23 SKN RAJD (AW)

*23 Skuadron Rejimen Askar Jurutera DiRaja (Askar Wataniah* *Jalan Pusara Kuala Terengganu* *No. 2 Terup, Kem desa Pahlawan @ Politeknik Kota Bharu*

Selamat Datang anggota baru

*Salam Perwira & Salam 1 Malaysia* *Selamat Datang kepada pelajar-pelajar baru ke Politeknik Kota Bharu* *Hubungi Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) PKB dan anggota AWPKB yang senior boleh hubungi Kelab AWPKB di Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB*

Wednesday, October 26, 2016

Kem Kepimpinan Jawatankuasa AWPKB sesi Jun 2016

Kem Kepimpinan Jawatankuasa AWPKB telah diadakan pada 15-17 Sept 2016 bagi memantapkan Organisasi AWPKB terutama melancarkan perancangan setiap semester serta mengcungkil idea-idea baru untuk perancagan semester seterusnya. Tujuannya adalah bagi memantapkan AWPKB sepanjang masa.
Telah diadakan di Pulau Santuari Tasik Pergau, Jeli, Kelantan.



Program AWPKB Di Hati

PSR atau Polytechnic Sosial Responsibility atau lebih mudah disebut Khidmat Masyarakat sememangnya terdapat dalam sukatan Kursus Kokurikulum Askar Wataniah semester 3. Oleh yang demikian setiap semester Anggota Sukarela Askar Wataniah Politeknik akan mengadakan Khidmat Masyarakat bagi merialisasikan sukatan kursus kokurikulum tersebut.
Pada kali ini 28 September 2016, AWPKB telah mengadakan program di Rumah Anak Yatim Lilbanat, Banggol Judah, Machang, Kelantan.
Seramai 48 orang anggota telah menyertai yang mana aktiviti yang dilaksanakan ialah melukis mural ilmiah di dinding, Latihan Dalam Kumpulan, menanam pokok bunga di persekitaran bangunan, membuat pendawaian elektrik dan memberi sumbangan keperluan harian yang mana barang2 tersebut telah disedekahkan oleh staf dan pelajar PKB.