23 SKN RAJD (AW)

*23 Skuadron Rejimen Askar Jurutera DiRaja (Askar Wataniah* *Jalan Pusara Kuala Terengganu* *No. 2 Terup, Kem desa Pahlawan @ Politeknik Kota Bharu*

Selamat Datang anggota baru

*Salam Perwira & Salam 1 Malaysia* *Selamat Datang kepada pelajar-pelajar baru ke Politeknik Kota Bharu* *Hubungi Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) PKB dan anggota AWPKB yang senior boleh hubungi Kelab AWPKB di Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB*

Tuesday, September 22, 2015

Kem Jatidiri Kelab Askar Wataniah



19 Sept 2015 – Kem Jatidiri Platun Golf
Seramai 36 orang pelajar PKB yang memilih saluran Kokurikulum Pasukan Askar Wataniah dari Platun Golf telah mengikuti Kem Jatidiri bermula 17-19 Sept 2015 bertempat di Rimba Rekreasi Arboretum, Hutan Simpan, Teluk Bahang, Pulau Pinang. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini ialah LDK (Latihan dalam Kumpulan), Jungle Tracking, Survival, Perbentangan Kumpulan dan lawatan akademik ke Muzium Perang dan Kota Cornwallis Bandar Kota Lama Pulau Pinang. Sepanjang 3 hari program ini pelajar telah didedahkan dengan ketahanan mental dan fizikal, semangat kerjasama, setiakawan,berdisiplin, ,meningkatkan tahap kecerdasan jasmani agar mereka mampu melaksanakan tugas di dalam situasi yang mencabar untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Perjalanan melalui Jambatan Pulau Pinang semasa pergi dan balik menaiki feri dapat memberi kenangan indah kepada peserta. Pada program ini juga pelajar dinilai dari segi kepimpinan untuk dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Pelajar Unit Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan PKB. Program ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Anggota Senior Askar Wataniah PKB.


No comments:

Post a Comment