23 SKN RAJD (AW)

*23 Skuadron Rejimen Askar Jurutera DiRaja (Askar Wataniah* *Jalan Pusara Kuala Terengganu* *No. 2 Terup, Kem desa Pahlawan @ Politeknik Kota Bharu*

Selamat Datang anggota baru

*Salam Perwira & Salam 1 Malaysia* *Selamat Datang kepada pelajar-pelajar baru ke Politeknik Kota Bharu* *Hubungi Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) PKB dan anggota AWPKB yang senior boleh hubungi Kelab AWPKB di Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB*

Monday, October 21, 2013

Perjumpaan Persediaan ke MalPTAAC 8/2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kepada semua anggota Delta yang terpilih ke MalPTAAC 8/2013 di PSP pada 6-20/11/2013. Satu perjumpaan akan diadakan pada waktu berikut: Tarikh: 23 Oktober 2013 Masa: 5.00 petang Tempat: Unit Kokurikulum. Sila bawa disc, baret lengkap dgn. lambang, dan bat c20. Kehadiran adalah DIWAJIBkan.Mohon maklumkan kepada anggota yang lain. Sekian, Wassalam.

Wednesday, September 4, 2013

SIJIL MALPTAAC 7 2012

Kepada semua anggota PKB yang menyertai MalPTAAC 7 2012 boleh datang ambil Sijil Penyertaan di Unit Kokurikulum PKB. Sekian Terima kasih.

Sunday, August 4, 2013

LATIHAN TEMPATAN BULAN OGOS 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Perhatian kepada semua anggota Askar Wataniah PKB (Kompeni Delta) Latihan Tempatan AW untuk bulan ogos adalah seperti berikut: Tarikh: 16/08/2013 dan 17/08/2013. 2 buah Bas disediakan : bas bergerak pukul 7.30 pagi. Sila berkumpul di Pondok pengawal Utama PKB. bas pergi pagi dan balik petang untuk Jumaat dan sabtu tidak bermalam di kem (yang nak bermalam digalakkan) Pakaian Loreng. Kehadiran sangat penting kerana akan diadakan !!!! PEMILIHAN PESERTA KE MalPTAAC 8 DI PSP bagi: Peserta Kawad dan Peserta Menembak. Peringkat awal Bahagian Pasukan Simpanan (BPS) hanya membenarkan setiap poli 2 pegawai dan 32 pelajar sahaja. Yang lain adalah dalam proses permohonan dengan BPS untuk membawa kesemua anggota ke PSP. Oleh yang demikian, senarai yang akan dipilih dan diberi keutamaan ialah yang hadir latihan tersebut. Selamat menyambut Hari raya Aidil Fitri, maaf zahir Batin. Sekian, Lt.Azri

Saturday, July 20, 2013

PERSEDIAAN MalPTAAC 8/2013

Assalamualaikum dan selamat berpuasa Satu perjumpaan akan diadakan pada tarikh berikut: Tarikh: 21/7/2013 (ahad) Tempat: Student center Masa: 5.00 petang Diwajibkan kepada semua anggota yang mempunyai no.tentera dan masih belajar di PKB (semua termasuk yang tak pergi kursus Perajurit Muda). Perjumpaan ini bertujuan untuk mengesahkan kesediaan anda mengikuti MalPTAAC 8 (Kem Tahunan Askar Wataniah Politeknik Malaysia) pada 3-17/11/2013 bertempat di Politeknik Seberang Prai, Pulau Pinang. Sekian, Wassalam.

