kompeni Delta

*Markas Rejimen 506 Askar Wataniah* *Batalion Kedua Kem Machang* *Kompeni Delta Politeknik Kota Bharu*

Selamat Datang anggota baru

*Salam Perwira & Salam 1 Malaysia* *Selamat Datang kepada pelajar-pelajar baru ke Politeknik Kota Bharu* *Hubungi Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) PKB dan anggota AWPKB yang senior boleh hubungi Kelab AWPKB di Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB*

Wednesday, February 22, 2017

KEM KEPIMPINAN AJK ASKAR WATANIAH PKB


30/01-01/02/2017- Program Kem Kepimpinan Askar Wataniah ke Gua Tempurung dan Bukit Larut di Ipoh dan Taiping, Perak yang melibatkan anggota sukarelawan dari unit uniform Askar Wataniah Politeknik Kota Bharu adalah bertujuan untuk mendedahkan peserta dengan alam sekitar. Selain itu, untuk  menanam sifat kerjasama dalam kumpulan dan melahirkan sikap keprihatinan peserta  terhadap sumber alam sekitar.
OBJEKTIF PROGRAM:

                                                i.            Pelajar yang mengikuti program ini bukan sahaja berpengetahuan  mengenai khidmat masyarakat dan sosial semata-mata sahaja,tetapi tetap peka dan cakna terhadap alam semula jadi juga.

                                              ii.            Pelajar yang Berjaya mengaharungi aktivit ini dilihat  lebih berdisiplin dan bermotivasi tinggi.


                                           iii.            Program ini telah Berjaya mewujudkan rasa keprihatinan dalam diri pelajar terhadap sumber alam dan masyarakat di sekeliling.

                                            iv.            Peserta telah menonjolkan semangat  berpasukan dalam setiap aspek pembelajaran secara tidak langsung.

Antara program yang dijalankan ialah:
                                 LDK (Latihan Dalam Kumpulan), Khidmat Komuniti membersih Surau Taman Lembah Kinta, Meneroka Gua Tempurung, Survival dan Jatidiri serta Hiking Cabaran Ketahanan Fizikal di Bukit Larut, Taiping, Perak.
                                Program disertai oleh AJK AWPKB sesi Dis 2016  seramai 30 orang dibawah seliaan Pn Elis Norazmaliza bt Ab Hamid dan Pn Noriah bt Mohamed Salleh.







No comments:

Post a Comment

Kompeni Delta Bn 2, Rejimen 506 AW

*