23 SKN RAJD (AW)

*23 Skuadron Rejimen Askar Jurutera DiRaja (Askar Wataniah* *Jalan Pusara Kuala Terengganu* *No. 2 Terup, Kem desa Pahlawan @ Politeknik Kota Bharu*

Selamat Datang anggota baru

*Salam Perwira & Salam 1 Malaysia* *Selamat Datang kepada pelajar-pelajar baru ke Politeknik Kota Bharu* *Hubungi Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) PKB dan anggota AWPKB yang senior boleh hubungi Kelab AWPKB di Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB*

Friday, July 6, 2012

Anggota Askar Wataniah PKB mencipta Kejayaan


16  Jun 2012 -Kompeni Delta Politeknik Kota Bharu, Batalion Kedua Rejimen 5-6 AW
Seramai 52 orang pelajar PKB yang menyertai Pasukan Askar Wataniah telah mengikuti Kursus Asas Perajurit Muda siri 3/2012 bermula 19 mei-17 Jun 2012 bertempat di Padang Kawad batalion Ketiga Rejimen 506 Kem Sungai Durian, Kuala Krai Kelantan. Bilangan peserta keseluruhan adalah 88 orang yang terdiri daripada pelajar Politeknik Kota Bharu, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Institut Perguruan Guru Kota Bharu (IPGKB) . 4 orang anggota PKB menerima anugerah daripada 5 kategori  yang dipertandingkan iaitu Penembak Terbaik oleh Hasrul Nizam bin Che Razak (DKA1B), Kawad Wanita Terbaik oleh Nur Liyana bt Azit (DAT1B) , Kawad Lelaki Terbaik oleh Muhamad NurShawaludin bin Shaharudin (DUB2D) dan Penuntut Keseluruhan Terbaik oleh Muhamad Najib bin Muhamad (DKA1D). Cuma kategori Akademik Terbaik disandang oleh Pelajar Institut perguruan Guru (IPGKB). Pengarah PKB Mejar (Kehormat) Hj Noor Azahan bin Othman telah menyempurnakan Perasmian  Penutup Tamat latihan pada 16 Jun amat berbangga dengan kejayaan ini. Dalam majlis ini Tuan Pengarah juga turut memakaikan pangkat kepada salah seorang pegawai sukarela, menyampaikan bantuan kebakaran kepada salah seorang anggota tetap dan menyampaikan hadiah serta sijil kepada penuntut kursus ini. Kejayaan yang dicapai hasil usaha yang ditunjukkan oleh semua anggota Askar Wataniah PKB yang mengikuti kursus ini dan juga usaha dan semangat yang dicurahkan oleh Penasihat Pasukan Askar Wataniah PKB iaitu Leftenan Mohd Azri bin Abdul Ghani.Sepanjang 30 hari kursus pelajar telah didedahkan dengan perbagai Ilmu Asas Ketenteraan bagi melatih seorang Soldadu yang terlatih dengan semangat kerjasama, setiakawanberdisiplin,ketahanan mental dan fizikal,meningkatkan tahap kecerdasan jasmani agar mereka mampu melaksanakan tugas di dalam situasi yang mencabar dan tertekan serta akan lebih bersemangat untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Dengan tamatnya kursus ini Anggota Askar Wataniah PKB telah bersedia menghadapi Kem Tahunan Askar Wataniah Politeknik Semalaysia (MalPtaac) yang dijangka akan diadakan di Politeknik Merlimau, Melaka November nanti.  Sesungguhnya azam setiap anggota Askar Wataniah Politeknik Kota Bharu adalah sentiasa ‘Bersiapsiaga Membantu Ganti Angkatan Tetap Sebagai Benteng Pertahanan Kedua Negara’







No comments:

Post a Comment