kompeni Delta

*Markas Rejimen 506 Askar Wataniah* *Batalion Kedua Kem Machang* *Kompeni Delta Politeknik Kota Bharu*

Selamat Datang anggota baru

*Salam Perwira & Salam 1 Malaysia* *Selamat Datang kepada pelajar-pelajar baru ke Politeknik Kota Bharu* *Hubungi Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) PKB*

Thursday, October 1, 2015

Program Askar Wataniah Dihati



30 September- Kelab Askar Wataniah Politeknik  Kota Bharu seramai 45 orang pelajar semester tiga yang di pimpin oleh En Mohd zahidi bin Mohd Zain (Pensyarah Jabatan kejuruteraan Elektrik) dan dihadiri juga oleh Kapten Mohd Azri bin Abdul Ghani selaku Pegawai Kokurikulum Politeknik Kota Bharu telah melaksanakan tugas khidmat masyarakat yang dikenali sebagai AW Dihati. Program ini dilaksanakan di Asrama Bakti Machang, Kelantan yang mana selain dari gotong royong persekitaran kawasan asrama, surau, dewan makan dan bilik riadah serta membuat baik pulih sistem pendawaian elektrik pada bilik-bilik penginapan dan tandas  , anggota AWPKB juga membuat aktiviti bersama pelajar dengan memberi motivasi agar sentiasa berusaha bagi meningkatkan akademik untuk meneruskan pengajian ke peringkat menara gading, sukaneka antara anggota AWPKB bersama pelajar Asrama Bakti, pertandingan mewarna, cabutan bertuah dan diakhiri dengan jamuan makan malam. Rata-rata pelajar asrama bakti sangat teruja dengan kehadiran anggota AWPKB yang datang dengan rombongan bas bermula jam 2.00 petang hingga 11 malam. Menurut Hj Nik Othseman bin Mohamed yang juga Penyelia Asrama Bakti merangkap Penggawa Daerah Panyit Machang, Objektif Asrama Bakti ini  ditubuhkan adalah untuk mendidik dan menjaga kebajikan  bagi meningkatkan tahap akademik anak-anak yatim. Asrama Bakti ini mula dibuka pada tahun 1989 dan alumni Asrama Bakti yang telah keluar  sebelum ini juga ramai yang telah berjaya  mempunyai kehidupan yang lebih baik dan mendapat pekerjaan seperti doktor, polis, jurutera dan pegawai kerajaan. Beliau mengucapkan  berbanyak terima kasih kepada Politeknik Kota Bharu yang memberi peluang kepada Kelab Askar Wataniah PKB  untuk menganjurkan program ini yang mana sangat berguna  dan dapat mengeratkan silaturrahim & memberi motivasi yang dapat menaikkan semangat anak-anak yatim untuk belajar dengan lebih gigih lagi.







No comments:

Post a Comment

Kompeni Delta Bn 2, Rejimen 506 AW

*