23 SKN RAJD (AW)

*23 Skuadron Rejimen Askar Jurutera DiRaja (Askar Wataniah* *Jalan Pusara Kuala Terengganu* *No. 2 Terup, Kem desa Pahlawan @ Politeknik Kota Bharu*

Selamat Datang anggota baru

*Salam Perwira & Salam 1 Malaysia* *Selamat Datang kepada pelajar-pelajar baru ke Politeknik Kota Bharu* *Hubungi Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) PKB dan anggota AWPKB yang senior boleh hubungi Kelab AWPKB di Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB*

Wednesday, September 23, 2015

Kursus Asas Modul Askar Wataniah Politeknik Kota Bharu



19 Sept 2015 – Kursus Asas Modul Askar Wataniah Politeknik Kota Bharu
Seramai 300 orang pelajar PKB yang memilih saluran Kokurikulum Pasukan Askar Wataniah semester satu telah hadir mengikuti Kursus Asas Modul Askar Wataniah DRB 1010, 
27 orang pelajar semester dua DRB2011 dan 
67 orang pelajar semester tiga DRB3012 bermula 17-19 Sept 2015 bertempat di Politeknik Kota Bharu. Sepanjang kursus ini  seramai 50 orang pelajar semester satu telah berminat ke saluran dua pada semester hadapan diberi ujian ketahanan fizikal bagi melayakkan mereka mengisi borang memohon nombor tentera untuk menganggotai pasukan sukarela Askar Wataniah. Anggota senior AWPKB dan Jurulatih jemputan yang hadir dari Batalion Kedua,Rejimen 506 Askar Wataniah bagi merealisasikan objektif kursus yang dijalankan ini.


 Barisan Jurulatih

 Teori

 Ilmu Medan Perang



Tuesday, September 22, 2015

Kem Jatidiri Kelab Askar Wataniah



19 Sept 2015 – Kem Jatidiri Platun Golf
Seramai 36 orang pelajar PKB yang memilih saluran Kokurikulum Pasukan Askar Wataniah dari Platun Golf telah mengikuti Kem Jatidiri bermula 17-19 Sept 2015 bertempat di Rimba Rekreasi Arboretum, Hutan Simpan, Teluk Bahang, Pulau Pinang. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini ialah LDK (Latihan dalam Kumpulan), Jungle Tracking, Survival, Perbentangan Kumpulan dan lawatan akademik ke Muzium Perang dan Kota Cornwallis Bandar Kota Lama Pulau Pinang. Sepanjang 3 hari program ini pelajar telah didedahkan dengan ketahanan mental dan fizikal, semangat kerjasama, setiakawan,berdisiplin, ,meningkatkan tahap kecerdasan jasmani agar mereka mampu melaksanakan tugas di dalam situasi yang mencabar untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Perjalanan melalui Jambatan Pulau Pinang semasa pergi dan balik menaiki feri dapat memberi kenangan indah kepada peserta. Pada program ini juga pelajar dinilai dari segi kepimpinan untuk dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Pelajar Unit Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan PKB. Program ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Anggota Senior Askar Wataniah PKB.


Kem Jatidiri Kelab Askar Wataniah




12 Sept 2015 – Kem Jatidiri Platun Foxtrot
Seramai 38orang pelajar PKB yang memilih saluran Kokurikulum Pasukan Askar Wataniah telah mengikuti Kem Jatidiri bermula 10-12 Sept 2015 bertempat di MS Chemerkau Chekas Chalet, Ulu Dong, Raub Pahang. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini ialah LDK (Latihan dalam Kumpulan), Flying Fox, Jungle Tracking, Survival, Perbentangan Kumpulan dan Khidmat Masyarakat di kawasan perkhelahan Pulau Chekas.Sepanjang 3 hari program ini pelajar telah didedahkan dengan semangat kerjasama, setiakawan,berdisiplin,ketahanan mental dan fizikal,meningkatkan tahap kecerdasan jasmani agar mereka mampu melaksanakan tugas di dalam situasi yang mencabar dan tertekan serta akan lebih bersemangat untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Program ini telah dipimpin oleh Pensyarah Platun Foxtrot En Zahidi bin Hibadullah dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Untuk maklumat pasukan lain yang ingin mengadakan program di MS Chemerkau Chekas Chalet boleh berhubung dengan Pengurus MSCCChalet Pn Munirah  yang juga Alumni AWPKB. Diskaun 10% kepada Pelajar PKB dan Alumni PKB.

Khidmat Masyarakat




 Survival
 Flying Fox
 Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

 Senaman Fizikal
 Jungle Tracking