23 SKN RAJD (AW)

*23 Skuadron Rejimen Askar Jurutera DiRaja (Askar Wataniah* *Jalan Pusara Kuala Terengganu* *No. 2 Terup, Kem desa Pahlawan @ Politeknik Kota Bharu*

Selamat Datang anggota baru

*Salam Perwira & Salam 1 Malaysia* *Selamat Datang kepada pelajar-pelajar baru ke Politeknik Kota Bharu* *Hubungi Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) PKB dan anggota AWPKB yang senior boleh hubungi Kelab AWPKB di Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB*

Sunday, September 27, 2009

Kursus Asas Perajurit Muda Siri 3/2009



Pada tahun 2009 PKB bernasib baik kerana dapat menghantar seramai 100 orang anggota sukarela Pasukan Askar Wataniah PKB mengikuti kursus Asas Perajurit Muda bermula 27 Mei hingga 26 Jun 2009 yang berjumlah 200 orang sukarela .Pada kursus ini selama sebulan di Kem Latihan Rejimen 506 AW Sungai Durian,Kuala Krai, Kelantan pelajar dapat belajar tentang tatacara kehidupan seorang angkatan Tentera,belajar menggunakan senjata dan latihan menembak,latihan fizikal,ikhtiar hidup,latihan medan,kawad kaki dan sukan.Anggota PKB telah berikrar sanggup untuk dikerah bila-bila masa sekiranya berlaku peperangan demi mempertahankan Maruah Agama,Bangsa dan Negara. Pelajar PKB telah berjaya meraih Pelatih Kawad kaki Lelaki dan Perempuan terbaik,Penembak Terbaik dan Pelatih Keseluruhan Terbaik. PKB juga bertuah kerana Pegawai Sukarela Askar Wataniah PKB Leftenan Muda Mohd Azri bin Abdul Ghani dan Leftenan Muda Baharin bin Che Ajid telah dinaikkan ke pangkat Leftenan.Pemakaian pangkat ini telah disempurnakan olah Timbalan Komander Rejimen 506 Aw LT KOL Mohd Zulkipli bin Mohd Zahir.Terima kasih diucapkan kepada Pengarah PKB dan Rejimen 506 AW kerana memberi sokongan kepada Anggota Wataniah PKB.

No comments:

Post a Comment