23 SKN RAJD (AW)

*23 Skuadron Rejimen Askar Jurutera DiRaja (Askar Wataniah* *Jalan Pusara Kuala Terengganu* *No. 2 Terup, Kem desa Pahlawan @ Politeknik Kota Bharu*

Selamat Datang anggota baru

*Salam Perwira & Salam 1 Malaysia* *Selamat Datang kepada pelajar-pelajar baru ke Politeknik Kota Bharu* *Hubungi Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) PKB dan anggota AWPKB yang senior boleh hubungi Kelab AWPKB di Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB*

Thursday, February 6, 2020

CSR AWPKB WIRAMURNI

30 Jan hingga 1 Feb 2020 Kelab AWPKB telah berkerjasama dengan team YES Sukarelawan PKB menjalani kursus CSR serta membantu 2 Troop 23 Skn RAJD (AW) kem Desa Pahlawan.
Program dihadiri oleh 44 AWPKB, 12 Yes Sukarelawan PKB dan 3 wakil MPP PKB.

Program turut dihadiri oleh Penasihat YES Sukarelawan PKB, En Wan Zuhari Wan Ismail, Penasihat AWPKB, Kapt Mohd Azri bin Abdul Ghani, Pegawai Kebajikan dan Disiplin (KD) Jhep PKB, En Fatuddin aizat bin Che Mohd Arif.
Aktiviti kemasyarakatan yang dilakukan seperti membaiki pagar (mekanikal), membaiki paip (Awam) dan membaiki sistem pendawaian (Elektrik).
Kemahiran pelajar PKB dan kemahiran pihak Rejimen Askar Jurutera telah bergabung dalam melaksanakan perancangan yang diatur telah dapat diselesaikan dengan baik.

Dalam program ini juga peserta mewakili PKB dalam perlawanan persahabatan bolatampar dengan pasukan 7 Skn RAJD.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB, En Azmi bin Juadi@Rosbi.
Pada majlis penutup juga di adakan penyampaian hadiah memasak terbaik, pemasangan khemah terbaik, persembahan terbaik yang juga dihadiri oleh pegawai-pegawai dari JHEP PKB serta Pegawai dan anggota 23 Skn RAJD (AW).









No comments:

Post a Comment