Monday, June 24, 2013

Pelajar PKB tamat Kursus Asas Perajurit Muda

8 Jun 2013 - Anggota Askar Wataniah PKB mencipta Kejayaan Seramai 100 orang pelajar PKB yang Berjaya menyertai Kelab Pasukan Askar Wataniah yang berdaftar dibawah Kelab Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB dan memperolehi no. Tentera. Setelah mengikuti Ujian kelayakan fizikal hanya seramai 76 orang sahaja layak untuk mengikuti Kursus Asas Perajurit Muda siri 2/2013 bermula 10 mei-08 Jun 2013 bertempat di Pusat Latihan Rejimen 506 Askar Wataniah, Kem Sungai Durian, Kuala Krai Kelantan. Dalam kursus ini yang berlangsung selama 30 hari telah diterapkan semangat seorang tentera yang meliputi pelajaran teori umum ketenteraan, kawad kaki, latihan medan, pengenalan dan asas menembak dan acara sukan antara platun. Pelajar PKB menerima anugerah daripada 4 kategori dari 5 kategori yang dipertandingkan iaitu Kawad Wanita Terbaik oleh Noor Shazwani bt Zainol Abidin (DPT1B) , Kawad Lelaki Terbaik oleh Az-Aiman Fariq bin Mat Saat (DEB2B), Akademik Terbaik disandang oleh Nur Fazreen Azera bt Ahmad Fazil (DPR2A) dan Penuntut Keseluruhan Terbaik oleh Shazwani bt Zainol Abidin (DPT1B). Majlis Penutup ini telah dihadiri oleh Timbalan Komander Rejimen 506 AW Lt. Kol Zamri bin Mat Esa pada 5 jun 2013. Pengarah PKB Mejar (Kehormat) Hj Noor Azahan bin Othman juga telah dijemput hadir pada Majlis Penutup Tamat Latihan dan diberi penghormatan untuk menyempurnakan acara Tabik Hormat dari anggota sukarela dan merasmikan Majlis Penutup tersebut. Beliau amat berbangga dengan kejayaan ini. Kejayaan yang dicapai hasil usaha yang ditunjukkan oleh semua anggota Askar Wataniah PKB yang mengikuti kursus ini dan juga usaha dan semangat yang dicurahkan oleh dua orang Penasihat Pasukan Askar Wataniah PKB iaitu Leftenan Mohd Azri bin Abdul Ghani (Unit Koku) dan Rosihan bin Abd Aziz (JKA) .Sepanjang 30 hari kursus pelajar telah didedahkan dengan perbagai Ilmu Asas Ketenteraan bagi melatih seorang Soldadu yang terlatih dengan semangat kerjasama, setiakawan berdisiplin, ketahanan mental dan fizikal,meningkatkan tahap kecerdasan jasmani agar mereka mampu melaksanakan tugas di dalam situasi yang mencabar dan tertekan serta akan lebih bersemangat untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Semua kejayaan ini hasil dari komitmen semua pihak terutama dari Tuan pengarah PKB, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB dan Unit Kokurikulum PKB. Mereka adalah asset PKB bagi persedian Khemah Tahunan Askar Wataniah Politeknik Malaysia (MalPTAAC) pada November 2013 di Politeknik Seberang Prai, Pulau Pinang.

Sunday, June 23, 2013

pemakaian uniform

pemakaian uniform tentera setiap selasa ialah selepas hari raya

Gambar Platun,Bat C20 & rantai disc

assalamualaikum anggota yg baru tamat kursus asas perajurit muda blh dtg ambil gambar,bat c (yg diperbetulkan) serta rantai disc di unit kokurikulum mulai 25/6/13. Sila berurusan dgn Pbt Syafika

Wednesday, April 24, 2013

MAKLUMAN KURSUS ASAS PERAJURIT MUDA PELAJAR PKB

Assalamualaikum dan salam Sejahtera

Pengumuman PENTING!!!!!
Ambil perhatian dengan tarikh-tarikh yang dinyatakan disini:

Urine Test 1. 02hb. Mei 2013 (Khamis) bagi yang TIADA exam hari khamis sahaja
Jam 8.00 pagi berkumpul di pondok pengawal bas bergerak ke
Pusat Rawatan Kem Desa Pahlawan

Urine Test 2. 03hb. Mei 2013 (Jumaat) bagi yang ADA exam hari khamis sahaja
Jam 8.00 pagi berkumpul di pondok pengawal bas bergerak ke
Pusat Rawatan Kem Desa Pahlawan

Proses Urine test dijangka selesai jam 2.00 petang

Perjumpaan untuk mengisi kesemua borang medical ialah pada 28hb april (AHAD)
Jam 5.15 petang bertempat di Student Center PKB
(Mohon maklumkan kepada kawan-kawan anda yang lain)

Fizikal Test 1. 07 hb. Mei 2013 (Selasa)
Jam 7.30 pagi berkumpul di pondok pengawal bas bergerak ke
Pusat Rawatan Tentera 21 RAMD Kem Pengkalan Chepa

Fizikal Test 2. 08 hb. Mei 2013 (Rabu)
Jam 7.30 pagi berkumpul di pondok pengawal bas bergerak ke
Pusat Rawatan Tentera 21 RAMD Kem Pengkalan Chepa

Fizikal Test wajib pada kedua tarikh di atas, sila bawa filem X-Ray anda.

