GEMAS- 16-28 September 2024.
Seramai 8 orang anggota AWPKB menyertai LKT Gabungan Skn RAJD (AW) 2024 bertempat di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan.
Latihan Pemusnahan kemudian diteruskan dengan Latihan
Perairan.
Pemusnahan ( ๐๐๐๐๐๐๐ก๐๐๐)
yang sinonim dengan warga sapper bukan lagi perkara asing yang mana ianya harus
menjadi ๐๐๐๐๐ ๐๐๐
๐๐ข๐ก๐ก๐๐
khususnya kepada anggota Jurutera Tempur.
Tujuan latihan ini dilaksanakan adalah untuk menilai
kesiagaan dan tahap kompetensi semua peringkat pegawai dan anggota pasukan
khususnya dalam pengendalian bahan letupan merangkumi aspek taktikal, teknik
dan prosedur (TTP) bagi kerja-kerja pemusnahan sasaran serta pemusnahan ๐ผ๐๐๐๐๐ฃ๐๐ ๐๐
๐ธ๐ฅ๐๐๐๐ ๐๐ฃ๐
๐ท๐๐ฃ๐๐๐
(IED) dan ๐๐๐๐ฅ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐๐
(UXO).
Pelaksanaan latihan telah dilaksanakan secara berperingkat
bermula di peringkat kem iaitu kelas pembelajaran teori dan diakhiri di
peringkat medan iaitu pelaksanaan praktikal. Sesuai dengan tugas dan peranan
RAJD iaitu memberi bantuan ๐๐๐๐๐๐๐ก๐ฆ
dan ๐๐๐ข๐๐ก๐๐
๐๐๐๐๐๐๐ก๐ฆ,
maka dengan adanya peluang latihan ini, anggota Jurutera Tempur dapat
mengukuhkan pemahaman bagaimana mekanisme sesuatu bahan letupan bekerja serta
impak sesuatu bahan letupan kepada sasaran sejajar dengan trilogy 3M ( ๐๐๐,
๐๐๐โ๐๐๐
๐๐๐
๐๐๐กโ๐๐
).
Latihan ini mengutamakan aspek kerjasama dalam melaksanakan
litar pemusnahan dan setiap anggota telah diberi penekanan tegas berkaitan
aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan.
Latihan Perairan pula adalah mengaplikasi cara penggunaan
bot tempur, rakit, outboard motor (OBM) dan Jetfloat dalam menyediakan
kepakaran dan kesiapsiagaan anggota dalam keperluan operasi.
Pelaksanaan Latihan Perairan bertujuan sebagai pengenalan
dan persediaan kepada anggota dalam memasang, membuka serta mengendalikan
peralatan-peralatan perairan serta meningkatkan tahap lemahiran dan mengekalkan
tahap kesiagaan yang tinggi di kalangan anggota.
๐ฃ๐๐ก๐จ๐ง๐จ๐ฃ
๐๐๐ง๐๐๐๐ก
๐๐๐
๐ง๐๐๐จ๐ก๐๐ก
๐๐๐๐จ๐ก๐๐๐ก
๐ฆ๐๐ก
๐ฅ๐๐๐
(๐๐ช)
๐ง๐๐๐จ๐ก
๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ
GEMAS, 27 Sep 24 - Upacara Penutup Latihan Kem Tahunan
Gabungan Skn RAJD (AW) Tahun 2024 telah disempurnakan oleh Komander Jurutera
Medan Barat (KJMB), Brig Jen Ts. Roshdan bin Ahmad di Kolam Latihan Jambatan 4
Skuadron RAJD (Jambatan), Kem Syed Sirajuddin.
Seramai 6 Pegawai dan 76 Anggota Sukarela Gabungan Skuadron
RAJD (AW) telah menyertai latihan ini bermula dari 16 hingga 30 Sep 24 di bawah
kelolaan MK RAJD PMBTD.
Acara penutup dimulakan dengan demonstrasi latihan
penyeberangan sungai menggunakan aset jambatan yang memperlihatkan Pegawai dan
Anggota Sukarela RAJD dalam mengendalikan _Tactical Floating Bridge_ (TFB).
Acara diteruskan dengan perbarisan penutup, pemakaian pangkat Anggota Sukarela
RAJD dan penyampaian Sijl Penghargaan Ketua Jurutera Tahun 2024.
Turut hadir Pegawai Pemerintah 4 Skuadron RAJD (Jambatan),
Lt Kol Ir. Zulkeri bin Noordin, Pegawai Staf 1 Sumber Manusia Jab Arah RAJD, Lt
Kol Syed Mohd Khairul Asraf bin Tuan Kechil dan Pegawai Staf 1 OPLAT MK RAJD
PMBTD, Lt Kol Zulkefli bin Mundari.
Pelaksanaan latihan ini seiring dengan Objektif Ketiga
Direktif Latihan Panglima Tentera Darat Tahun 2023-2026 iaitu Mengintegrasikan
Pasukan Simpanan Dalam Latihan Bersama Angkatan Tetap dan Objektif Ketujuh
Direktif Latihan Panglima Medan Barat Tentera Darat Tahun 2023-2024 iaitu
Penglibatan Askar Wataniah Dalam Eksesais/Latihan Ke Arah Kemampuan Membantu
Ganti (Augmentation) Angkatan Tetap.
- MK RAJD PMBTD