kompeni Delta

*Markas Rejimen 506 Askar Wataniah* *Batalion Kedua Kem Machang* *Kompeni Delta Politeknik Kota Bharu*

Selamat Datang anggota baru

*Salam Perwira & Salam 1 Malaysia* *Selamat Datang kepada pelajar-pelajar baru ke Politeknik Kota Bharu* *Hubungi Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) PKB*

Thursday, July 30, 2015

Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela siri 2/2015 (APMS)



Pelajar Politeknik Kota Bharu cemerlang melalui penglibatan dalam Pasukan Sukarela Askar Wataniah. pelajar PKB yang menyertai Pasukan Sukarela Askar Wataniah tidak mensia-siakan masa cuti semester Dis 2014 iaitu yang  seramai 43 orang anggota baru daripada 51 orang yang Berjaya mendapat nombor tentera telah menyertai Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela siri 2/2015 (APMS) bertempat di Markas Rejimen 506 AW Kem Pengkalan Chepa,Kelantan.
6 acara individu yang dipertandingkan antaranya ialah kawad kaki wanita terbaik, kawad kaki lelaki terbaik, ketabahan terbaik, penembak terbaik keseluruhan, akademik keseluruhan terbaik, dan penuntut keseluruhan terbaik. 4 daripada 6 acara yang dipertandingkan telah dimenangi oleh anggota AWPKB.
1.     (6248755) Muhammad Azarul Aizad bin Azahar memenangi anugerah penentut keseluruhan terbaik
2.     (6248735)Muhammad Sufian Bin Mohd Radzwan kawad kaki lelaki terbaik
3.     (6248751) Muhamad Shafik Bin Zakaria ketabahan keseluruhan terbaik
4.      (6248741) Muhammad Rozaidi Bin Mohd Radzi anugerah akademik keseluruhan terbaik.
 Majlis Penutup ini telah dirasmikan oleh Pegawai Memerintah Sukarela oleh Lt.Kol Fauzi Bin Sulaiman, turut dihadiri Mej. Ahmad Zaky Bin Muhamad selaku Pegawai Tadbir Rej 506AW, dan Kapten Azani Bin Abd Ghani Pegawai latih Rej. 506AW pada 16 jun2015. Kejayaan yang dicapai hasil usaha yang ditunjukkan oleh semua anggota Askar Wataniah PKB yang mengikuti kursus ini dan juga usaha dan semangat yang ditunjukkan oleh semua anggota. Sepanjang 30 hari kursus pelajar telah didedahkan dengan perbagai Ilmu Asas Ketenteraan bagi melatih seorang Soldadu yang terlatih dengan semangat kerjasama,setiakawanberdisiplin,ketahanan mental dan fizikal,meningkatkan tahap kecerdasan jasmani agar mereka mampu melaksanakan tugas di dalam situasi yang mencabar dan tertekan serta akan lebih bersemangat untuk menjadi pelajar yang cemerlang. 

Sesungguhnya azam setiap anggota Askar Wataniah Politeknik Kota Bharu adalah sentiasa ‘Bersiapsiaga Membantu Ganti Angkatan Tetap Sebagai Benteng Pertahanan Kedua Negara’



No comments:

Post a Comment

Kompeni Delta Bn 2, Rejimen 506 AW

*