Tarikh Kursus Perajurit Muda ialah pada 10hb Mei 2013 hingga 9hb jun 2013
bertempat di Kem Latihan Rejimen 506 AW, Bn 3, Kem Sungai Durian,Kuala Krai,Kelantan.
Sebarang pertanyaan hubungi Lt.Azri 0199825668/0199804668

Tuesday, April 23, 2013

Sukan Extreem baru dari Kompeni Delta PKB (AWPKB)

Sky Runner.-Unit kokurikulum PKB menyediakan pakej kursus dan juga pakej jualan Sky Runner yang dikendalikan oleh Anggota AWPKB.kepada yang berminat hubungi Mohd Khalis,Hisazwan dan Alis Adia.



Perbarisan Sambutan Konvokesyen PKB kali ke 26 tahun 2013

 Inilah barisan Sukarela Askar Wataniah PKB yang sedia berkhidmat setiap masa.

 Pemeriksaan barisan oleh Pegawai Kompeni Delta Politeknik Kota Bharu sebelum pertunjukan kawad formasi dilaksanakan.

Memberi penghormatan kepada VVIP berjalan ke Dewan Jubli Perak PKB

Tuesday, April 2, 2013

Peraturan baru Kompeni Delta Politeknik Kota Bharu

Kepada semua anggota yang bernaung di bawah Kompeni Delta AWPKB.
Anda diwajibkan menyertai Perbarisan Konvokesyen PKB kali ke 26 iaitu pada:
7 april-raptai penuh jam 2.30 petang
8 april, 9 april,  10 april,  11 april adalah hari Konvo mengikut Jabatan.
Latihan akhir ialah pada 2 april jam 5.00 petang dihadapan Dewan Jubli Perak PKB.

Mana-mana anggota samada yang masih belajar atau pencen belajar yang tidak dapat hadir menyertai perbarisan ini, latihan tempatan bermula bulan Mei 2013 anda tidak dibenarkan tandatangan pada kembaran Kompeni Delta.

Lt Azri

Program Coral Reef Conservation Pulau Redang

Terbuka kepada DUA orang pelajar PKB yang mempunyai lesen Open Water Scuba Diver daripada PADI,SSI,atau NAUI. Sila daftar di Unit Kokurikulum sebelum 3/4/13.

Tuesday, March 12, 2013

LATIHAN PERBARISAN KONVOKESYEN PKB KE 26

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sama-samalah sedekahkan ALFATIHAH buat Perwira Negara yang terkorban dalam mempertahankan negara sebelum ini dan yang baru terkorban di Lahad Datu.

Makluman kepada semua anggota yang bernaung di bawah KOMPENI DELTA PKB

Anda diwajibkan hadir untuk latihan Perbarisan Sempena Konvo PKB seperti berikut:
Tarikh: 16/03/2013 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi- Senamrobik 1M4U
Tempat: Padang Bola Astaka PKB
Masa: 9.30 pagi -Latihan kawad Perbarisan
Tempat: Hadapan Dewan Jubli Perak PKB
(Elaun makan diberi dalam bentuk kopon)

Pakaian : Half Loreng
Kehadiran adalah WAJIB kepada yang masih belajar di PKB dan terbuka kepada yang telah tamat belajar di PKB (ABAWPKB-anggota bersara askar wataniah PKB)

Latihan kedua:
Tarikh: 22/03/13 (Jumaat)
Tempat: Kem Machang
Latihan kawad senjata (elaun kehadiran diberi)
Pakaian :Lengkap loreng
Semoga anggota yang membaca blog ini dapat menghebahkan kepada anggota lain agar AWPKB dapat memberi sumbangan kepada PKB dengan cemerlang.

Sekian, wassalam.

Lt.Azri

Monday, January 7, 2013

Arahan Pemakaian Uniform pada hari Selasa

Tolong peringatkan sekali lagi kpd staf dan pelajar (minta pensyarah tolong peringatkan) bahawa esok 8/1/13 dan setiap hari Selasa ialah hari pemakaian pakaian badan beruniform bagi politeknik. Maka tolong pakai pakaian badan beruniform masing-masing; JPA3, PBSM, kelab sukan, etc. Askar Wataniah pakaian No.3 bagi staf dan celoreng bagi pelajar.

