kompeni Delta

*Markas Rejimen 506 Askar Wataniah* *Batalion Kedua Kem Machang* *Kompeni Delta Politeknik Kota Bharu*

Selamat Datang anggota baru

*Salam Perwira & Salam 1 Malaysia* *Selamat Datang kepada pelajar-pelajar baru ke Politeknik Kota Bharu* *Hubungi Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) PKB*

Tuesday, May 22, 2018

KURSUS APMS SIRI 2/2018 DAN KADAR PTT RENDAH SIRI 1/2018

109 ORANG AWPKB MENJALANI DUA KURSUS SERENTAK PADA 16/4-15/5/2018 DI KEM LATIHAN REJIMEN 506AW SUNGAI DURIAN, KUALA KRAI, KELANTAN.

Perasmian Pembukaan oleh Asistan Panglima Pasukan Simpanan Mej Jen Dato' Zainal Abidin bin M Said  pada 17hb April 2018.

Amanat Timbalan Pengarah Akademik
 Draw Peralatan Tentera
Majlis Perasmian Pembukaan

Latihan Medan

1.      KURSUS ASAS PERAJURIT MUDA SUKARELA (APMS) SIRI 2/2018
AWPKB menghantar anggota seramai 48 orang pelajar PKB bagi menjalani Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela (APMS) siri 2/2018 akan dilaksanakan mulai 16hb. April-15hb. Mei 2018 di Kem Latihan Rejimen 506AW, Batalion Ketiga, Sg Durian, Kuala Krai, Kelantan.
Seramai 48 pelajar PKB (33 Lelaki & 15 wanita) yang menyahut cabaran kursus selama 30 hari menjalani kehidupan sebagai seorang tentera dengan mengikuti Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela (APMS) siri 2/2018.
Anugerah oleh AWPKB
1) Penuntut Keseluruhan Terbaik. 6273389 PM Muhammad Afiq bin Mohd Nasir -  kelas DKA1B
2) Penuntut akademik terbaik  6273377 Muhammad Shafuan bin Zulqarnain - kelas DPR3B
3) Penuntut kawad (L) terbaik  6273375 Muhammad Luqman Nul Hakim bin Md Nazrun – kelas DPR1B




2.      KURSUS ASAS DISIPLIN ANGGOTA RENDAH (KADAR) SIRI 1/2018
Seramai 61 anggota AWPKB (22 anggota Lelaki dan 39 anggota Wanita) menjalani
Kursus KADAR adalah salah satu kursus kerjaya peningkatan dari pangkat Prebet ke pangkat Lans Kopral. Tujuan utama pelajar mengikuti kursus ini ialah untuk menjadi Jurulatih pelapis Pasukan Askar Wataniah PKB serta merealisasikan KPI AW politeknik agar anggota AW akan dapat pangkat Lans Kopral sebelum tamat belajar  di Politeknik Kota Bharu.
1.     Penuntut Keseluruhan Terbaik Kursus Kadar Bakal Ptt Rendah
6266856 Pbt Muhammad Syafiq Mustaqim Bin Ruzy - Kelas : Dad4b

2.     Penuntut Kawad Wanita Terbaik Kursus Kadar Bakal Ptt Rendah Siri 1/2018
 6265843  Pbt Alia Malina Bt Zam Zam -  Kelas : Dkm4c 

Perasmian Penutup oleh Timbalan Komander Rejimen 506 AW, Leftenan Kolonel Azahari bin Haji Ibrahim pada 14hb Mei 2018.

No comments:

Post a Comment

Kompeni Delta Bn 2, Rejimen 506 AW

*