kompeni Delta

*Markas Rejimen 506 Askar Wataniah* *Batalion Kedua Kem Machang* *Kompeni Delta Politeknik Kota Bharu*

Selamat Datang anggota baru

*Salam Perwira & Salam 1 Malaysia* *Selamat Datang kepada pelajar-pelajar baru ke Politeknik Kota Bharu* *Hubungi Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) PKB*

Tuesday, June 30, 2015

Malaysian Polytechnic Territorial Army Annual camp 10/2015



         MalPTAAC adalah singkatan  Malaysia Polytechnic Territorial Army Annual Camp iaitu Kem Tahunan Pasukan Askar Wataniah Politeknik Malaysia siri 10/2015. Pada tahun ini AW Politeknik Kota Bharu (PKB), telah menyertai kem ini bersama 13 lagi politeknik di seluruh Malaysia. Kem Tahunan adalah kemuncak kepada latihan yang di adakan setiap bulan di kem Rejimen 506 Askar Wataniah. MalPTAAC kali ini agak kelamkabut sikit persediaan bagi AWPKB kerana masalah latihan disebabkan pelajar masih bercuti. Latihan intensif telah dibuat bermula 27 Mei hingga 31 Mei 2015. Latihan Intensif bermula dengan Latihan Menembak, latihan kawad kaki, log relay dan sukan. Pergerakan ke PSAS ialah pada 1 Jun 2015 dan Pergerakan balik pada 15 Jun 2015.
Tarikh: 1-15 hb. Jun 2015
Tempat: Politeknik Sultan Azlan Shah,Perak.
Peserta: 2 Peg dan 35 anggota AWPKB
Hasil kembalinya dari MalPTAAC 10 AWPKB dapat:
1)     Menambahkan kemahiran kepada anggota Askar Wataniah PKB.
2)     Mendapat tempat kedua dalam acara menembak praktis 2 (Berdiri).
3)     Mendapat tempat ketiga dalam acara menembak praktis 1 (meniarap)
4)     Mendapat tempat keempat dalam acara kawad kaki
5)     Mendapat tempat ke 14 dalam acara Multi relay
6)     Ketua Perbarisan Terbaik bagi MalPTAAC 10.
7)     Mendapat tempat Ke 5 keseluruhan.
8)     Johan acara Futsal
 





No comments:

Post a Comment

Kompeni Delta Bn 2, Rejimen 506 AW

*