Bagi yg tidak ada badan beruniform, pastikan sekurang-kurangnya memakai pakaian korporat jabatan atau unit masing-masing, atau baju korporat atau baju sukarelawan dari mana-mana program yg pernah mereka hadiri.

Arahan Pengarah PKB (rujuk surat arahan dari Ketua Pengarah JPP)

Bagi anggota Askar Wataniah Kompeni Delta, anda diwajibkan hadir ke Unit kokurikulum untuk tandatangan buku akur memakai uniform setiap hari selasa (masa mana anda free). Datang ke kaunter dengan memakai uniform dan tandatangan buku tersebut. mana-mana anggota yang tidak datang 3 X berturut-turut akan digugurkan dari kompeni Delta.

Ketua Kompeni Delta

MalPTAAC 7 2012


MALAYSIAN POLYTECHNIC TERRITORIAL ARMY ANNUAL CAMP 7TH

(MalPTAAC)

24 Nov 2012 – 08 Disc 2012

Di POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA

Sejarah pelaksanaan MalPTAAC ini bermula dari tahun 2000 dan diteruskan sebanyak enam siri sehingga tahun 2006. Pada tahun berikutnya program ini terpaksa dihentikan buat seketika di atas sebab-sebab tertentu. Namun, pada tahun 2012 program MalPTAAC ini sekali lagi telah berjaya dilaksanakan untuk siri yang ke-7 di atas usaha keras pihak pengurusan Politeknik dan pihak angkatan tentera Malaysia untuk memastikan MalPTAAC ini dapat dilaksanakan semula. Tarikh 24 November 2012  sehingga 8 Disember 2012 sempena cuti semester politeknik telah dipilih untuk dilaksanakan MalPTAAC ini. Sehubungan itu, negeri Melaka telah dipilih sebagai tuan rumah yang dibantu oleh Rej 514 (AW). Kampus Politeknik Merlimau Melaka (PMM) sekaligus telah bertukar corak dari sebuah pusat pengajian kepada perkampungan tentera selama tempoh tersebut.

 

                                Seramai 425 anggota lain-lain pangkat dan 28 orang pegawai serta jurulatih dari 10 buah politeknik telah berkampung di PMM selama 2 minggu bagi menjayakan MalPTAAC ke-7 ini. Matlamat utama adalah untuk menghimpunkan semua anggota askar wataniah dari seluruh politeknik. 10 buah politeknik yang mengambi bahagian adalah PIS, POLIMAS, POLISAS, PPD, PSAS, PUO, PKB, PMM, PSMZA, dan PSP. Penyertaan dari Politeknik Kota Bharu (PKB) adalah 47 anggota lain-lain pangkat dan 3 orang pegawai di samping bantuan daripada jurulatih Rejemen 506 (AW).
PKB telah menghantar seramai 3 orang pegawai dan 60 lain-lain pangkat.

Lt Mohd Azri Abdul Ghani
 

 

Derma Darah dan Pengambilan Askar Wataniah PKB

Salam sejahtera…


1. Pengumuman PERTAMA: Kempen DERMA DARAH


Tarikh: 15 dan 16/01/13


Tempat : Student Centre


masa: 8.30 pagi hingga 4.00 petang


Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu



2. Pengumuman KEDUA :Penyertaan dalam Pasukan Sukarela Askar Wataniah Malaysia


Taklimat dan tatacara mengisi borang : 12/01/13 (Sabtu jam 8.00 pagi-sila datang dengan pakaian sukan)


Pemeriksaan kesihatan oleh Doktor HPRZ11 pada Selasa 15/01/13


mana-mana pelajar (semester satu/dua/tiga sahaja) dan staf PKB bawah 40 tahun yang berminat wajib datang pada sesi taklimat dan mengisi borang tentera dengan membawa


i. 3 Salinan K/p sendiri.
ii. 3 Salinan K/P ibu dan bapa/penjaga .
iii. 3 Salinan akademik tertinggi.
iv. 3 Salinan surat tamat sekolah.
v. 3 Salinan sijil lahir/surat beranak.
vi. Gambar ukuran pasport 4 keping.
pen warna hitam untuk isi borang