23 SKN RAJD (AW)

*23 Skuadron Rejimen Askar Jurutera DiRaja (Askar Wataniah* *Jalan Pusara Kuala Terengganu* *No. 2 Terup, Kem desa Pahlawan @ Politeknik Kota Bharu*

Selamat Datang anggota baru

*Salam Perwira & Salam 1 Malaysia* *Selamat Datang kepada pelajar-pelajar baru ke Politeknik Kota Bharu* *Hubungi Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) PKB dan anggota AWPKB yang senior boleh hubungi Kelab AWPKB di Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB*

Sunday, October 24, 2021

Anggota AWPKB cemerlang tamat Kursus Asas Perajurit Muda (Sukarela)

 Pekan,Pahang 5 Oktober 2021

Seramai 6 orang Anggota Askar Wataniah Politeknik Kota Bharu yang bernaung di bawah pasukan 23 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Di Raja (AW) telah mengikuti Kursus Asas Perajurit Muda (Sukarela)-APMS siri 1/2021 bertempat di Kem Rejimen 505(AW), Pekan Pahang bermula 6 Sept-5 Okt 2021.

Seramai 44 orang peserta keseluruhan.

Anggota AWPKB telah berjaya dinobatkan sebagai Penuntut Keseluruhan Terbaik iaitu Muhammad Alif Danial bin Elebeh Rosli dari Kursus Diploma Pemasaran (DPR5B)

Tahniah diucapkan kerana kesemua anggota yang pelajar PKB telah berjaya menamatkan kursus selama 30 hari.










Wednesday, April 21, 2021

Pelajar PKB sertai 23 SKN RAJD(AW)

 PKB - 21 april 2021

Seramai 9 orang pelajar PKB sesi Dis 2020 terdiri daripada semua jurusan di PKB iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Perdagangan merupakan pelajar semester 1  yang mengambil kursus Kokurikulum Berkredit Unit Uniform Askar Wataniah yang kental dan mempunyai jiwa tentera telah memohon sebagai anggota sukarela di bawah pasukan 23 Skuadron Rejimen Askar Jurutera DiRaja ( 23 Skn RAJD (AW) ).

Mereka telah mengisi borang permohonan dan menjalani pemeriksaan kesihatan.








Monday, April 19, 2021

ANGGOTA AWPKB MENERIMA SUMBANGAN BANJIR DARIPADA 23 SKN RAJD(AW)

 KOTA BHARU 25 JANUARI 2021

Seramai 2 AWPKB telah menerima sumbangan bantuan kerana terlibat dengan bencana banjir.

Dua anggota AWPKB tekesan bencana banjir adalah 6284238 PJM RABBIATUL ADAWIYAH BINTI MAZLAN 04DEP19F1014  DEP4A dan 6284239 PJM FARAH NAJWA BINTI HARUN 04DEP19F1028 DEP4A.

Rombongan anggota No.2 Terup 23 Skn RAJD(AW) Kem Desa Pahlawan telah datang ke rumah anggota AWPKB dan membuat gotong royong membersih kawasan rumah yang terkena banjir dan menyampaikan sedikit sumbangan berupa beras dan wang ringgit. Penyerahan telah disampaikan oleh Pegawai Pemerintah 23 Skn RAJD(AW), Mejar Ts. Mohd Azri bin Abdul Ghani







AWPKB SERTAI LATIHAN KEM TAHUNAN (LKT) TAHUN 2020 BERSAMA 23 SKN RAJD(AW)

DUNGUN, TERENGGANU  

Seramai 20 orang pelajar PKB yang menganggotai pasukan sukarela 23 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) AW telah mengikuti LATIHAN KEM TAHUNAN pada 16 Okt 2020 hingga 30 Okt 2020 bertempat di NO 1 TERUP KEM SRI NIBONG, DUNGUN TERENGGANU.

Dalam situasi pendemik Covid 19 masih melanda negara, SOP amat dititikberatkan dalam semua pergerakan dan aktiiviti yang mana sebelum pelajar lapordiri, pelajar perlu membuat saringan bebas Covid 19 dan tiada pergerakan keluar masuk kem, setiap waktu suhu badan di scan dan pelajar dibekalkan dengan mask dan hand sanitizer oleh pasukan.

 LKT pada tahun 2020 adalah penglibatan pertama oleh pelajar PKB yang menyertai kokurikulum Askar Wataniah. Seramai 30 pelajar kokurikulum mendaftar tetapi hanya 20 orang sahaja yang layak dan berjaya mendapat no. tentera dan dapat hadir ke LKT 2020.

Antara pengisian yang telah pelajar dapat semasa mengikuti LKT adalah menjalani kehidupan sebagai anggota tentera di dalam kem tentera, mempelajari kawad kaki, kawad senjata, ilmu medang perang dan pelajaran askar jurutera.

Dalam LKT juga diselitkan dengan latihan menembak senjata colt  M16, pertandingan antara terup seperti Kawad kaki, Sukan dan Ujian Jalan Laju.

                                                       Perbarisan Pembukaan LKT 2020


                                           Latihan Menembak di lapang Sasar Uitm, Dungun


                                              Pertandingan Sukan Bola Sepak Pantai


                                  Pelajar PKB menerima hadiah pemain terbaik Bola Tampar 

            (6284241 PJM MOHAMAD ZULHAIRI BIN MOHD ZUHDI   04DET19F2005   DET2C)

                        

      Pelajar PKB menerima hadiah pemain Bola Sepak Pantai Terbaik (Penjaring Terbanyak)

                               (6284236  PJM  AHMAD AIMAN BIN SAMSUDIN   04DKA19F1112   DKA3D)

Wakil No.2 Terup 23 Skn RAJD (AW) Kem Desa Pahlawan menerima Piala Pusingan Johan Keseluruhan LKT 2020 yang mana pelajar PKB (AWPKB) berada dibawah seliaan No.2 Terup