23 SKN RAJD (AW)

*23 Skuadron Rejimen Askar Jurutera DiRaja (Askar Wataniah* *Jalan Pusara Kuala Terengganu* *No. 2 Terup, Kem desa Pahlawan @ Politeknik Kota Bharu*

Selamat Datang anggota baru

*Salam Perwira & Salam 1 Malaysia* *Selamat Datang kepada pelajar-pelajar baru ke Politeknik Kota Bharu* *Hubungi Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) PKB dan anggota AWPKB yang senior boleh hubungi Kelab AWPKB di Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB*

Tuesday, October 1, 2024

Penyertaan AWPKB dalam Latihan Kem Tahunan Gabungan Skuadron RAJD (AW) 2024

 GEMAS- 16-28 September 2024.

Seramai 8 orang anggota AWPKB menyertai LKT Gabungan Skn RAJD (AW) 2024 bertempat di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan.





pembukaan
https://www.facebook.com/share/p/1DK6oMUqir/?mibextid=WC7FNe

Latihan Pemusnahan kemudian diteruskan dengan Latihan Perairan.

Pemusnahan ( ๐‘‘๐‘’๐‘š๐‘œ๐‘™๐‘–๐‘ก๐‘–๐‘œ๐‘›) yang sinonim dengan warga sapper bukan lagi perkara asing yang mana ianya harus menjadi ๐‘๐‘Ÿ๐‘’๐‘Ž๐‘‘ ๐‘Ž๐‘›๐‘‘ ๐‘๐‘ข๐‘ก๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ khususnya kepada anggota Jurutera Tempur.

Tujuan latihan ini dilaksanakan adalah untuk menilai kesiagaan dan tahap kompetensi semua peringkat pegawai dan anggota pasukan khususnya dalam pengendalian bahan letupan merangkumi aspek taktikal, teknik dan prosedur (TTP) bagi kerja-kerja pemusnahan sasaran serta pemusnahan ๐ผ๐‘š๐‘๐‘Ÿ๐‘œ๐‘ฃ๐‘–๐‘ ๐‘’๐‘‘ ๐ธ๐‘ฅ๐‘๐‘™๐‘œ๐‘ ๐‘–๐‘ฃ๐‘’ ๐ท๐‘’๐‘ฃ๐‘–๐‘๐‘’ (IED) dan ๐‘ˆ๐‘›๐‘’๐‘ฅ๐‘๐‘™๐‘œ๐‘‘๐‘’๐‘‘ ๐‘‚๐‘Ÿ๐‘‘๐‘›๐‘Ž๐‘›๐‘๐‘’ (UXO).

Pelaksanaan latihan telah dilaksanakan secara berperingkat bermula di peringkat kem iaitu kelas pembelajaran teori dan diakhiri di peringkat medan iaitu pelaksanaan praktikal. Sesuai dengan tugas dan peranan RAJD iaitu memberi bantuan ๐‘š๐‘œ๐‘๐‘–๐‘™๐‘–๐‘ก๐‘ฆ dan ๐‘๐‘œ๐‘ข๐‘›๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ ๐‘š๐‘œ๐‘๐‘–๐‘™๐‘–๐‘ก๐‘ฆ, maka dengan adanya peluang latihan ini, anggota Jurutera Tempur dapat mengukuhkan pemahaman bagaimana mekanisme sesuatu bahan letupan bekerja serta impak sesuatu bahan letupan kepada sasaran sejajar dengan trilogy 3M ( ๐‘š๐‘Ž๐‘›, ๐‘š๐‘Ž๐‘โ„Ž๐‘–๐‘›๐‘’ ๐‘Ž๐‘›๐‘‘ ๐‘š๐‘’๐‘กโ„Ž๐‘œ๐‘‘ ).

Latihan ini mengutamakan aspek kerjasama dalam melaksanakan litar pemusnahan dan setiap anggota telah diberi penekanan tegas berkaitan aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan.

Latihan Perairan pula adalah mengaplikasi cara penggunaan bot tempur, rakit, outboard motor (OBM) dan Jetfloat dalam menyediakan kepakaran dan kesiapsiagaan anggota dalam keperluan operasi.

Pelaksanaan Latihan Perairan bertujuan sebagai pengenalan dan persediaan kepada anggota dalam memasang, membuka serta mengendalikan peralatan-peralatan perairan serta meningkatkan tahap lemahiran dan mengekalkan tahap kesiagaan yang tinggi di kalangan anggota.


penutup
https://www.facebook.com/share/KA4zmfAGReXYZidZ/?mibextid=xfxF2i

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—  ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—š๐—”๐—•๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ž๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—๐—— (๐—”๐—ช) ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ

GEMAS, 27 Sep 24 - Upacara Penutup Latihan Kem Tahunan Gabungan Skn RAJD (AW) Tahun 2024 telah disempurnakan oleh Komander Jurutera Medan Barat (KJMB), Brig Jen Ts. Roshdan bin Ahmad di Kolam Latihan Jambatan 4 Skuadron RAJD (Jambatan), Kem Syed Sirajuddin.

Seramai 6 Pegawai dan 76 Anggota Sukarela Gabungan Skuadron RAJD (AW) telah menyertai latihan ini bermula dari 16 hingga 30 Sep 24 di bawah kelolaan MK RAJD PMBTD.

Acara penutup dimulakan dengan demonstrasi latihan penyeberangan sungai menggunakan aset jambatan yang memperlihatkan Pegawai dan Anggota Sukarela RAJD dalam mengendalikan _Tactical Floating Bridge_ (TFB). Acara diteruskan dengan perbarisan penutup, pemakaian pangkat Anggota Sukarela RAJD dan penyampaian Sijl Penghargaan Ketua Jurutera Tahun 2024.

Turut hadir Pegawai Pemerintah 4 Skuadron RAJD (Jambatan), Lt Kol Ir. Zulkeri bin Noordin, Pegawai Staf 1 Sumber Manusia Jab Arah RAJD, Lt Kol Syed Mohd Khairul Asraf bin Tuan Kechil dan Pegawai Staf 1 OPLAT MK RAJD PMBTD, Lt Kol Zulkefli bin Mundari.

Pelaksanaan latihan ini seiring dengan Objektif Ketiga Direktif Latihan Panglima Tentera Darat Tahun 2023-2026 iaitu Mengintegrasikan Pasukan Simpanan Dalam Latihan Bersama Angkatan Tetap dan Objektif Ketujuh Direktif Latihan Panglima Medan Barat Tentera Darat Tahun 2023-2024 iaitu Penglibatan Askar Wataniah Dalam Eksesais/Latihan Ke Arah Kemampuan Membantu Ganti (Augmentation) Angkatan Tetap.

- MK RAJD PMBTD





No comments:

Post a Comment