23 SKN RAJD (AW)

*23 Skuadron Rejimen Askar Jurutera DiRaja (Askar Wataniah* *Jalan Pusara Kuala Terengganu* *No. 2 Terup, Kem desa Pahlawan @ Politeknik Kota Bharu*

Selamat Datang anggota baru

*Salam Perwira & Salam 1 Malaysia* *Selamat Datang kepada pelajar-pelajar baru ke Politeknik Kota Bharu* *Hubungi Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) PKB dan anggota AWPKB yang senior boleh hubungi Kelab AWPKB di Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB*

Tuesday, November 14, 2023

Latihan Menembak Jemputan dari 7 Skn RAJD

 

PENGARAH PKB SERTAI LATIHAN MENEMBAK BERSAMA 7 SKN RAJD
23 Oktober 2023, Kok Lanas : YBrs. Gs. Sr Hj Mohd Fikri bin Ismail, Pengarah PKB menerima jemputan latihan menembak dari 7 Skn RAJD (Skuadron ke-7 Rejimen Askar Jurutera Diraja) yang diketuai oleh Mejar Mohd Nurul bin Hasan, Pegawai Pemerintah 7 Skn RAJD bertempat di Lapang Sasar Bukit Merbau, Kok Lanas.
Turut hadir bersama En. Wan Muhammad Marzudi bin Wan Muhammad, Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan PKB, En. Wan Rozaimie bin Wan Mamat, Pegawai Sukan PKB, En. Mohd Fadhil bin Hasbullah, Pensyarah JMSK dan Mejar Ts. Mohd Azri bin Abdul Ghani pensyarah JKM selaku Pegawai Pemerintah 23 Skn RAJD (AW).
Antara aktiviti yang diadakan latihan ujian pelarasan jarak 50 meter, tembak piring jarak 100 meter dan 200 meter.
Pengalaman yang bermakna ini dapat meningkatkan semangat dan jatidiri yang tinggi semasa berada di lapang sasar .












No comments:

Post a Comment