23 SKN RAJD (AW)

*23 Skuadron Rejimen Askar Jurutera DiRaja (Askar Wataniah* *Jalan Pusara Kuala Terengganu* *No. 2 Terup, Kem desa Pahlawan @ Politeknik Kota Bharu*

Selamat Datang anggota baru

*Salam Perwira & Salam 1 Malaysia* *Selamat Datang kepada pelajar-pelajar baru ke Politeknik Kota Bharu* *Hubungi Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) PKB dan anggota AWPKB yang senior boleh hubungi Kelab AWPKB di Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB*

Thursday, July 26, 2012

Latihan Tempatan Bulan Ogos dan Majlis Berbuka Puasa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Untuk makluman semua anggota Kompeni Delta Politeknik Kota Bharu
Latihan Tempatan Bulan Ogos akan diadakan seperti berikut:
Tarikh    : 10hb-11hb Ogos 2012 (Jumaat-Sabtu)
Masa     : 0830 pagi bertolak dari PKB (Jumaat)
Balik  : Lepas Berbuka Puasa dan solat Magrib
Tempat:  Markas Rejimen 506 AW Kem Pengkalan Chepa
Pakaian :  Masa bergerak Loreng penuh dan Bawa pakaian untuk berbuka puasa
                ( Lelaki-Baju Kebangsaan (Melayu)Lengkap. Perempuan-Baju Kurung berkasut)
                Pada 11 ogos adalah Majlis Berbuka Puasa bersama Bakal Komander Rei 506 AW.
Kepada anggota yang akan ikut latihan sila SMS nama kepada Pengerusi AWPKB Pbt Hishazwan 014-5204575 dengan segera.
Sekian, Harap Maklum

Monday, July 23, 2012

Perjumpaan Anggota Askar Wataniah PKB sesi Jun 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Selamat Menjalani Ibadah Puasa, Semoga amal Ibadat yang dilaksanakan di terima oleh ALLAH S.W.T

Perjumpaan pertama sesi Jun 2012 akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 24 Julai 2012 (selasa)
Masa : 5.00 petang
Tempat: DK1
Kehadiran diwajibkan demi merancang aktiviti Askar Wataniah PKB untuk terus cemerlang.

Friday, July 6, 2012

ALFATIHAH

 Diharap semua anggota Kompeni Delta sama-sama sedekahkan ALFATIHAH buat
Ayah kepada 6202724 Pbt Nur Azyyati bt Abdul Aziz telah meninggal dunia pada 05 jun 2012. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan berada dikalangan orang-orang beriman. Amin

Anggota Askar Wataniah PKB ikuti Kursus Kor Jurulatih Polibriged

pada 22-25 Jun 2012 seramai 24 anggota Kompeni Delta telah terpilih mengikuti Kursus Kor Jurulatih Polibriged di Pusat Penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu, di Pulau Bidong.
Mereka telah diajar kemahiran kawad, memberi arahan kawad kaki, menangani konflik,komunikasi berkesan, sifat seorang pemimpin,latihan dalam kumpulan serta aktiviti 'outdoor' pula pendedahan tentang SCUBA dan snorkeling serta jungle treking.Kursus ini telah dijalankan oleh pensyarah Unit kokurikulum PKB yang diketuai oleh En udom a/l Ewon dengan kerjasama staf UMT.Kursus ini juga telah dihadiri oleh Pengarah Politeknik Jeli, Kelantan Tn Hj Wan Azlan bin Wan Ismail.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh En Wan Zulkifly Wan Zakaria, Pengarah Bahagian Pembangunan & Kebajikan Pelajar,Jabatan Pengajian Politeknik Malaysia.






Anggota Askar Wataniah PKB mencipta Kejayaan


16  Jun 2012 -Kompeni Delta Politeknik Kota Bharu, Batalion Kedua Rejimen 5-6 AW
Seramai 52 orang pelajar PKB yang menyertai Pasukan Askar Wataniah telah mengikuti Kursus Asas Perajurit Muda siri 3/2012 bermula 19 mei-17 Jun 2012 bertempat di Padang Kawad batalion Ketiga Rejimen 506 Kem Sungai Durian, Kuala Krai Kelantan. Bilangan peserta keseluruhan adalah 88 orang yang terdiri daripada pelajar Politeknik Kota Bharu, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Institut Perguruan Guru Kota Bharu (IPGKB) . 4 orang anggota PKB menerima anugerah daripada 5 kategori  yang dipertandingkan iaitu Penembak Terbaik oleh Hasrul Nizam bin Che Razak (DKA1B), Kawad Wanita Terbaik oleh Nur Liyana bt Azit (DAT1B) , Kawad Lelaki Terbaik oleh Muhamad NurShawaludin bin Shaharudin (DUB2D) dan Penuntut Keseluruhan Terbaik oleh Muhamad Najib bin Muhamad (DKA1D). Cuma kategori Akademik Terbaik disandang oleh Pelajar Institut perguruan Guru (IPGKB). Pengarah PKB Mejar (Kehormat) Hj Noor Azahan bin Othman telah menyempurnakan Perasmian  Penutup Tamat latihan pada 16 Jun amat berbangga dengan kejayaan ini. Dalam majlis ini Tuan Pengarah juga turut memakaikan pangkat kepada salah seorang pegawai sukarela, menyampaikan bantuan kebakaran kepada salah seorang anggota tetap dan menyampaikan hadiah serta sijil kepada penuntut kursus ini. Kejayaan yang dicapai hasil usaha yang ditunjukkan oleh semua anggota Askar Wataniah PKB yang mengikuti kursus ini dan juga usaha dan semangat yang dicurahkan oleh Penasihat Pasukan Askar Wataniah PKB iaitu Leftenan Mohd Azri bin Abdul Ghani.Sepanjang 30 hari kursus pelajar telah didedahkan dengan perbagai Ilmu Asas Ketenteraan bagi melatih seorang Soldadu yang terlatih dengan semangat kerjasama, setiakawanberdisiplin,ketahanan mental dan fizikal,meningkatkan tahap kecerdasan jasmani agar mereka mampu melaksanakan tugas di dalam situasi yang mencabar dan tertekan serta akan lebih bersemangat untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Dengan tamatnya kursus ini Anggota Askar Wataniah PKB telah bersedia menghadapi Kem Tahunan Askar Wataniah Politeknik Semalaysia (MalPtaac) yang dijangka akan diadakan di Politeknik Merlimau, Melaka November nanti.  Sesungguhnya azam setiap anggota Askar Wataniah Politeknik Kota Bharu adalah sentiasa ‘Bersiapsiaga Membantu Ganti Angkatan Tetap Sebagai Benteng Pertahanan Kedua Negara’