kompeni Delta

*Markas Rejimen 506 Askar Wataniah* *Batalion Kedua Kem Machang* *Kompeni Delta Politeknik Kota Bharu*

Selamat Datang anggota baru

*Salam Perwira & Salam 1 Malaysia* *Selamat Datang kepada pelajar-pelajar baru ke Politeknik Kota Bharu* *Hubungi Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) PKB dan anggota AWPKB yang senior boleh hubungi Kelab AWPKB di Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB*

Wednesday, June 29, 2011

Latihan bulan jULAI dan Pelancaran AW Parlimen Pasir Mas/KB

PERHATIAN !!!
latihan tempatan telah diubah semalam dan tarikh terkini adalah seperti dibawah :

Tetapi mana-mana anggota Delta yang mahu mengikuti kemuncak pelancaran pada 22-23hb bolehlah pergi latihan tetapi sila maklumkan kepada Sjn Zul terlebih dahulu.

Untuk Latihan Bulan Julai : 
Tarikh : 25hb Julai - 26hb Julai 2011( isnin & selasa)
Masa  : 08.00 - 20.00
Tempat : Kem Machang.
Transport : sendirian berhad kerana bas tiada.

Untuk Pelancaran AW Peringkat Parlimen Pasir Mas/KB
Latihan bermula 15hb Julai - 24 Julai (10 hari)
Pada 15hb adalah majlis lapordiri untuk mana-mana yang ingin mengikuti pelancaran.
  • Mana-mana anggota Delta yang telah tamat belajar elok hadir.
  • Mana-mana anggota Delta yang hendak mengikuti pelancaran tersebut boleh teruskan latihan sehingga 24hb, manakala yang tidak mahu mengikuti pelancaran bolehlah balik pada 16hb tersebut. 
  • Anggota yang masih belajar boleh pergi 22-24hb tetapi kena maklum pada Jurulatih Delta dulu Sjn Zul.
Perjumpaan semua anggota Delta akan di adakan seperti berikut:
Tarikh   : 7 Julai 2011
Masa    : 4.00 petang
Hari      : Khamis
Tempat : Bengkel Automotif Disel ( tempat saya duduk)

Kehadiran Wajib kepada yang masih belajar
Tolong sebarkan kepada anggota yang tak baca blog ini.
TQ

Tuesday, June 21, 2011

KURSUS ASAS PERAJURIT MUDA SIRI 2/2011

Anggota Askar Wataniah PKB mencipta Kejayaan
Seramai 41 orang pelajar PKB yang menyertai Pasukan Askar Wataniah telah mengikuti Kursus Asas Perajurit Muda siri 2/2011 bermula 23 mei-21 Jun 2011 bertempat di Kem Latihan Rejimen 506 Sungai Durian, Kuala Krai Kelantan. Bilangan peserta keseluruhan adalah 135 orang yang terdiri daripada pelajar Politeknik Kota Bharu, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Institut Perguruan Guru Kota Bharu (IPGKB) dan Pondok Moden Kandis. 4 orang anggota PKB menerima anugerah daripada 5 kategori  yang dipertandingkan iaitu Penembak Terbaik oleh Mohd Faiz Najmi bin Abd Saad (DUB), Kawad Wanita Terbaik oleh Noor Azreen bt Azhar (DPP) , Kawad Lelaki Terbaik oleh Mohamad Khalis bin Nordin (DEM) dan Penuntut Keseluruhan Terbaik oleh Muhamad Hishazwan bin Isa (DAD). Cuma kategori Akademik Terbaik disandang oleh Pelajar Institut perguruan Guru (IPGKB). En Mohd Raime bin Ahmad, Ketua Unit Kokurikulum PKB mewakili Pengarah PKB ke Majlis Penutup pada 19 Jun amat berbangga dengan kejayaan ini. Kejayaan yang dicapai hasil usaha yang ditunjukkan oleh semua anggota Askar Wataniah PKB yang mengikuti kursus ini dan juga usaha dan semangat yang dicurahkan oleh Penasihat Pasukan Askar Wataniah PKB iaitu Leftenan Mohd Azri bin Abdul Ghani.Sepanjang 30 hari kursus pelajar telah didedahkan dengan perbagai Ilmu Asas Ketenteraan bagi melatih seorang Soldadu yang terlatih dengan semangat kerjasama, setiakawanberdisiplin,ketahanan mental dan fizikal,meningkatkan tahap kecerdasan jasmani agar mereka mampu melaksanakan tugas di dalam situasi yang mencabar dan tertekan serta akan lebih bersemangat untuk menjadi pelajar yang cemerlang.

En Mohd Raime, Lt Mohd Azri dan Lt Kol Hj Muhammad bersama anggota Kompeni Delta Politeknik Kota Bharu

Kompeni Delta Bn 2, Rejimen 506 AW

*