumpulan dan dapat mengeratkan silatulrahim dengan masyarakat setempat.




AWPKB menyertai Perbarisan Konvokesyen PKB kali ke 31

Pada 4hb hingga 7hb Mac 2018, AWPKB memulakan perbarisan kawad kaki bersenjata dan menjadi Ketua Perbarisan sepanjang Majlis Teresebut.
Pada konvokesyen sidang 2, tetamu Kehormat adalah dari Angkatan Tentera iaitu Mej. Jeneral Dato' Hj Khlir bin Mohd Nor merupakan Asisten Ketua Staf Perisikan, Cawangan Perisikan MTD.
Pada kali ini juga 4 pegawai AWPKB telah dianugerahkan Pingat Kebaktian (PK) oleh Tetamu Kehormat.